Transformasi pendidikan bermula 2010

View previous topic View next topic Go down

Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  claraliew04 (U6A) on Fri Jun 20, 2008 4:05 pm

Transformasi pendidikan bermula 2010

KUALA LUMPUR 12 Jun - Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.

''Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.

''Kita nak wujudkan konsep 'pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah' sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,'' katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.

Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.

Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.

''Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,'' jelasnya.

Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.

Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.

Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.

''Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,'' katanya.

Apakah pandangan anda tentang berita ini?

claraliew04 (U6A)

Posts: 8
Join date: 2008-06-10
Age: 24

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  siewMei on Sun Jun 22, 2008 3:36 pm

Cadangan ini memang agak baik kerana penilaian bukan sahaja mengutamakan peperiksaan. Peperiksaan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar tidak boleh mendapat keseronkan semasa belajar,kebanyakan pelajar belajar demi peperiksaan sahaja. Namun,saya harap transformasi ini tidak akan melaksanakan semua jenis penilaian kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid dalam gred ataupun markah seperti sistem markah kokurikulum yang sedang dijalankan sekarang. Sistem sebegini hanya akan membebankan pelajar.

siewMei

Posts: 171
Join date: 2008-01-14
Age: 25

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  vinclam1314 on Mon Jun 23, 2008 1:18 pm

Urm.. sebenarnya, saya tidak sangat faham tentang berita ini.. apakah transformasi itu? bagaimanakah ia dijalankan? dari tahun satu hingga universiti??? Crying or Very sad pada tahun ini, saya memanglah berasa tertekan kerana STPM semakin hampiri... pada zaman dahulu, saya sangat gembira kerana kedatangan SPM.. akan tetapi.. sekarang.. sekarang.. Crying or Very sad sudah berubah..

vinclam1314

Posts: 344
Join date: 2008-01-11
Age: 25
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  Ngo Yong Hui (L6A/2008) on Wed Jun 25, 2008 9:42 am

har?
kenapa vinclam berasa gembira apabila peperiksaan spm???
peliknya kamu ni....
saya hanya rasa gementar dan sedih sahaja...

cadangan ini amat bagus sekali.
ada kawan saya amat teruk dalam pelajaran, tetapi akhlak mereka amat baik.
dan mereka juga cemerlang dalam sukan dan disiplin.
oleh sebab bahasa malaysia mereka tidak dapat credit, mereka tidak dapat belajar form 6.
jika cadangan ini dapat dilaksanakan, mungkin pelajar yang tidak amat bagus dalam bm dapat belajar form 6 pada masa yang akan datang.
tetapi, pada masa itu, adakah bm tidak dapat kredit pun dapat masuk form 6?

kenapa transformasi ini tidak dilaksanakan sekarang???

Ngo Yong Hui (L6A/2008)

Posts: 16
Join date: 2008-06-19
Age: 24
Location: KUALA LUMPUR

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  siewMei on Wed Jul 09, 2008 10:19 am

Ngo Yong Hui (L6A/2008) wrote:
cadangan ini amat bagus sekali.
ada kawan saya amat teruk dalam pelajaran, tetapi akhlak mereka amat baik.
dan mereka juga cemerlang dalam sukan dan disiplin.
oleh sebab bahasa malaysia mereka tidak dapat credit, mereka tidak dapat belajar form 6.
jika cadangan ini dapat dilaksanakan, mungkin pelajar yang tidak amat bagus dalam bm dapat belajar form 6 pada masa yang akan datang.
tetapi, pada masa itu, adakah bm tidak dapat kredit pun dapat masuk form 6?

kenapa transformasi ini tidak dilaksanakan sekarang???

Kerana sini ialah negara Malaysia,bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan kita..
Benarkah jika BM tidak dapat kredit maka tidak dapat masuk form6?
Tapi,adik yonghui juga perasan jika gagal BM dalam spm maka kita tidak akan dapat sijil spm,ini telah menunjukkan betapa pentingnya BM di negara kita..
Tambahan pula,setiap tahun kita dapat lihat banyak senior ataupun orang yang usianya lebih tua daripada kita datang ke sekolah untuk mengambil peperiksaan spm BM ulangan,ini disebabkan tanpa sijil tersebut(lulus BM),mereka tidak dapt melanjutkan pelajaran ataupun gaji tidak dapat dinaik..

siewMei

Posts: 171
Join date: 2008-01-14
Age: 25

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  Ngo Yong Hui (L6A/2008) on Tue Jul 15, 2008 5:17 pm

ada beberapa kawan saya yang ingin belajar form 6 di sekolah kita.
tetapi, orang yang bekerja di pejabat am tu cakap mereka tak layak belajar form 6 di sini.
saya ingat selepas pass dalam july paper tu, mereka akan layak belajar di sini.
jadi apakah kegunaan july paper itu???
ada pelajar yang tidak dapat kredit dalam BM dan ingin belajar form 6, mereka sekarang berada di KTAR.
kenapa KTAR boleh terima mereka tetapi sekolah kita tak boleh?

jika seseorang mempunyai keputusan yang amat baik dalam semua subjek,
tetapi BM tak pass, jadi mereka tak layak belajar form 6 ke?
kenapa BM mesti dapat kredit barulah boleh belajar form 6 di sekolah ?
kenapa pass dalam BM tetapi tiada kredit pun tak boleh belajar form 6?
abang saya cakap bahawa kita akan menggunakan bahasa english untuk belajar semasa belajar di Universiti...

saya tak faham lah...

Ngo Yong Hui (L6A/2008)

Posts: 16
Join date: 2008-06-19
Age: 24
Location: KUALA LUMPUR

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  vinclam1314 on Wed Jul 16, 2008 9:15 am

tidak semestinya semua subjek di universiti adalah dalam bahasa inggeris.. sebagai contohnya, kawan saya yang kini belajar logistik di universiti di utara malaysia masih menggunakan bahasa melayu dalam pembelajaran...

bahasa melayu adalah kelayakan minimum yang mesti dicapai oleh pelajar jika ingin memasuki STPM.. pada pandangan saya, ini adalah kerana subjek sastera dan subjek PA masih menggunakan bahasa melayu.. oleh itu, pelajar haruslah mendapat credit dalam bahasa melayu supaya dapat memasuki tingkatan enam.. ( jika PA anda fail, sijil STPM anda adalah tidak bermakna )

vinclam1314

Posts: 344
Join date: 2008-01-11
Age: 25
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  wendy on Tue Jul 29, 2008 2:14 pm

kenapa sesetengah universiti mengajar dengan menggunakan BM?Bagi saya,bahasa yang penting adalah BI kerana semasa kita mula bekerja bahasa yang kita gunakan adalah dalam BI?Kenapa tidak diajar dalam BI seperti kolej atau private U?Susahlah saya berkomunikasi dengan kakak saya yang belajar di kolej,apabila saya tanya soalan subject Akaun dia tidak faham perkataan-perkataan tertentu.itulah saya tidak faham kenapa sillibus kita ada dalam BM?

wendy

Posts: 60
Join date: 2008-02-06

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  vinclam1314 on Tue Jul 29, 2008 2:40 pm

Pada pandangan saya, subjek-subjek seperti akuan adalah masih dalam bahasa melayu kerana kerajaan masih belum mengubahkan dasar tentang pengajaran akaun dalam bahasa inggeris.. Kakak boleh cuba merujuk kepada buku teks pengajian kakak, buku teks ini mengatakan bahawa bahasa melayu merupakan bahasa negara, dan hanya subjek sains dan matematik diajarkan dalam bahasa inggeris. hal ini adalah selaras dengan dasar kerajaan lain iaitu tentang dasar sains dan teknologi.. Akan tetapi, saya berasa pembelajaran tentang pengetahuan penggunaan seperti akuan, sains, matematik seharuslah diajarkan dalam bahasa inggeris untuk meningkatkan abiliti persaingan pelajar-pelajar tempatan dengan pelajar-pelajar luar negara.. akan tetapi, seubjek seperti subjek sejarah patutlah terus diajarkan dalam bahasa melayu supaya semangat patriotik pelajar dapat dibangkitkan..

vinclam1314

Posts: 344
Join date: 2008-01-11
Age: 25
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  siewMei on Sun Aug 10, 2008 1:50 pm

saya juga berasa sangat hairan mengapa subjek laras art masih diajar dengan bahasa malaysia sesunngguhnya subjek sains dah tukar kepada BI.. saya rasa pengajaran dalam BI adalah lebih baik kerana ia dapat menyediakan kawan-kawan kelas akaun masuk ke universiti yang saya rasa juga sepatutnya diajar dengan Bi. memandangkan persaingan antara negara kini semakin sengit,malah negara china kini maju dengan pecutnya,pengajaran akaun patut diajar dalam BI supaya para mahasiswa Malaysia dapat bersaing dengan negara. buat masa ini,kakak wendy berusaha bersungguh-sungguh,jangan mudah putus asa kerana keputusan yang tidak begitu baik..

siewMei

Posts: 171
Join date: 2008-01-14
Age: 25

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  PnLeela on Mon Aug 11, 2008 5:23 pm

Hi kelas,
peperiksaan sudah menjelang. Teruskan kegiatan anda di forum ini. saya amat tertarik dengan post weng foo berkaitan dengan agensi-agensi PBB.
Selamat membaca dan menimba ilmu Very Happy

Pn. Leela

PnLeela
Admin

Posts: 380
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  wonderfoo_99 on Fri Aug 15, 2008 4:05 pm

Dasar ini adalah sangat baik, tetapi pelaksanaan adakah sama dengan dasar ini?????????????nn
Dasar pendidikan malaysia adalah sangat baik, tetapi setiap kali adalah gagal.
Contohnya, penglibatan dlm aktiviti kokurikurum, kebanyakan pelajar adalah keinginan mendapat markah yang tinggi dlm aktiviti CO-CO, bukannya suka menyertai atvt Co-Co &terpaksa menyertai. Dasar yang baik, tetapi apa yang boleh berjaya harus dikaji.

wonderfoo_99

Posts: 111
Join date: 2008-01-11

View user profile

Back to top Go down

Re: Transformasi pendidikan bermula 2010

Post  siewMei on Tue Aug 19, 2008 3:37 pm

betul kata abang weng foo,kebanyakan pelajar kini menyertai persatuan dan kelab adalah demi markah koko dan bukannya atas minat mereka..saya rasa sistem permarkahan koko ini telah memberi tekanan kepada pelajar. sesetengah pelajar tidak gemar menyertai badan beruniform,namun disebabkan sistem permarkahan koko ini memaksa mereka memilih salah satu badan beruniform sewenang-wenangnya. Disebabkan mereka tidak minat,maka mereka tidak akan dapat manfaat daripada penyertaan mereka dalam kelab yang mereka tidak suka.

siewMei

Posts: 171
Join date: 2008-01-14
Age: 25

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum