Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember
Page 2 of 2 • Share •
Page 2 of 2 •
1, 2
Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember
Khang Wei... memang terdapat sebahagian masyarakat masih berusaha untuk menghapuskan PPSMI.
Anda boleh cuba merujukan link berikut....
(Ini merupakan video yang menegaskan hapusan PPSMI)
A SAMAD SAID : DEMO HAPUSKAN PPSMI 2009
http://www.nowpublic.com/world/samad-said-demo-hapuskan-ppsmi-2009
(KENAPA KITA MENOLAK PPSMI BERDASARKAN FAKTA DAN KAJIAN...)
http://mampat.blogspot.com/2009/03/kenapa-kita-menolak-ppsmi-berdasarkan.html
(KENAPA CENDIAKAWAN2 MELAYU MENOLAK PPSMI…)
http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/03/08/16898/
(Mengapa Majlis Raja-Raja Melayu akan Menolak PPSMI ?)
http://www.prihatin.net/pendidikan-a-bahasa/266-mengapa-majlis-raja-raja-melayu-akan-menolak-ppsmi-puan-ainon-mohd.html
(Persatuan Penterjemah Malaysia menolak PPSMI)
http://profabdullah1.wordpress.com/2008/12/27/persatuan-penterjemah-malaysia-menolak-ppsmi/

leeyoong_L6B- Posts: 78
Join date: 2009-05-13
Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember
Malangnya,keputusan telah ditentukan oleh pihak kerajaan iaitu pemansuhan PPSMI oleh Kementerian Pelajaran berkuatkuasa 2012 di sekolah-sekolah kebangsaan.
Merujuk pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad, pemansuhan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu.
Bagi saya, saya amat bersetuju dengan bekas perdana menteri kita.
Dalam globalisasi yang kini, Malay versi referensi buku dan guru yang menggunakan bahasa Malay untuk mengajarkan ilmu amat kurang berbanding dengan penggunaan bahasa Inggeris.Selain itu,pelajar sukar mendapat maklumat yang lebih lanjut daripada internet atau buku rujukan.Tambahan pula,terjemahan kadang-kadang juga akan ada masalah sementara ertinya sukar dipastikan. Apabila masa depan utk melanjutkan ke gading menara,mereka hendaklah mempelajari semula lagi utk mengetahui kata-kata yang spesifik dalam bidang math,kimia,biologi,fizik dan lain-lain.
Oleh itu, saya amat bertuah kerana dilahirkan di tahun ini yang dapat mempelajari pelajaran dengan bahasa Inggeris.

kuanchin91(L6B)- Posts: 9
Join date: 2009-05-12
Age: 18

Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember
Seperti mana yang dibincangkan.... tidak usahlah saya mengulangi isi-isi...
Pada pendapat saya, penggunaan bahasa Inggeris sememangnya satu tindakan yang wajar dan tidak harus dibubarkan, bayangkan jikalau anda sedang belajar matematik dalam negara Malaysia dan anda ingin melanjutkan pelajaran dalam matematik, dan anda akan menemui masalah dalam memahami apa yang cuba disampaikan di peringkat yang lebih tinggi, seperti:
Karamata's Inequality >>> ketidaksamaan Karamata('s?)
Vector >>> Daya Pandu
Vector Plane in 3rd dimension >>> Laju sudut?
Constant Variables >>> Pemalar
mampus lah... ohh tidak tidak. i mean, Jikalau Malaysia memansuhkan penggunaan Bahasan Inggeris hanya disebabkan ingin memartabatkan Bahasa Melayu, tidak usahlah menjatuhkan standard murid Malaysia dari pelbagai segi dan aspek. Sebenarnya kerajaan boleh mewujudkan satu situasi di mana kita boleh belajar matematik dan sains dalam dwibahasa mengikut kesesuaian kelas dan permintaan, tidak usahlah korbankan semua murid yang telah belajar susah-susah.... Lebih-lebih lagi jikalau seseorang murid itu bakal melanjutkan pelajaran ke higher level dimana semua aplikasi adalah dalam bahasa Inggeris...
Selain itu, pelbagai pertandingan antarabangsa juga menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar. Sebagai contoh,
International Mathematic Olympiad
Malaysia telah mula melangkah ke arah kejayaan sejak kejayaan Kok Ern dari SMJK Chong Hwa pada suatu ketika dahulu memenangi Honorable Mention dalam pertandingan tersebut, dan merupakan satu-satunya pemenang yang mewakili Negara Malaysia. Tetapi sejak bermulanya PPSMI, bilangan peserta yang memenangi hadiah dalam pertandingan tersebut dari negara Malaysia telah meningkat, dan bakat telah diasah dengan muda lagi. Sebagai contoh, pelajar Ying Hong dari SMK Katolik di Brickfield. Dia memenangi Honorable Mention pada 2008 dan dia bersyukur kerana dapat belajar matematik dalam Bahasa Inggeris. berterima kasih kepada PPSMI, kita telah berjaya mencatatkan rekod pemenang Silver Medal dalam pertandingan antarabangsa ini.
Jadi, sememangnya satu KESALAHAN BERAT DAN BESAR untuk membubarkan PPSMI.
dan saya memang bertuah dapat belajar dalam english... Matematik dalam BM = Disaster

YeeYew™ [SonG][L6B]- Posts: 49
Join date: 2009-05-17
Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember
Sistem ini diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2003, beliau ingin menyediakan anak-anak Malaysia ke peringkat antarabangsa yang berdaya saing tetapi langkah-langkah untuk menyempurnakan sistem ini tidak efektif.
Walaupun bahasa pengantara untuk kedua-dua subjek ini ditukar dari BM ke BI, terdapat banyak guru, terutamanya di luar bandar masih mengajar dalam bahasa ibundanya seperti BM. Pelajar terpaksa belajar subjek itu dalam bahasa pengantara yang salah. Istilah-istilah sains yang mudah dalam BI juga tidak dapat dikenali, bagaimana seseorang pelajar boleh menulis esei sains dalam kertas Kimia, Biologi dan Fizik? Adakah menjawab dalam BM? Ini telah buktikan bahawa anak murid telah terkurung dalam kepompong penggunaan BM.
Bolehlah kita mengambarkan situasi yang kesian dan sengsara akan dialami oleh golongan ini semasa menuntut pelajaran mereka di IPTA atau IPTS. BM masih dapat diguna semasa buat esei?
Penggunaan BM dalam subjek S&M hanya membawa kegagalan, ia merupakan halangan bagi mereka yang ingin mempelajari Tingkatan 6 atau Matrikulasi, kerana subjek S&M masih dikendali dalam BI.
Kerajaan terlalu fokus pada keburukan PPSMI tetapi kesan positif dibawa oleh sistem ini selalu diabaikan. Tahap BI pelajar Malaysia kian berkembang, kan keadaan ini harus dikekalkan? Tidak patutlah berputus asa pada awal-awal lagi.[/font][/font]

lee kah yent(L6A)- Posts: 15
Join date: 2009-05-17
Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember
Terima kasih kepada semua kerana telah menghangatkan topik ini. Jika adanya berita dan maklumat terbaru tentang keputusan kerajaan tentang PPSMI, sila kongsikan bersama. 
szejiengoo (U6F)- Posts: 32
Join date: 2008-05-13
Re: Keputusan muktamad isu Sains, Matematik Disember
Daripada: Tun Dr. Mahatir
Sumber: Dr Mahatir's Blog
"""1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu.
4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera.
5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan.
7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa.
8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan.
9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;
• Oxygenation
• Oxidation
• Oxide
• Oxidants
• Deoxydation
• Oxidise
• Oxidification
• Dioxide
• Monoxide
• Peroxide
10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen.
11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi.
12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis.
13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah.
14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains?
15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini.
16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks.
17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris?
18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris.
19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar?
20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu?
21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar.
22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah.
23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja.
24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita.
25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang.
26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang.""

lisee(L6A)- Posts: 23
Join date: 2009-05-16
Page 2 of 2 •
1, 2
Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum