RM7 bilion untuk perluaskan LRT
Page 1 of 2 • Share •
Page 1 of 2 • 1, 2 
RM7 bilion untuk perluaskan LRT
KUALA LUMPUR - Kira-kira 700,000 penduduk di sekitar Subang, Puchong dan Bandar Kinrara dekat sini mungkin tidak perlu berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya selepas ini apabila jaringan terbaru perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) akan diperluaskan ke kawasan mereka.
Melalui jajaran baru itu, kedua-dua perkhidmatan LRT iaitu Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya akan diperluaskan ke laluan baru sejauh 17 kilometer hingga ke Putra Heights, Subang.
Projek yang dijangka menelan belanja sehingga RM7 bilion dan siap menjelang tahun 2012 itu melibatkan sambungan dari stesen Sri Petaling bagi Laluan Ampang manakala dari Kelana Jaya bagi Laluan Kelana Jaya ke stesen terakhirnya di Putra Heights dengan tambahan 13 stesen baru.
Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana), Datuk Idrose Mohamed berkata, antara kawasan baru yang dijangka dilalui oleh LRT tersebut ialah di Bandar Kinrara, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Prima, USJ 8, USJ 21, SS 7, Taman Perindustrian Subang Jaya, Persiaran Murni, Taman Alam Megah dan Kompleks Kelana Centre Point.
"Bagi Laluan Ampang, ia akan bermula dari stesen Sri Petaling melalui Kinrara, Puchong dan berakhir di Putra Heights manakala bagi cadangan laluan Kelana Jaya pula, ia akan bermula dari stesen Kelana Jaya melalui Subang Jaya dan berakhir di Putra Heights," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Buat masa ini, perkhidmatan bagi Laluan Ampang memiliki 25 stesen manakala Laluan Kelana Jaya pula melibatkan 23 stesen.
Adakah projek ini memang akan dijalankan?

lee kah yent(L6A)- Posts: 15
Join date: 2009-05-17
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
Syok syok.... kalau betul memang syok~!
YeeYew™ [SonG][L6B]- Posts: 50
Join date: 2009-05-17
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
LRT merupakan pengangkutan awam yang amat diperlukan oleh pekerja.. Sekiranya projek ini dapat dijalankan, betapa baiknya...
Pekerja-pekerja dan penduduk tempatan tidak perlu mengalami kesesakan LRT lagi... Namun.......projek ini masih sedang dirancang? atau telah disahkan?
leeyoong_L6B- Posts: 78
Join date: 2009-05-13
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
Dengan pembinaan Lrt, perjalanan dapat dimudahkan dan juga dapat menjimatkan masa yang berharga.Semoga Laluan Ampang dan laluan Kelana Jaya dapat diperluaskan lagi ke tempat yang lebih banyak.^^
xiaowen_L6B- Posts: 21
Join date: 2009-06-16
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
ini merupakan pelaburan yang amat berbaloi...pengangkutan awam ini memang mendatangkan banyak kebaikan, seperti mengurangkan kesesakan jalan, menjimatkan masa dan sebagainya...
Shu Jian [L6B]- Posts: 3
Join date: 2009-06-16
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
tetapi laluan LRT baru ini masih tidak merangkumi seluruh Klang Valley, dan banyak stesen singgah di kawasan yang tak begitu banyak penumpang naik dan turun, seperti Damai dan Jelatek dalam laluan Putra LRT. Oleh itu, kemudahan ini tidak memberi faedah kepada majoriti orang ramai dan masalah kesesakan jalan raya tidak akan ditanggani dengan begitu mudah.
lee kah yent(L6A)- Posts: 15
Join date: 2009-05-17
RE: RM 7 billion Untuk Perluaskan LRT
Perkhidmatan LRT memang dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan secara tidak langsungnya akan dapat mengurangkan kadar kemalangan, selain itu, perkhidmatan ini juga amat memudahkan anak watan yang belajar, bekerja serta juga dapat menjimatkan masa kita untuk mencapai destinasi kita. Masa yang dijimatkan boleh kita sumbangkan di aspek yang lain yang memanfaatkan.Kerajaan perlu memantau persoalan ini supaya ekonomi atau pembanguan negara dapat dijaga rapi dalam semua aspek. Tambahan pula, kemudahan ini dapat mengurangkan impak pencemaran udara. Betapa baiknya jikalau perkhidmatan LRT diperluas ke tempat yang pesat dengan penduduk.
Saya di sini cadangkan agar perkhidmatan LRT dapat capai ke sekolah kita juga supaya dapat memudahkan kita yang pergi tuisyen ataupun balik dan datang ke sekolah.
Saya di sini cadangkan agar perkhidmatan LRT dapat capai ke sekolah kita juga supaya dapat memudahkan kita yang pergi tuisyen ataupun balik dan datang ke sekolah.
LiewJoey(LSB)- Posts: 30
Join date: 2009-05-12
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
LiewJoey(LSB) wrote:Saya di sini cadangkan agar perkhidmatan LRT dapat capai ke sekolah kita juga supaya dapat memudahkan kita yang pergi tuisyen ataupun balik dan datang ke sekolah.
terdapat ribuan sekolah di seluruh Malaysia, adakah kerajaan akan menyediakan perkhidmatan LRT ke sekolah kita semata-mata untuk memudahkan pelajar yang pergi tuisyen?
lee kah yent(L6A)- Posts: 15
Join date: 2009-05-17
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
Berdasarkan apa yang kah yent tanyakan:
Saya berasa sekolah kita perlu mempunyai perkhidmatan ini, ini bukan sahaja dapat memudahkan pelajar chong hwa, malah juga memudahkan penduduk serantau yang yang pergi bekerja. Selain itu, ini juga boleh menyelesaikan masalan kesesekan lalu lintas di belakang sekolah .Masalah ini sudah bertahun-tahun menjadi ancaman yang bahaya kepada pelajar yang menggunakan jalan ini sewaktu pergi dan balik dari sekolah.
Saya berasa sekolah kita perlu mempunyai perkhidmatan ini, ini bukan sahaja dapat memudahkan pelajar chong hwa, malah juga memudahkan penduduk serantau yang yang pergi bekerja. Selain itu, ini juga boleh menyelesaikan masalan kesesekan lalu lintas di belakang sekolah .Masalah ini sudah bertahun-tahun menjadi ancaman yang bahaya kepada pelajar yang menggunakan jalan ini sewaktu pergi dan balik dari sekolah.
LiewJoey(LSB)- Posts: 30
Join date: 2009-05-12
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
LiewJoey(LSB) wrote:Saya di sini cadangkan agar perkhidmatan LRT dapat capai ke sekolah kita juga supaya dapat memudahkan kita yang pergi tuisyen ataupun balik dan datang ke sekolah.
LiewJoey(LSB) wrote: Saya berasa sekolah kita perlu mempunyai perkhidmatan ini, ini bukan sahaja dapat memudahkan pelajar chong hwa......
Joey, apakah yang ingin disampaikan? Saya tidak berapa faham dengan ayat Joey.. Sorry ya~ bahasa saya kurang fasih lagi...
Adakah Joey berharap perkhidmatan dapat dicapai agar memudahkan pelajar ke sekolah terutamanya bagi pelajar chong hwa?? Namun, perlaksanaan kedua-dua perkhidmatan LRT adalah Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya akan diperluaskan ke laluan baru sejauh 17 kilometer hingga ke Putra Heights, Subang. Ini langsung tidak berkaitan dengan sekolah menengah chong hwa yang terletak di Gombak
leeyoong_L6B- Posts: 78
Join date: 2009-05-13
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
leeyoong_L6B wrote:Adakah Joey berharap perkhidmatan dapat dicapai agar memudahkan pelajar ke sekolah terutamanya bagi pelajar chong hwa?? Namun, perlaksanaan kedua-dua perkhidmatan LRT adalah Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya akan diperluaskan ke laluan baru sejauh 17 kilometer hingga ke Putra Heights, Subang. Ini langsung tidak berkaitan dengan sekolah menengah chong hwa yang terletak di Gombak
Oleh sebab tiada kaitan langsung barulah orang harap perkhimatan ini dapat menyambung ke sekolah kita. Kalau perkhidmatan ini telah disediakan, adakah Joey akan mempunyai harapan ini?
lee kah yent(L6A)- Posts: 15
Join date: 2009-05-17
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
Pada pendapat saya, cadangan joey mungkin lebih sukar dicapai..akan tetapi buat masa ini lrt yang paling dekat dgn sekolah kita ialah stesen tmn melati..penambahan bas pengantaraan juga amat penting..Jika hanya laluan lrt ditambah, bilangan bas pengantaraan kekal sama..hal ini tidak membantu menyelesaikan masalah juga..
L.HsianMin (L6B)- Posts: 23
Join date: 2009-05-12
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
Cadangan joey agak mustahil dan saya setuju dengan pandangan Mrs.Lee terhadap penambahan jumlah bas perkhidmatan. Tetapi ada satu isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menambah apa-apa, iaitu penepatan masa setiap bas. Terdapat banyak aduan (saya telah failkan satu juga) terhadap penepatan masa bas dan menyebabkan ramai pengguna lewat ke mana-mana jua lokasi yang hendak dituju dan saya rasa wang tersebut perlu digunakan untuk meningkatkan efficiency bas sebelum apa-apa rancangan lain.
YeeYew™ [SonG][L6B]- Posts: 50
Join date: 2009-05-17
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
YeeYew™ [SonG][L6B] wrote:Cadangan joey agak mustahil dan saya setuju dengan pandangan Mrs.Lee terhadap penambahan jumlah bas perkhidmatan. Tetapi ada satu isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum menambah apa-apa, iaitu penepatan masa setiap bas. Terdapat banyak aduan (saya telah failkan satu juga) terhadap penepatan masa bas dan menyebabkan ramai pengguna lewat ke mana-mana jua lokasi yang hendak dituju dan saya rasa wang tersebut perlu digunakan untuk meningkatkan efficiency bas sebelum apa-apa rancangan lain.
ini tergantunglah kepada sikap pemandu, sebab masalah ini dah lama wujud. Biarpun betapa banyak aduan dilaporkan kepada pihak berkenaan, ia masih tidak diselesai. Terutamanya dalam bulan 'tak makan minum' ini, majoriti pemandu terdiri daripada kaum tertentu, masalah penepatan masa menjadi lebih serius.
lee kah yent(L6A)- Posts: 15
Join date: 2009-05-17
Re: RM7 bilion untuk perluaskan LRT
pertama sekali..terima kasih kpd mr song kerana setuju dengan pandangan saya, MISS Lee...
tapi..bukankah penambahan bas pengantaraan akan meningkatkan ketepatan bas secara tidak langsung?
..
saya setuju dgn point kahyent..
penepatan masa bergantung kepada sikap pemandu..
tapi..bukankah penambahan bas pengantaraan akan meningkatkan ketepatan bas secara tidak langsung?
..saya setuju dgn point kahyent..
penepatan masa bergantung kepada sikap pemandu..
L.HsianMin (L6B)- Posts: 23
Join date: 2009-05-12
Page 1 of 2 • 1, 2 
Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum