Waspada guna kad kredit

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Waspada guna kad kredit

Post  S.Teng(L6A) on Thu Nov 05, 2009 8:15 pm

ALOR SETAR 4 Nov. - Pengguna dinasihatkan agar berhati-hati ketika berbelanja dengan menggunakan kad kredit kerana dikhuatiri akan menyumbang kepada perbelanjaan yang tidak terkawal.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Kedah, Salleh Maamor berkata, konsep berbelanja dahulu dan bayar kemudian itu akan menyebabkan pengguna berbelanja dengan mengikut nafsu.

"Ditambah pula dengan pelbagai promosi di pihak bank yang memberi pelbagai tawaran menarik seperti diskaun, hadiah dan pelbagai keistimewaan kepada pemegang kad kredit sehingga mereka berbelanja melebihi kadar kemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Seminar Memperkasakan Pengguna: 1Pengguna 1Suara dengan kerjasama pintar bersama Pertubuhan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Negeri Kedah (LKPI) di sini hari ini.

Menurutnya, pengguna perlu bijak membuat perancangan perbelanjaan dan simpanan wang adalah satu langkah yang bijak untuk masa hadapan.

"Kita tidak boleh mengelak daripada melakukan perbelanjaan dan pembelian namun kita harus berbelanja berdasarkan kepada jumlah pendapatan.

"Oleh itu, kita perlu menentukan corak perbelanjaan dengan merancang perbelanjaan dengan baik serta berjimat cermat," katanya.

Sementara itu, Salleh memberitahu, sehingga 28 Oktober ini, pihak KPDNKK menerima sebanyak 472 aduan penyelewengan berkaitan gores dan menang serta penipuan skim cepat kaya.

"Pengguna perlu bersikap berhati-hati agar tidak mudah terpedaya dengan aktiviti ini serta melaporkan kepada KPDNKK jika didatangi oleh ejen-ejen ini.

"Penyangak skim ini menggunakan kelemahan manusia yang bersikap materialistik untuk menipu wang hasil titik peluh orang lain," jelasnya.

Katanya, antara lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan penyangak itu adalah di sekitar bank-bank, tempat letak kereta dan tempat tumpuan orang ramai.

"Ingatlah tiada apa yang percuma di dalam dunia ini dan pengguna perlu berfikiran panjang untuk mengelakkan diri daripada tertipu," katanya.

S.Teng(L6A)

Posts: 32
Join date: 2009-05-21

View user profile

Back to top Go down

Re: Waspada guna kad kredit

Post  leeyoong_L6B on Thu Nov 05, 2009 10:38 pm

"Berfikir sebelum bertindak"...
Menentukan corak perbelanjaan dengan merancang perbelanjaan dengan baik serta berjimat cermat. Jadilah pengguna yang bijak! Elakkan diri daripada tertanggung faedah dan hutang kad kredit yang bertimbun-timbun! kita patutlah berbelanja mengikut kemampuan dan pendapat diri terutamanya semasa kita menghadapi ekonomi krisis ini.
Terdapat banyak berita yang berkaitan "gores dan menang serta penipuan skim cepat kaya dipaparkan dalam dada surat khabar".. Namun, sampai sekarang masih ada masyarakat terperangkap dalam penipuan ini.....Semua ini berlaku adalah disebabkan oleh nafsu ketamakan diri...
Kita patut ingatkan theori ini
S.Teng(L6A) wrote:tiada apa yang percuma di dalam dunia ini.

leeyoong_L6B

Posts: 78
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum