Kebelakangan ini kejadian jenayah seks semakin bertambah

View previous topic View next topic Go down

Kebelakangan ini kejadian jenayah seks semakin bertambah

Post  Ong SQ (U6B/2010) on Sat Jun 12, 2010 4:23 pm

Sejak akhir-akhir ini, kejadian jenayah seksual semakin bertambah. Walaupun mereka yang melakukan kesalahan rogol boleh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, tetapi kes berkaitan jenayah ini didapati semakin bertambah dari semasa ke semasa. Langkah yang bijaksana harus diambil untuk membanteras kejadian ini Berta mewujudkan masyarakat yang selamat dan stabil.

Anggota masyarakat perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam konteks menjamin keselamatan diri dan mengelak daripada menjadi mangsa jenayah seks. Kajian yang dijalankan oleh pihak polis mendapat kebanyakan jenayah seks berlaku kerana sikap mangsa yang tidak berhati-hati dan kurang mengutamakan keselamatan diri seperti berada di tempat yang sunyi dan terpencil secara seorang diri atau terpedaya dengan pujukan orang yang tidak dikenali.

Langkah di atas akan lebih berkesan jika disokong dengan usaha mengurangkan bilangan mereka yang bersifat kehaiwanan atau mengurangkan unsur yang merangsang tindakan itu. Walaupun sehingga kini tiada penunjuk tepat atau kaedah pengecaman yang terbukti berkesan untuk mengenal pasti individu yang cenderung melakukan jenayah seks, tetapi menurut pakar psikologi, penunjuk yang mungkin boleh digunakan ialah sejarah seseorang individu itu. Berdasarkan beberapa kajian kes oleh pakar psikologi, individu yang pernah mengalami penderaan fizikal atau seks, atau penganiayaan dalam sejarah hidup masingmasing berkemungkinan besar melakukan jenayah seks.

Langkah mengenakan hukuman yang lebih berat dari segi undang-undang sedikit sebanyak akan menjadi amaran kepada mereka yang bakal melakukan perlakuan jenayah seks. Walau bagaimanapun, seperti kata seorang ahli psikologi, Dr. Edward Chan dari Pusat Psikologi Malaysia, menguatkuasakan hukuman boleh menjadikan golongan muda marah terhadap sistem undang-undang dan masyarakat. Keadaan ini tidak akan membantu sesiapa dalam menyelesaikan masalah, tetapi hukuman tetap merupakan suatu faktor pencegahan yang tidak boleh diketepikan.

Sehubungan itu, langkah lebih baik yang wajar diambil ialah mewujudkan kesedaran sendiri. Untuk mencapai tujuan ini, pendidikan boleh memainkan peranan penting, khususnya pendidikan informal seperti aktiviti kemasyarakatan, pembacaan dan pergaulan. Selain itu, sikap merahsiakan maklumat mengenai seks dan kaedah meredakan keinginan untuk melakukannya di luar batasan kemanusiaan sudah tidak relevan lagi. Sudah sampai masanya perspektif yang lebih positif terhadap seks disebarkan secara berhemah seperti melalui kurikulum pendidikan formal. Selama ini pengetahuan tentang fungsi seks diajar melalui mata pelajaran Sains dalam topik “Reproduktif”. Ilmu ‘sains reproduktif tidak mendedahkan kelangsungan kehidupan yang bermoral dan bermaruah serta tidak menekankan kepentingan seks sebagai suatu eleman manusiawi, tetapi menambahkan pengetahuan tentang fungsi seks sebagai kaedah pembiakan semula jadi demi kelangsungan spesies.

Dalam bidang agama dan moral pula, seks sering kali digambarkan sebagai sesuatu yang tabu atau terlarang selain daripada diberi segala macam prasangka dan “kekotoran”. Pendekatan pengajaran yang merendah-rendahkan kepentingan seks kepada aktiviti kehidupan yang sihat tentulah menimbulkan kekeliruan dan kesan paradoks kepada golongan muda. Oleh itu, penilaian semula terhadap pengajaran dan pendedahan ilmu seks harus dibuat.

Kesimpulannya, para ibu bapa dan masyarakat perlu bersama-sama menggembleng tenaga dan fikiran ke arah membasmi perlakuan jenayah seks ini dengan memantau aktiviti anak-anak. Pada masa yang sama, para remaja itu sendiri perlu berusaha memantapkan harga diri dengan menyertai aktiviti kemasyarakatan yang berfaedah dan meningkatkan sifat tanggungjawab terhadap sesuatu yang dilakukan.

Ong SQ (U6B/2010)

Posts : 148
Join date : 2009-05-17
Age : 25

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum