Dr Mahathir kesal dunia Islam membisu kekejaman Zionis

View previous topic View next topic Go down

Dr Mahathir kesal dunia Islam membisu kekejaman Zionis

Post  LEE WEI SHAN L6F 2010 on Thu Jun 10, 2010 11:06 am

2010/06/10
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan sikap membisu negara Islam berhubung tindakan rejim Israel menghalang tiga kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana negara Islam terbabit bersikap rendah diri dan tidak menyuarakan bantahan akibat mengikut telunjuk negara kuasa besar.
“Pada kebiasaannya negara Islam mempunyai pendekatan ‘low profil’ dalam rundingan peringkat antarabangsa. Mereka tidak akan menonjolkan pendapat mereka. Walaupun rakyat mereka hendak kerajaan menyuarakan bantahan, kerajaan Islam tidak ingin menentang apa yang dianggap oleh mereka sebagai kehendak dunia,” katanya ketika diwawancara Datuk Ahmad A Talib dalam rancangan Soal Jawab di TV3, malam tadi.
Dr Mahathir yang juga Penaung Perdana Global Peace Organization (PGPO), berkata beliau tidak yakin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dapat mengadakan persidangan khas bagi mengutuk kekejaman rejim itu. Mereka perlu mendapat persetujuan semua negara anggota. Saya percaya ada negara anggota akan menentang perjumpaan khas ini,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir lega kerana dimaklumkan OIC sudah membuat keputusan mendesak negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel supaya memutuskan hubungan berkenaan.

“Itu adalah tindakan tegas OIC buat kali pertama dan kita berharap negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel akan menunjukkan sikap mereka terhadap perbuatan Israel dengan memutuskan hubu-ngan,” katanya.

Beliau juga berkata, badan bukan kerajaan (NGO) wajar bersatu dalam memperjuangkan isu Gaza bagi memudahkan perancangan strategi bagaimana hendak menyalurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan.
Dr Mahathir turut berharap Kerajaan Mesir dapat menunaikan janji untuk membuka pintu sempadan di Rafah

LEE WEI SHAN L6F 2010

Posts : 23
Join date : 2010-05-26

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum