Laman Rasmi Mahkamah
Page 1 of 2 • Share •
Page 1 of 2 • 1, 2 
Laman Rasmi Mahkamah
Hi Kelas,
Kita akan mula topik mahkamah, sila layari laman rasmi untuk melihat hal-hal berkaitan, bukan saja fakta tetapi juga lokasi, bilangan hakim peguam, tugasan rasmi mahkamah dan gambar-gambar yang berkaitan.
http://www.kehakiman.gov.my/
Selamt melayari dan menimba ilmu
Pn Leela

PnLeela- Admin
- Posts: 242
Join date: 2008-01-03

Re: Laman Rasmi Mahkamah
Perogol dipenjara 57 tahun
KUALA LUMPUR 29 April - Seorang pemotong kayu yang didapati bersalah atas tiga tuduhan merogol adik iparnya oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini tiba-tiba memohon agar hukuman terhadapnya ditangguhkan esok dengan alasan dia tidak sihat.
Pas fail petisyen keputusan DUN Belantek
ALOR STAR 29 April - Bekas calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Belantek, Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu, bagi kawasan berkenaan.
Utusan diperintah bayar Fatimah RM200,000
KUALA LUMPUR 29 April - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd. dan dua defendan lain membayar ganti rugi RM200,000 kepada bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dan sasterawan, Profesor Madya Dr. Fatimah Busu kerana menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadapnya, 11 tahun lalu.
Didakwa pecah amanah RM350,000
KUALA LUMPUR 29 April - Dua bekas pengarah syarikat elektronik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas lima tuduhan pecah amanah membabitkan wang sejumlah RM350,000 milik syarikat itu lima tahun lalu.

wonderfoo_99- Posts: 114
Join date: 2008-01-11
Re: Laman Rasmi Mahkamah
urm.. bolehkah saya tahu apakah yang abang foo ingin memberitahu kami? saya tidak faham kenapa abang foo memaparkan banyak keratan kecil tentang kes-kes atau berita (bukanlah hanya dalam topik ini tetapi terdapat dalam banyak topik yang lain juga).. adakah abang foo ingin adik-adik kalian membincangkan tentang hal-hal atau kes-kes dalam berita yang telah abang foo paparkan?
Jika abang Foo tidak bermakna ingin memulakan perbincangan tentang kes-kes atau berita-berita itu, silalah jangan memaparkannya lagi.. kerana ini akan menjadikan topik-topik kelihatan terlalu banyak balasan dan akan mengurangkan minat adik-adik kalian untuk membacakannya..
Terima Kasih ke atas kesudian kerjasama abang..

vinclam1314- Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx
Re: Laman Rasmi Mahkamah
jika tidak silap say,abang foo ingin memberitahu tentang kes yang mana akan membawa ke mahkamah mana.maksudnya, kes ganti rugi sehingga RM 200,000 akan membincang di mahkamah Tinggi.Betulke abang foo maksud ni?
wendy- Posts: 60
Join date: 2008-02-06
Re: Laman Rasmi Mahkamah
urm...saya ragu-ragu akan penjelasan kakak wendy tentang tujuan paparan keratan berita itu oleh abang weng foo.. jika abang weng foo memang mempunyai tujuan sedemikian,mengapa dia tidak mencategorikan kes-kes tersebut kepada kes sivil dan jenayah keran terdapat kes jenayah dalan keratan surat khabar itu...
abang wengfoo,sila jelaskan tujuan anda!! kita semua sudah binggung...

siewMei- Posts: 175
Join date: 2008-01-14
Age: 20
Re: Laman Rasmi Mahkamah
bolehkah anda memberitahu perkara tentang mahkamah secara keseluruhan?? thanks:D
bee happy- Posts: 9
Join date: 2008-04-20
Re: Laman Rasmi Mahkamah
Mahkamah ialah satu tempat untuk memutuskan samada seseorang tertuduh adalah bersalah atau tidak. Ia mengekalkan keadilan dalam masyarakat kita. Di Negara Kita, terdapat dua golongan mahkamah... Iaitu Mahkamah Umum atau mahkamah khas..
Bagi Mahkamah Umum, kita mempunyai mahkamah atasan dan mahkamah bawahan...mahkamah atasan mempunyai mahkamah Persekutan dan mahkamah Rayuan serta Mahkamah Tinggi. Bagi mahkamah Bawahan pula, kita mempunyai mahkamah sesyen, mahkamah majistret, mahkamah penghulu. Untuk mengetahui tentang semua mahkamah ini, kakak dan abang kalian boleh merujuk kepada buku-buku teks anda..
Bagi mahkamah Khas pula, kita mempunyai mahkamah Syariah, Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Bumi putera Sarawak, Mahkamah Buruh, Mahkamah kanak-kanak, mahkamah Tentera, Mahkamah Khas Raja-raja..
Bagi menyelesaikan masalah di antara negara, seperti kes tentang pulau 'putih jiao' yang baru ini telah kalah kepada negara singapura, boleh pergi ke International Court of Justice yang terletak di Hague, Netherlands.
Bagi Mahkamah Umum, kita mempunyai mahkamah atasan dan mahkamah bawahan...mahkamah atasan mempunyai mahkamah Persekutan dan mahkamah Rayuan serta Mahkamah Tinggi. Bagi mahkamah Bawahan pula, kita mempunyai mahkamah sesyen, mahkamah majistret, mahkamah penghulu. Untuk mengetahui tentang semua mahkamah ini, kakak dan abang kalian boleh merujuk kepada buku-buku teks anda..
Bagi mahkamah Khas pula, kita mempunyai mahkamah Syariah, Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Bumi putera Sarawak, Mahkamah Buruh, Mahkamah kanak-kanak, mahkamah Tentera, Mahkamah Khas Raja-raja..
Bagi menyelesaikan masalah di antara negara, seperti kes tentang pulau 'putih jiao' yang baru ini telah kalah kepada negara singapura, boleh pergi ke International Court of Justice yang terletak di Hague, Netherlands.
vinclam1314- Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx
Re: Laman Rasmi Mahkamah
Semua pelajar sekalian, tujuan saya memaparkan berita tersebut adalah memberitahu apa kes yang berlaku sekarang. Saya mengetahuai dalam kalangan pelajar ramai tak baca surat khabar bahasa Malaysia. Justeru saya harap semua pelajar akan membaca dan bukannya hanya tahui pembalasan yang tidak berhemat. Sekian terima kasih.....................................
wonderfoo_99- Posts: 114
Join date: 2008-01-11
Re: Laman Rasmi Mahkamah
wonderfoo_99 wrote:Semua pelajar sekalian, tujuan saya memaparkan berita tersebut adalah memberitahu apa kes yang berlaku sekarang. Saya mengetahuai dalam kalangan pelajar ramai tak baca surat khabar bahasa Malaysia. Justeru saya harap semua pelajar akan membaca dan bukannya hanya tahui pembalasan yang tidak berhemat. Sekian terima kasih.....................................
Apa maksud abang wengfoo dengan hanya tahui pembalasan yang tidak berhemat???

siewMei- Posts: 175
Join date: 2008-01-14
Age: 20
Re: Laman Rasmi Mahkamah
saya hendak membetulkan penerangan entang mahkamah yang mr.Viclam diberikan.Mahkamah terbahagi kepada 2 iaitu mahkamah khas dan mahkamah umum....sebenarnya adalah mahkamah khas dan mahkamah awam.
Saya masih keliru dengan mahkamah bumiputera....adakah bumiputera itu bermaksud masyarakat sabah dan sarawak?adakah ia termasuk orang melayu di semenanjung malaysia? terima kasih
Saya masih keliru dengan mahkamah bumiputera....adakah bumiputera itu bermaksud masyarakat sabah dan sarawak?adakah ia termasuk orang melayu di semenanjung malaysia? terima kasih
wendy- Posts: 60
Join date: 2008-02-06
Re: Laman Rasmi Mahkamah
Oh.. terima kasih ya..
Jika saya tiada kesalahan, kes yang berlaku terhadap orang melayu adalah di bawah mahkamah syariah kerana mereka adalah beragama Islam.. Mahkamah bumiputera hanya terdapat di sabah dan sarawak dan hanya mengadilkan kes yang berlaku terhadap penduduk bumiputera yang beragama lain daripada Islam.. Jika salah satu pihak daripada kes yang berlaku adalah bumiputera, jadi, kes ini boleh dibawa kepada mahkamah bumiputera sabah atau sarawak..
Jika saya tiada kesalahan, kes yang berlaku terhadap orang melayu adalah di bawah mahkamah syariah kerana mereka adalah beragama Islam.. Mahkamah bumiputera hanya terdapat di sabah dan sarawak dan hanya mengadilkan kes yang berlaku terhadap penduduk bumiputera yang beragama lain daripada Islam.. Jika salah satu pihak daripada kes yang berlaku adalah bumiputera, jadi, kes ini boleh dibawa kepada mahkamah bumiputera sabah atau sarawak..
vinclam1314- Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx
Re: Laman Rasmi Mahkamah
oh....masalah orang melayu akan membawa ke mahkamah syariah dan masalah bagi orang dari sabah dan sarawak akan dibawa ke mahkamah bumipetera.terima kasih mr.viclam....
kenapa masalah sabah dan sarawak tidak akan dibincangkan dalam mahkamah awam?mahkamah syariah adalah khas kepada orang melayu yang beragama islam dan disebabkan mereka perlu menerima hukum syariah.apatah sabah dan sarawak?apakah yang menyebabkan mengadakan mahkamah bumiputera ini?adakah alasannya sama seperti orang melayu
wendy- Posts: 60
Join date: 2008-02-06
Re: Laman Rasmi Mahkamah
biarlah saya jawab soalan dari saudari wendy.sebenarnya bumiputra di sabah dan sarawak juga mempunyai hak-hak keistimewaan mereka.ini disebabkan sebelum 16 september 1963,sabah dan sarawak bukan sebahagian daripada malaysia,untuk mendapatkan persetujuan penduduk sabah dan sarawak untuk menyertai malaysia,penduduk sabah dan sarawak telah diiktirafkan sebagai peribumi dan juga diberikan hak-hak istimewa oleh kerajaan pusat.tambahan pula,terdapat juga perbezaan adat dan peraturan dikalangan masyarakat sabah dan sarawak (pelbagai kaum) dan ini telah menyebabkan sesetengah adat dan peraturan telah menjadikan undang-undang.oleh itu,mahkamah-mahkamah di sabah dan sarawak adalah berbeza.
weichian_89- Posts: 115
Join date: 2008-02-22
Age: 20
Location: batu caves
Re: Laman Rasmi Mahkamah
Remaja bunuh anak guru tuisyen kekal dipenjara
PUTRAJAYA 23 Julai - Seorang remaja berusia 20 tahun yang didapati bersalah membunuh anak guru tuisyennya dengan menikam mangsa sebanyak 24 kali, tujuh tahun lalu, gagal dalam usaha terakhirnya untuk dibebaskan.
Hari ini remaja itu diperintahkan Mahkamah Persekutuan ditahan di penjara selama yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria memutuskan demikian sebulat suara setelah berpuas hati bahawa penahanannya di bawah Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 dibuat mengikut Perlembagaan.
Beliau yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri S. Augustine Paul dan Datuk Wira Mohd. Ghazali Mohd. Yusof dengan itu mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi agar dia ditahan di bawah perkenan baginda dan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum itu.
Hari ini, panel tersebut mendengar permohonan remaja berkenaan agar mahkamah itu menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan membebaskannya.
Pesalah juvenil tersebut memohon panel itu mengembalikan semula keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 Julai 2007 yang membebaskannya kerana penahanan di bawah Seksyen 97(2) itu bercanggah dengan Perlembagaan.
Bagaimanapun, Hakim Arifin dalam keputusan ringkasnya berpendapat, kes di hadapan panel tersebut bukan sesuatu yang luar biasa sehingga membolehkan mahkamah itu menggunakan bidang kuasa semakan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
Beliau menyatakan, lagipun isu yang dihujahkan oleh peguam Karpal Singh yang mewakili remaja tersebut berhubung doktrin pengasingan kuasa pernah dikemukakan dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan terdahulu.
Pada 23 Oktober 2007, panel lima hakim diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim membenarkan rayuan pendakwa raya dan memerintahkan remaja tersebut yang ketika itu berusia 17 tahun ditahan di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pada 24 Julai 2003, Mahkamah Tinggi menghantar remaja itu ke penjara setelah mensabitkannya atas tuduhan membunuh anak guru tuisyennya yang ketika itu berusia 11 tahun dengan cara menikam mangsa. Ketika kejadian, remaja itu berusia 12 tahun.
Remaja tersebut dituduh menikam mangsa sebanyak 24 kali di antara pukul 3.30 petang dan 4.30 petang, 30 Mei 2002 di rumah mangsa di Taman Sri Rampai, Setapak di ibu negara.
Dia ke rumah itu untuk menghadiri kelas tuisyen.
Sebelum itu, Karpal dalam hujahnya menyatakan, Mahkamah Rayuan betul ketika memutuskan bahawa Seksyen 97(2) bercanggah dengan doktrin pengasingan kuasa di antara badan kehakiman dan kuasa Eksekutif yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ini kerana ujar beliau, seksyen tersebut jelas melanggar Perlembagaan kerana ia memberi kuasa kepada Eksekutif untuk campur tangan dalam urusan kehakiman dalam menentukan hukuman yang dijatuhkan terhadap pesalah kanak-kanak.
Hujahnya, Hakim Datuk Gopal Sri Ram (kini Hakim Mahkamah Persekutuan) betul ketika berpendapat bahawa kuasa mensabitkan tertuduh dan menjatuhkan hukuman merupakan hak eksklusif mahkamah, bukannya menyerahkannya kepada baginda, Sultan atau Gabenor yang kemudian bertindak di bawah nasihat Eksekutif.

CikguPA- Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

Re: Laman Rasmi Mahkamah
Kg. Buah Pala: Reaksi Majlis Peguam
KUALA LUMPUR 24 Julai - Majlis Peguam mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang membenarkan peguam yang mewakili penduduk Kampung Buah Pala turut serta dalam perbincangan bagi menyelesaikan kemelut isu tanah di kampung tersebut.
Setiausahanya, George Varughese berkata, sebagai sebuah kerajaan yang mengaku amat mementingkan rakyat dan berpaksikan pada dasar 'demokratik', kerajaan Pulau Pinang sepatutnya lebih bersungguh-sungguh untuk membuktikannya.
''Hak mendapat akses untuk diwakili penasihat undang-undang adalah perkara asas Rule of Law.
''Ia seharusnya menjadi hak mutlak yang boleh dilaksanakan dengan bebas dalam masyarakat yang demokratik,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, Jumaat lalu sekumpulan penduduk Kampung Buah Pala di Bukit Gelugor telah menghantar memorandum kepada Majlis Peguam bagi menyuarakan kebimbangan mereka.
Katanya, ia antara lain merujuk kepada insiden penduduk di situ yang tidak dibenarkan diwakili peguam mereka semasa berunding dengan kerajaan negeri.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 14 Julai lalu bertegas memutuskan supaya penduduk Kampung Buah Pala tidak membawa peguam mereka, Darshan Singh Khaira dalam perjumpaan bersamanya dengan alasan kerajaan negeri tidak mahu campur tangan 'orang luar'.

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum