Laman Rasmi Mahkamah
Page 2 of 2 • Share •
Page 2 of 2 •
1, 2
Re: Laman Rasmi Mahkamah
Peguam Negara fail saman pemula batal pekeliling
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memfailkan saman pemula bagi membatalkan pekeliling Kerajaan Selangor yang hanya membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rasuah ke atas pegawainya pada waktu pejabat.
Saman tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor petang ini.
Menurut kenyataan akhbar yang difakskan kepada Utusan Malaysia hari ini, antara yang dimohon dalam saman pemula tersebut ialah perintah deklarasi bahawa Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor Bilangan 4 tahun 2009 bertarikh 28 Julai lalu adalah tidak sah dan terbatal.
Turut dimohon ialah sebarang perintah yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.
Memetik laporan akhbar sebelum ini, pekeliling tersebut menyatakan semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak dibenarkan untuk ditemu duga (atau menjadi saksi) kepada SPRM di luar pejabat masing-masing.
Pekeliling itu turut menyatakan semua perjumpaan atau proses temu duga bagi tujuan itu hanya boleh dilakukan dari pukul 8 pagi hingga 6.30 petang.

CikguPA- Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

Re: Laman Rasmi Mahkamah
Resah menunggu disebat
Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
SUNGAI SIPUT - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kini resah menunggu detik menjadi wanita pertama di Malaysia disebat atas kesalahan meminum arak.
Ibu kepada dua orang anak itu bagaimanapun sudah bertekad untuk menghadapi hukuman itu tanpa ada niat melarikan diri.
Dia sudah banyak kali menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar diberikan keberanian dan ketenangan.
"Saya tidak akan lari. Saya tahu ramai bersimpati dan menyokong saya.
"Saya cuma berharap saya mampu menghadapi hukuman itu meskipun ia dibuat pada bulan Ramadan,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawang, Sungai Siput, kira-kira 70 kilometer dari sini semalam.
Kartika akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor untuk ditahan selama seminggu sebelum dikenakan hukuman sebat enam kali di situ.

Majlis Peguam mahu sebat dihapuskan
KUALA LUMPUR 24 Ogos - Majlis Peguam hari ini mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan agar menghapuskan hukuman sebat untuk apa jua kesalahan jenayah.
Menurut kenyataan itu, Majlis Peguam mengutuk dan menolak hukuman sebat kerana tidak bersesuaian dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan.
"Malah, hak asasi manusia antarabangsa juga mengutuk hukuman sebat dan apa jua hukuman dera. Hukuman ini dianggap sebagai zalim, tidak berperikemanusiaan dan kami menggesa kerajaan untuk menghapuskan hukuman sebat ini," kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, hukuman sebat terbukti bukanlah suatu hukuman yang boleh dijadikan teladan kepada orang lain.
Dalam kes Kartika Sari Dewi Shukarnor pula, Majlis Peguam berpendapat, terdapat beberapa alasan yang boleh digunakan untuk menarik balik hukuman yang dikenakan terhadap Kartika.
Di bawah undang-undang sivil, hukuman sebat ke atas wanita adalah dilarang sama sekali. Hukuman rotan keatas beberapa lelaki mengikut taraf kesihatan dan umur juga dilarang,
Majlis Peguam juga menggesa kerajaan supaya menarik balik segala hukuman yang telah ditetapkan keatas Kartika.

Kes Pekeliling: Kerajaan Selangor diarah fail afidavit balasan
SHAH ALAM 25 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan kerajaan negeri Selangor memfailkan afidavit balasan dalam tempoh 14 hari terhadap permohonan difailkan Peguam Negara, bagi mengisytiharkan pekeliling yang melarang pegawai dan kakitangan kerajaan negeri memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas waktu pejabat, sebagai tidak sah dan terbatal.
Timbalan Pendaftar, Mohd Hafizi Abdul Halim mengeluarkan arahan itu di dalam kamar semasa prosiding pengurusan kes tersebut hari ini.
Mahkamah turut menetapkan 8 September ini untuk pengurusan kes selanjutnya.
Selain kerajaan negeri Selangor, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku plaintif, turut menamakan setiausaha kerajaan negeri itu sebagai defendan.
Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun hadir mewakili pihak plaintif sementara pihak defendan diwakili peguam Fahda Nur Ahmad Kamar dan Yusmadi Yusoff.
Pada 20 Ogos lepas, Abdul Gani memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, memohon satu perintah deklarasi bahawa pekeliling berkenaan yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bertarikh 28 Julai lepas, sebagai tidak sah dan terbatal.
Dalam afidavit sokongannya, beliau mendakwa atas arahan kerajaan Selangor, setiausaha kerajaan negeri itu mengeluarkan pekeliling iaitu semua pegawai dan kakitangan kerajaan Selangor, tidak dibenar untuk ditemu duga (atau menjadi saksi) SPRM di luar pejabat masing-masing dan perjumpaan mesti dilakukan antara pukul 8 pagi dan 6.30 petang sahaja.
Pekeliling itu turut menyatakan kerajaan negeri menyediakan khidmat guaman kepada mereka semasa SPRM menjalankan siasatan.
Abdul Gani menegaskan pekeliling itu adalah tidak sah dan terbatal kerana ia bertentangan dengan Seksyen 30(1)(a) dan Seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Abdul Gani berkata, memandangkan pekeliling itu adalah satu arahan pentadbiran, ia mengikat pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan sekiranya pekeliling itu tidak dipatuhi, ia boleh dijadikan alasan untuk tindakan tatatertib terhadap mereka.
Justeru, katanya, selaku Peguam Negara beliau bertanggungjawab dan berperanan memelihara keluhuran undang-undang serta mempertahan undang-undang negara demi kepentingan awam.
''Dalam menjalankan tanggungjawab ini saya akan memastikan bahawa tidak terdapat mana-mana tindakan, arahan atau pekeliling dikeluarkan oleh mana-mana pihak yang bertentangan dengan undang-undang negara,'' katanya.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, pekeliling itu dikeluarkan berikutan keputusan mesyuarat Exco negeri 22 Julai lepas untuk menjamin keselamatan pegawai selepas kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock.
Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati 16 Julai lepas di tingkat lima, Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan dakwaan salah guna wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu. - BERNAMA

Kes pekeliling: Peguam Negara diarah jawab afidavit balasan
08/09/2009 12:22pm
SHAH ALAM 8 Sept. — Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Peguam Negara menjawab afidavit balasan yang difailkan Kerajaan Selangor berhubung permohonannya (Peguam Negara) bagi mengisytiharkan pekeliling yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam, sebagai tidak sah dan terbatal.
Timbalan Pendaftar Mohd Hafizi Abdul Halim ketika mengeluarkan arahan itu di dalam kamarnya juga memerintahkan Peguam Negara menjawab permohonan yang difailkan Kerajaan Selangor pada Jumaat lepas bagi membatalkan saman pemulanya itu.
Mahkamah turut menetapkan 15 September ini untuk sebutan semula kes.
- BERNAMA

Sebutan kes pekeliling 24 November ini
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 24 November ini bagi sebutan kes permohonan Peguam Negara untuk membatalkan Pekeliling Kerajaan Negeri Selangor yang mengarahkan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada waktu pejabat dengan kehadiran peguam.
Timbalan Pendaftar Mankiranjit Kaur menetapkan tarikh sebutan itu di dalam kamar di sini hari ini.
Yusmadi Yusoff, peguam yang mewakili kerajaan Selangor memberitahu pemberita prosiding kes itu yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan kerana salinan permohonan daripada kerajaan negeri yang dimeterai untuk membatalkan permohonan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail belum diperolehi.
"Kerajaan Negeri Selangor masih belum dapat salinan yang dimeterai untuk diserahkan kepada pihak Peguam Negara untuk dipertimbangkan untuk dijawab," katanya.
Yusmadi berkata kelewatan ini mungkin disebabkan oleh proses pemindahan pentadbiran Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam ke bangunan lain.
Difahamkan Bahagian Mahkamah Sivil Shah Alam akan dipindahkan ke Bangunan Malaysian Resources Corporation Bhd bersebelahan Plaza Alam Sentral di sini mulai 1 Oktober ini.
Pada 20 Ogos lalu, Peguam Negara memfailkan permohonan bagi membatalkan pekeliling bertarikh 28 Julai lepas yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud yang dinamakan sebagai defendan bersama kerajaan negeri.
Dalam afidavit sokongannya Abdul Gani berkata memandangkan pekeliling itu merupakan arahan pentadbiran sekiranya pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang tidak mematuhi pekeliling itu mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Bagaimanapun kerajaan Selangor dalam permohonannya untuk membatalkan permohonan Peguam Negara, berkata pihak yang sepatutnya memohon pembatalan pekeliling itu ialah SPRM kerana badan itu menerima kesan terus daripada pekeliling itu bukannya Peguam Negara yang dikatakan tidak memiliki "locus standi" dalam hal itu.
Pekeliling itu dikeluarkan kerajaan negeri selepas Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati selepas memberi keterangan kepada SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Plaza Masalam Seksyen 9, di sini pada pertengahan Julai lalu. - Bernama

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum