Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)
Page 2 of 2 • Share •
Page 2 of 2 •
1, 2
Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)
Isi4
Undang-undang menentang buruh kanak-kanak perlu ditegaskan. Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam melindungi kanak-kanak daripada menjadi sebagai sebatang jalan untuk mengaut keuntungan. Mencegah kanak-kanak daripada bekerja bukan semestinya penyelesaian terbaik. Kanak-kanak dan keluarga mereka bermungkinan berakhir dalam situasi yang lebih buruk seperti kemiskinan. Selain daripada kerajaan, badan bukan kerajaan turut boleh menyumbang dengan menyediakan kanak-kanak dengan maklumat tentang hak-hak mereka atau menjamin keadaan kerja yang lebih selamat.

reeann- Posts: 5
Join date: 2009-03-18
ISI 3 -minggu 2 -pekerjaan kanak-kanak
ISI 3- Kevin (upgraded pro version 8.5)
Memandangkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pekerjaan membawa ancaman besar terhadap masa depan kanak-kanak dan negara,adalah mustahak langkah-langkah yang efektif lagi prokatif dilaksanakan agar fenomena ini dapat dibendung. Antara langkah penting yang telah diambil bagi menyokong usaha menghapuskan buruh kanak-kanak ialah peruntukan undang-undang melalui Akta Pendidikan 1996 yang mewajibkan pendidikan prasekolah dan pendidikan sekolah rendah. Peruntukan undang-undang ini menjelaskan kewajipan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka memperoleh pendidikan rendah dimana kegagalannya dianggap sebagai suatu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pendekatan ini dilihat dapat mengurangkan bilangan pekerja kanak-kanak di negara ini kerana kanak-kanak di bawah usia 12 tahun akan bersekolah dan bukannya bekerja. Ini sejajar dengan jaminan yang diberikan oleh Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Kanak-Kanak bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk memperoleh kehidupan, pembangunan dan perlindungan. Ini sekali gus menjamin hak kanak-kanak untuk dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi dan kemudaratan. Di samping itu, kanak-kanak juga ditegaskan sebagai sumber harapan dan inspirasi masa hadapan. Jika inilah harapan besar yang disandarkan pada mereka maka kita berkewajipan menyediakan segala ruang dan peluang bagi memastikan mereka membesar dalam suasana penuh harmoni yang akan membantu pembentukan jiwa, keperibadian dan akhlak mereka. Penyediaan peluang mendapatkan pendidikan merupakan cara penting yang diberikan tumpuan utama dalam usaha membanteras kegiatan mengerah tenaga dan keringat kanak-kanak.

kevin_L6F- Posts: 8
Join date: 2008-05-19
Location: Batu Caves
Pekerja kanak-kanak
Isi ke-4:Selain daripada memperuntukkan akta pendidikan,kerajaan juga harus menguatkuasakan undang-undang yang berkenaan dengan buruh kanak-kanak demi melindungi mereka daripada diambil menjadi pekerja.Kerajaan harus menambah berat hukuman yang dikenakan kepada majikan yang mengambil kanak-kanak sebagai pekerja.Ini dapat memberi amaran kepada para majikan supaya jangan sesekali mengambil kanak-kanak sebagai pekerja hanya kerana gaji yang perlu dibayar adalah lebih rendah.Justeru itu,kadar buruh kanak-kanak dapat dikurangkan dengan berkesan sekali jika hukuman yang setimpal dikenakan kepada majikan yang tidak mematuhi undang-undang
leechoonyuan(L6f)- Posts: 10
Join date: 2008-09-17
Re: Esei Minggu ke 2 : Pekerja Kanak-kanak ( Child Labour)
Penutup : Kesimpulannya, kanak-kanak merupakan aset penting dalam menentukan masa depan sesebuah negara. Oleh itu, kerajaan dan masyarakat harus bertanggungjawab dan memainkan peranan yang penting dalam membendung fenomena buruh kanak-kanak untuk memastikan masa depan kanak-kanak cerah serta negara gemilang.

NicholasGow@U6F- Posts: 1
Join date: 2009-04-08
Age: 19
Page 2 of 2 •
1, 2
Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum