Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post new topic   Reply to topic

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: Esei Minggu 3: Kebersihan Alam Sekitar (Enviroment)

Post  HO KOK WAI on Wed Apr 15, 2009 3:03 pm

Isi 3:
Alam sekitar adalah sangat penting untuk mengekalkan keharmonian antara manusia dengan alam sekeliling. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Jika alam sekitar dimusnahkan, keseimbangan ekosistem akan terganggu dan ini akan menyebabkan haiwan-haiwan yang tinggal di kawasan itu lari berkeliaran dan menjejaskan keharmonian manusia. Selain itu, haiwan yang tempat perlindungannya termusnah akan menghadapi masalah seperti tiada makanan. Tumbuhan-tumbuhan yang dimusnahkan juga akan menghadapi masalah kepupusan.

HO KOK WAI

Posts: 5
Join date: 2009-03-23

View user profile

Back to top Go down

Penutup(U6F) - Alam Sekitar

Post  kevin_L6F on Wed Apr 15, 2009 5:18 pm

Penutup:
Kesimpulannya, nyatalah bahawa alam sekitar yang bersih penting kepada kelangsungan hidup manusia dan penduduk bumi. Adalah menjadi harapan agar pencemaran alam sekitar yang semakin gawat ini diselesaikan dengan secepat mungkin. Bak kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’ haruslah diingati sentiasa. Semoga masalah pencemaran tidak akan menjejaskan kehidupan makhluk di alam ini.

kevin_L6F

Posts: 8
Join date: 2008-05-19
Location: Batu Caves

View user profile

Back to top Go down

Kebersihan alam sekitar.......

Post  priya on Sun Apr 19, 2009 12:10 pm

U6B---ISI 4 :


Pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan berlakunya jerebu di negara kita.Puncanya termasuklah pembakaran hutan, pengeluaran asap kilang,pengeluaran gas ekzos oleh kenderaan,dan pembakaran sampah secara terbuka.Dalam jangka panjang,aspek ekonomi juga akan terjejas.Pembatalan penerbangan kapal terbang terpaksa dibuat.Hal ini mengakibatkan kerugian besar kepada syarikat penerbangan.Pekerja-pekerja yang bekerja di luar pejabat mungkin terpaksa mengambil cuti demi kesihatan mereka.Kilang perindustrian,kuari,dan sektor pembinaan terpaksa menghentikan operasi.Nelayan juga tidak turun ke laut kerana bimbang keselamatan dan kesihatan mereka terjejas.Penjaja di tepi jalan tidak dapat menjalankan perniagaan mereka.Sebagai akibatnya,sumber rezeki terjejas dan pengusaha mengalami kerugian besar.

priya

Posts: 4
Join date: 2009-03-29

View user profile

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum