Tol percuma hadiah raya

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Tol percuma hadiah raya

Post  LiewJoey(LSB) on Wed Sep 16, 2009 9:34 pm

KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September ini.

‘Hadiah hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun lori.

Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal menikmati pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan dari Plaza Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau laluan sebaliknya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid berkata, program pengecualian tol itu adalah yang pertama dilakukan oleh syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.

Katanya, perjalanan percuma sempena Aidilfitri itu dianggarkan bernilai RM2 juta berdasarkan purata penggunaan 200,000 buah kenderaan sehari.

“Bagi kami, jumlah RM2 juta itu tidaklah besar apabila dibandingkan dengan nyawa para pengguna dua lebuh raya tersebut.

“Pengecualian tol ini bertujuan mendorong para pengguna merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan dan kemalangan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kumpulan MTD di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Salleh dan pengurusan tertinggi Kumpulan MTD.

Azmil berkata, pengecualian tol itu diharap akan mendorong lebih ramai pengguna memulakan perjalanan mereka selepas tengah malam kerana ia berada di luar waktu puncak.

Berdasarkan rekod katanya, 60 peratus pemandu menumpukan perjalanan pada siang hari dan ini menyebabkan kesesakan yang teruk.

Ditanya mengenai perjalanan pada waktu malam lebih terdedah kepada kemalangan, Azmil menjelaskan, pemandu sebenarnya berada dalam keadaan segar sekiranya mendapat rehat secukupnya.

“Biasanya waktu mengantuk ialah selepas makan malam dan apabila melepasi tengah malam, rasa mengantuk akan hilang,” katanya.

Azmil berkata, sekiranya program pengecualian tol itu berjaya mengurangkan kesesakan, pihaknya akan membuat pertimbangan sama ada ia wajar diperkembangkan pada musim perayaan lain.

LiewJoey(LSB)

Posts: 30
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Tol percuma hadiah raya

Post  xiaowen_L6B on Wed Sep 16, 2009 11:26 pm

Alangkah baiknya sekira Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan juga menikmati laluan tol percuma XP..
Pengguna jalan raya perlu berhati-hati semasa memandu terutamanya menjelang hari raya.Ingatlah orang yang tersayang semasa memandu^^

xiaowen_L6B

Posts: 21
Join date: 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

Re: Tol percuma hadiah raya

Post  lee kah yent(L6A) on Thu Sep 17, 2009 3:23 pm

Terutamanya bayaran tol percuma ini pada waktu larut malam, penglihatan pemandu menjadi kurang baik lalu menyebabkan kecuaian semasa memandu seperti jarak dengan kerta di hadapan terlalu ketat dan tidak sempat menekan brek hingga berlaku kelanggaran. Dan sesetengah perompak akan menunggu ''mangsa'' di laluan kecemasan lebuh raya, merompak kereta yang singgah di sana tetapi bukan di pondok rehat. Oleh itu, mestilah berhati-hati semasa memandu pada waktu itu.

lee kah yent(L6A)

Posts: 15
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Tol percuma hadiah raya

Post  leeyoong_L6B on Thu Sep 17, 2009 9:38 pm

Tol percuma dari 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September 2009.. Ini amat berbaloi bagi pemandu yang ingin balik kampung... Tentulah... banyak pemandu akan memulakan perjalanan balik kampung dalam tempoh masa ini. Pemandu haruslah berwaspada semasa memandu.. Janganlah memecut kereta dengan hanya ingin mempercepatkan perjalanan.. Hargailah nyawa~ Utamakan Keselamatan pada setiap masa..
Ada juga "satu percuma hadiah raya" diberi oleh Petronas.. Menurut iklan yang dipaparkan, Stesen Petronas akan menyediakan kudap-keduapan dan minuman di Stesen Petronas.. Bagi mengelakkan pemandu mengantuk dalam perjalanan balik kampung.. Pemandu amat dialu-alukan berehat sebentar di stesen minyak sebelum meneruskan perjalanan....

leeyoong_L6B

Posts: 78
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Tol percuma hadiah raya

Post  YeeYew™ [SonG][L6B] on Fri Sep 18, 2009 12:53 pm

Patut bagi tiket percuma kapal terbang...

YeeYew™ [SonG][L6B]

Posts: 50
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Tol percuma hadiah raya

Post  leeyoong_L6B on Fri Sep 18, 2009 10:19 pm

YeeYew™ [SonG][L6B] wrote:Patut bagi tiket percuma kapal terbang...


Ini agak mustahil la~ pale

leeyoong_L6B

Posts: 78
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

TPM syor tol percuma hari raya

Post  leeyoong_L6B on Fri Sep 18, 2009 10:24 pm

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuh raya akan mengikuti langkah MTD Prime Sdn. Bhd. memberikan tol percuma di lebuh raya kendalian mereka sempena Aidilfitri ini.

Muhyiddin turut memuji tindakan MTD Prime sebagai tawaran yang menarik kepada pengguna lebuh raya negara ini.

MTD Prime mengendalikan Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Lumpur ke Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 ke Jabor, Terengganu dengan menawarkan laluan tol percuma dari pukul 12 tengah malam ini hingga 5 pagi esok dan 24 September ini.

PLUS Expressway Berhad (PLUS) yang mengendalikan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu rangkaian lebuh raya terpanjang di Malaysia pula memberikan potongan 20 peratus.

(dipetik daripada UTUSAN MALAYSIA ONLINE)

leeyoong_L6B

Posts: 78
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Tol percuma hadiah raya

Post  L.HsianMin (L6B) on Sat Sep 19, 2009 1:55 am

"MTD Prime mengendalikan Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Lumpur ke Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 ke Jabor, Terengganu dengan menawarkan laluan tol percuma dari pukul 12 tengah malam ini hingga 5 pagi esok dan 24 September ini."


jadi,baliklah kampung pagi-pagi...balik pagi ada diskaun, tak ada matahari
, sampai kampung happy happy ..


L.HsianMin (L6B)

Posts: 23
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Tol percuma hadiah raya

Post  YeeYew™ [SonG][L6B] on Sun Sep 20, 2009 4:28 pm

MTD Prime mengendalikan Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Lumpur ke Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 ke Jabor, Terengganu dengan menawarkan laluan tol percuma dari pukul 12 tengah malam ini hingga 5 pagi esok dan 24 September ini.


12pm hingga 5am... itu... biasanya waktu manusia tidur kan..? saya melihat senario ini sebagai pengalakkan kemalangan jalan raya...

YeeYew™ [SonG][L6B]

Posts: 50
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Tol percuma hadiah raya

Post  LiewJoey(LSB) on Sun Sep 20, 2009 4:59 pm

Masa yang menggalakkan tidur ialah tengah malam , selepas tengah malam, pemandu tidak akan rasa tertidur jika pada siang hari itu mendapat rehat yang secukupnya.Tambahan pula,masa ini dapat mengelakkan kesesakan jalan raya, keadaan lancar di jalan raya juga dapat menaikkan semangat pemandu.Biasanya, pemandu akan berasa mengantuk jikalau terperangkap terlalu lama di jalan raya.Oleh itu, pihak kerajaan menlihatkan cadangan ini sebagai cara untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

LiewJoey(LSB)

Posts: 30
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Tol percuma hadiah raya

Post  leeyoong_L6B on Mon Sep 21, 2009 2:42 am

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Azmil Khalid berkata
LiewJoey(LSB) wrote:Berdasarkan rekod katanya, 60 peratus pemandu menumpukan perjalanan pada siang hari dan ini menyebabkan kesesakan yang teruk.

Ditanya mengenai perjalanan pada waktu malam lebih terdedah kepada kemalangan, Azmil menjelaskan, pemandu sebenarnya berada dalam keadaan segar sekiranya mendapat rehat secukupnya.

Biasanya waktu mengantuk ialah selepas makan malam dan apabila melepasi tengah malam, rasa mengantuk akan hilang,” katanya.

leeyoong_L6B

Posts: 78
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum