Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post new topic   Reply to topic

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  szejiengoo (U6F) on Wed Sep 24, 2008 9:58 pm

Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember
Oleh ROKIAH ABDULLAH

PULAU PINANG 17 Sept. - Kementerian Pelajaran sedang mengumpul pandangan daripada pelbagai pihak sebelum keputusan muktamad sama ada mengekalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dibuat pada Disember ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, ini kerana pandangan dan idea daripada orang ramai termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan profesional, pensyarah, guru dan pelajar perlu diambil kira sebelum sesuatu polisi dilaksanakan.

''Keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selepas keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 akhir tahun ini.

Sementara itu, Razali mendedahkan kira-kira 35 peratus guru yang mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik di seluruh negara dikenal pasti tidak boleh menguasai bahasa Inggeris.

Katanya, masalah itu dikesan melalui satu kajian yang dijalankan oleh pihak kementerian di beberapa sekolah terpilih baru-baru ini.

''Apabila murid-murid mempunyai potensi untuk belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, sesetengah guru pula menghadapi masalah untuk menguasai bahasa itu dengan baik.

''Ia akan memberi kesan negatif kepada murid yang memerlukan bimbingan untuk menguasai bahasa Inggeris," katanya.

Berita penuh dari Utusan Malaysia Online


Arrow Menurut perkara yang tersebut, pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mempunyai kelebihannya dan juga kelemahannya.
Pada pandangan anda, wajarkah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan? Huraikan.

szejiengoo (U6F)

Posts: 32
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  PnLeela on Sat Sep 27, 2008 10:04 am

Hi kelas,

Satu tajuk yang amat popular pada masa kini. Semua pelajar dikehendaki memberi respon tentang tajuk ini.
Kamu boleh memberi sama ada fakta/ ulasan berkaitan dengan tajuk atau menceritakan pengalaman anda mempelajari sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Senior kamu yang balik dari universiiti luar negeri mengatakan betapa bertuahnya mereka dapat mempelajari kedua-dua mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Ini adalah kerana keadaan ini telah banyak membantu mereka dalam pelajaran mereka di peringkat university terutamanya dalam era persaingan ke arah globalisasi.

Nyatakan pendapat anda dengan jelas

Jumpa lagi Smile
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  SenHan_U6F on Sat Sep 27, 2008 2:00 pm

Pada pendapat saya , pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris perlu diteruskan.Pertama , bahasa inggeris merupakan bahasa yang diiktirafkan oleh seluruh dunia ,ia merupakan bahasa antarabangsa.Apabila melanjutkan pelajaran ke Universiti , kebanyakkan pelajaran juga menggunakan bahasa inggeris terutamanya Sains dan Matematik .Selain itu , sebahagian perkataan sains yang terjermah dari inggeris ke bahasa melayu ,maknanya kurang sama.Dengan ini saya berpendapat pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris perlu diteruskan.

SenHan_U6F

Posts: 29
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  WeiShi_L6F on Sat Sep 27, 2008 3:07 pm

Sebenarnya saya memang berasa amat bertuah kerana dapat mempelajari sains dan maths dalam bahasa inggeris.Bagi saya, cara pembelajaran ini dapat membantu saya menguasai bahasa inggeris dan mempelajari kosa kata inggeris yang baru.Selain itu , saya memang berpendapat bahawa ia bukan masalah untuk belajar sains dan maths dalam inggeris jika kita berusaha bersungguh-sungguh dan meminta ajar daripada orang yang berilmu.Semoga guru-guru yang mengajar sains dan maths dapat sedarkan diri dan menyelamat pelajar-pelajar yang kebinggungan.

WeiShi_L6F

Posts: 34
Join date: 2008-05-13
Age: 19

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  szejiengoo (U6F) on Sun Sep 28, 2008 10:28 pm

Kajian telah membuktikan bahawa ada sesetengah guru tidak dapat menguasai bahasa Inggeris.
Berhubung dengan perkara ini, saya berasa pihak kerajaan harus berusaha dengan lebih giat untuk melatihkan guru yang lebih berkualiti.
Perkara ini harus dipandang positif oleh semua demi masa hadapan negara dan untuk menukarkan bahasanya kepada bahasa Malaysia bukan alternatifnya.

szejiengoo (U6F)

Posts: 32
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  siewMei on Wed Oct 01, 2008 12:04 am

memang tidak boleh dinafikan terdapat beberapa kelemahan ditimbulkan,namun saya tetap bertegas pembelajaran sains dan maths dalam english merupakan tindakan yang lebih baik kerana ia dapat menjamin melahirkan pemuda-pemudi yang dapat bersaing dengan negara lain.
Kelemahan-kelemahn tersebut dapat diperbaiki dan pembelajaran dalam english dapat memberi kayakinan kepada pelajar sebelum mereka memasuki universiti kelak.
Jika pembelajaran dalam bahasa malaysia,ini hanya dapat membantu sedikit kepada pelajar kerana apabila mereka masuk universiti,mereka akan belajar dalam bahasa inggeris.

siewMei

Posts: 175
Join date: 2008-01-14
Age: 20

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  vinclam1314 on Thu Oct 02, 2008 8:18 am

Sudah lama tiada semangat untuk memberi balasan.. haha.. Smile
Welcome back, Mr. XXX

Jika saya tiada kesalahan, masalah samada mahu teruskan pembelajaran dalam bahasa inggeris atau tidak ini adalah hanya terlibat dengan pembelajaran di sekolah rendah sahaja.. Nampaknya kebanyakan kakak dan abang kalian adalah membalas mengenai pembelajaran dalam S&M dalam BI di pembelajaran di sekolah menengah..

Pada pendapatan saya, pembelajaran BI dalam S&M haruslah diteruskan terutamanya di tingkatan atas di sekolah rendah ( iaitu dari darjah empat hingga darjah enam) dan haruslah menyambungkan projeck 3-2-1. Ini adalah kerana di tingkatan bawah (darjah 1-3) , iaitu masa yang sangat penting untuk membangkitkan minat pelajar dalam S&M, kebanyakan pelajar masih tidak dapat menguasai bahasa lain, terutamanya bahasa inggeris. Oleh itu, Pada masa darjah 1-3, S&M haruslah diajar dalam bahasa ibunda supaya pelajar mudah memehami apa yang mereka belajari. Ini tentulah dapat membangkitkan minat mereka (tentulah tidak dapat bangkit minat jika anda tidak memehami apa yang anda belajari ).

Pada jangka masa darjah 4-6, pelajar sudah mempunyai basic S&M dalam bahasa ibunda, ini akan memudahkan pemahaman mereka dalam bahasa inggeris dalam S&M. Seperti perubahan yang telah dialami oleh para kakak dan abang di U6, kalian telah pun mempunyai basic dalam bahasa melayu, anda adalah agak memahami apa yang anda belajari dalam dua tahun ini dengan hanya menggunakana bahasa inggeris. kan? Akan tetapi, projek 3-2-1 haruslah diteruskan dengan tidak memansuhkan pembelajaran S&M dalam bahasa ibunda. Ini dapat menyambungkan pembelajaran pelajar yang masih tidak faham dalam bahasa inggeris. Selain itu, jangka masa darjah 4-6 juga boleh menjadikan satu jangka masa peralihan kepada para pelajar dalam menukar bahasa dalam S&M. Jika pelajar masih tidak dapat menguasai bahasa inggeris dalam S&M, mereka masih boleh menjawab dalam bahasa ibunda dalam UPSR. Ini tentulah tidak akan memberikan banyak masalah kepada mereka kerana jika mereka tidak faham dalam bahasa inggeris dalam soalam S&M ,mereka masih boleh merujuk bahasa ibunda mereka. ( seperti apa yang terjadi terhadap kami , kertas peperiksaaan STPM masih adalah dalam dwibahasa, kami boleh memilih bahasa yang kami menguasai untuk menjawab.. jika kami tidak faham soalam dalam BI, kami boleh rujuk soalan dalam bahasa Malaysia )

Jika kalian adalah berbincang tentang pembelajaran BI dalam S&M sekolah menengah, saya tidak dapat cari apa-apa butir yang dapat menyokong saya untuk membantah pembelajaran BI dalam S&M. kerana adik berasa jangka masa sekolah menengah adalah masa peralihan ke sosial yang paling Utama. Pelajar haruslah cuba dan menyesuaikan diri dalam pembelajaran inggeris kerana kebanyakan pembelajaran subjek tidak mengira samada dalam Sains atau Sastera adalah dalam bahasa Inggeris. Jika pelajar-pelajar tidak menyesuaikan diri dan mendedahkan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris, bagaimanakah pelajar-pelajar dapat faham apa yang mereka belajari dan bagaimana pelajar Malaysia Kita dapat bersaing dengan pelajar antarabangsa ni? Oleh itu, saya menyokong selebih-lebih tentang pelajaran S&M dalam Bahasa Inggeris di sekolah menengah.

Apakah pandangan kalian mengenai buku-buku teks SEJARAH sekolah menengah? Terutamanya tingkatan empat.. Sedangkan pengajian buku-buku teks sejarah sedang dijalankan..

vinclam1314

Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  szejiengoo (U6F) on Fri Oct 03, 2008 11:36 pm

Terima kasih kerana membalas topik ini.

Kita telahpun menyatakan pendirian masing-masing dengan menyetujui pengekalan pengajaran S&M dalam bahasa Inggeris. Namun demikian, kajian telah membuktikan masalah guru mata pelajaran tersebut tidak dapat menguasai bahasa Inggeris masih kekal pada masa ini.

Pada pandangan saudara-saudari di sini, apakah langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah ini sedangkan pengajaran dalam bahasa Inggeris perlu diteruskan?

szejiengoo (U6F)

Posts: 32
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  leechoonyuan(L6f) on Wed Oct 08, 2008 8:35 pm

Pada pendapat saya,pengajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar wajib diteruskan.Ini kerana peranan bahasa Inggeris semakin penting dalam era globalisasi ini sedangkan bahasa ini diiktiraf sebagai bahasa antarabangsa.Selain itu,penggunaan bahasa ini dalam pengajaran Sains dan Matematik juga membolehkan pelajar-pelajar lebih mudah menyesuaikan diri apabila mereka melanjutkan pelajaran ke universiti.Walaubagaimanapun,kelemahan penggunaan bahasa ini untuk mengajar Sains dan Matematik harus ditangani serta merta.Kerajaan harus menyediakan kursus-kursus tertentu untuk guru-guru supaya mereka dapat menyesuaikan diri dalam menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar.Ini amat penting supaya murid dapat memahami pengajaran cikgu dengan lebih baik.

leechoonyuan(L6f)

Posts: 10
Join date: 2008-09-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  SenHan_U6F on Wed Oct 08, 2008 10:11 pm

Pada pendapat saya , langkah yang terbaik bagi mengatasi masalah ini sedangkan pengajaran dalam bahasa Inggeris perlu diteruskan . Guru baru yang belajar di maktab perlu diajar dengan bahasa inggeris semasa di maktab.Jika guru yang baru dapat mempersesuaikan diri ,ia dapat membantu murid - murid pada masa kelak.

Manakala guru yang lama harus dihantar ke kursus untuk mempertingkatkan bahasa inggeris mereka masing-masing.Guru -guru juga harus bertanggungjawab memperbaiki bahasa inggeris dengan belajar dengan sendiri .

SenHan_U6F

Posts: 29
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  szejiengoo (U6F) on Sun Oct 12, 2008 11:58 pm

SenHan_L6F wrote:Guru baru yang belajar di maktab perlu diajar dengan bahasa inggeris semasa di maktab.Jika guru yang baru dapat mempersesuaikan diri ,ia dapat membantu murid - murid pada masa kelak.

Manakala guru yang lama harus dihantar ke kursus untuk mempertingkatkan bahasa inggeris mereka masing-masing.Guru -guru juga harus bertanggungjawab memperbaiki bahasa inggeris dengan belajar dengan sendiri .


Menurut kata sen han, guru-guru lebih senior yang tidak dapat menguasai bahasa inggeris harus dihantar untuk menjalani kursus. Namun demikian, sedangkan mereka tidak akan sentiasa berada di sekolah demi menghadiri kursus dan guru-guru yang baru belum dihantar ke sekolah-sekolah yang kekurangan guru terlatih, bagaimanakah kerajaan harus mengisi kekosongan ini?

Situasi ini juga dapat dilihat di sekolah-sekolah menengah. Guru-guru subjek sains dan matematik kerap menghadiri kursus dan akhirnya pelajaran murid-murid di kelas terkorban. Justeru, ini akan mengakibatkan penurunan prestasi pelajar.

Mari kita bincangkan...

szejiengoo (U6F)

Posts: 32
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  lisee(L6A) on Fri Jun 26, 2009 6:41 pm

Seperti mana yang dikatakan oleh senior-senior,saya pun rasa pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk kebaikan pelajar pada masa kelak.Ya,memang bagi pelajar yang lebih fasih dalam Bahasa Melayu,keputusan mereka dalam peperiksaaan Sains dan Matematik akan lebih cemerlang jika pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dijalankan.Namun,kita harus berpandangan jauh.Bahasa Inggeris ialah bahasa antarabangsa.Kita akan lebih mudah berkomunikasi dengan luar negara jika bahasa Inggeris digunakan.Tambahan pula,pengajaran dalam Bahasa Inggeris akan dijalankan dalam universiti dan kolej juga.Jadi,pelajar-pelajar sekolah menengah pasti boleh cepat menguasai pelajaran apabila menyambung pelajaran ke universiti atau kolej sekiranya pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris digunakan.

lisee(L6A)

Posts: 25
Join date: 2009-05-16

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  szejiengoo (U6F) on Mon Jun 29, 2009 7:28 pm

Saudari Li See, terima kasih kerana telah meneruskan perbincangan tentang topik ini! Isu PPSMI ini telah menjadi berita hangat negara sekali lagi. Oleh itu, dijemput semua untuk mengemukakan pandangan masing-masing tentang isu ini. Very Happy

szejiengoo (U6F)

Posts: 32
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  leeyoong_L6B on Mon Jun 29, 2009 11:13 pm

Memang tidak dinafikan bahawa, usaha meneruskan pelaksanaan pengajian sains , matematik dan teknologi dalam BAHASA INGGERIS (PPSMI) merupakan isu yang hangat sejak masa perlaksanaan hingga kini..

Seperti yang kita tahui, tujuan seluruh usaha ini ialah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Lagipun, Bahasa Inggeris adalah Bahasa Antarabangsa. Kita tentulah dapat menggunakan bahasa yang dikenali oleh masyarakat dari seluruh dunia untuk saling bertukar-tukar fikiran dengan mereka. Terutamanya, dengan masyarakat negara Eropah... Contohnya: Negara Amerika Syarikat, Britain, Australia, New Zealand dan lain-lain juga melaksanakan PPSMI. Dengan pembelajaran sains , matematik dan teknologi dalam bahasa inggeris, kita dapat berkomunikasi dengan mereka mudah sekali. Kita tidak perlu risau bahawa bahasa tidak dapat difahami ataupun memerlukan penterjemah untuk bantu.

Namun, sesetengah masyarakat pula menganggap bahwa projek ini telah meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Mereka berasa bahawa penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Mereka menegaskan bahawa PPSMI tidak patut dilaksanakan kerana ini tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, bahawa mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Contohnya: Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan.

Walau bagaimanapun, saya tetap menyokong PPSMI sepenuhnya. Saya berpendapat bahawa ini merupakan satu langkah yang boleh memajukan kita secara tidak langsung. Kita haruslah berpandangan jauh~ Ini merupakan satu titik permulaan bagi kita melangkah untuk mencapai sesuatu yang lebih maju dan cemerlang!
Very Happy

leeyoong_L6B

Posts: 78
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember

Post  Khang Wei (L6B/2009) on Tue Jun 30, 2009 7:11 pm

Pada zaman era globalisasi kini, bahasa inggeris semakin penting saban hari ini. Malaysia telah melaksanakan pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Hal yang demikian kerana tahap bahasa inggeris dari segi percakapan, pendengaran, serta penulisan sangat rendah berbanding dengan negara asia tenggara yang lain seperti Singapura dan Filipina.

Pada pendapat saya, saya amat bersetuju dengan usaha ini kerana ini akan meningkatkan tahap bahasa inggeris di negara kita. Walaupun usaha ini membawa banyak kesulitan kepada guru yang lebih senior dan pelajar yang telah biasa mengguna bahasa melayu dalam subjek sains dan matematik, tetapi demi kebaikan negara, usaha ini memang penting supaya menjadikan Malaysia menpunyai tahap bahasa inggeris yang sama dengan negara maju. Ini penting untuk Malaysia merealisasikan projek Wawasan 2020.

"Sesetengah masyarakat" yang dimaksud oleh LeeYoong berpendapat bahawa bahasa melayu akan dipinggirkan jikalau usaha ini terus dilaksanakan. Namun, subjek seperti pengajian am, pendidikan moral, pendidikan sejarah menggunakan bahasa melayu, mereka masih mempunyai subjek tersebut untuk memastikan bahasa melayu tidak akan dipinggirkan.

Khang Wei (L6B/2009)

Posts: 28
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum