Dasar Teknologi Hijau

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Dasar Teknologi Hijau

Post  CikguPA on Fri Jul 24, 2009 9:26 pm

Definisi

“Aplikasi teknologi moden untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia.”
Sumber:http://www.green-technology.org


Konsep ini berhubung rapat dengan prinsip pembangunan mapan di mana pembangunan hendaklah memenuhi keperluan masyarakat masa kini tanpa mengabaikan keperluan generasi akan datang.

Fungsi Utama

* Mengkaji dan menggubal dasar untuk meningkatkan pembangunan mapan melalui aplikasi teknologi hijau;
* Mempromosikan dasar teknologi hijau untuk menyokong pembangunan inovasi teknologi hijau dan mengawal serta mengurus potensi risiko; dan
* Menyediakan kerangka perundangan untuk menyokong pembangunan teknologi hijau.

Strategi

* Promosi dan pelaksanaan pembangunan tenaga boleh diperbaharu yang efektif dalam sektor tenaga dan sektor air;
* Promosi dan pelaksanaan program kecekapan tenaga yang efektif dalam sektor tenaga dan sektor air;
* Mewujudkan peluang pekerjaan berkaitan dengan teknologi hijau;
* Mewujudkan peluang aktiviti ekonomi berkaitan teknologi hijau;
* Mengorientasi semula industri-industri sedia ada untuk mempraktikkan amalan teknologi hijau;
* Pembangunan strategi R&D dalam teknologi hijau ke arah pengkomersilan bagi pasaran tempatan ;
* Peningkatan pembangunan modal insan dalam bidang teknologi hijau; dan
* Penubuhan rangkaian strategik dengan stakeholders yang utama dan relevan

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Dasar Teknologi Hijau

Post  CikguPA on Sat Jul 25, 2009 10:04 pm

Perdana Menteri rasmi bangunan PTM

BANGI 24 Julai - Bangunan Pusat Tenaga Malaysia (PTM) yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini signifikan dengan pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara yang memberi penekanan kepada empat tonggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial.

Bangunan Green Energy Office (GEO) PTM itu dibina dengan kos RM20 juta meliputi unsur-unsur kecekapan tenaga dan tenaga boleh diperbaharui (RE).

Bangunan berkeluasan 4,152 meter persegi dengan kawasan berhawa dingin seluas 3,175 meter persegi itu mempunyai keunikan antara lain dilengkapi dengan sistem fotovoltaik bersepadu bangunan (BIPV) yang berfungsi sebagai sel menyimpan tenaga solar (suria) 93kwP (kilowatt peak).

Terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, bangunan setinggi empat tingkat itu agak unik kerana susunan plat silikon (sistem fotovoltaik) kelihatan dari jauh seolah-olah menjadi simbol penggunaan tenaga solar yang maksimum sebagai identitinya.

Bangunan tersebut dibina pada 2005 dan berjaya disiapkan dua tahun kemudian di kawasan seluas dua hektar dan kini diiktiraf sebagai GEO atau bangunan hijau pertama di negara ini.

Bangunan hijau merujuk kepada aplikasi-aplikasi Malaysia Green Index yang dibangunkan oleh Green Building Index Sdn. Bhd. di bawah seliaan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan Persatuan Perunding Jurutera Malaysia (Acem).

Dengan penerapan unsur-unsur penjimatan tenaga dan RE, bangunan tersebut menggandingkan teknologi kecekapan tenaga yang dipertingkatkan dan teknologi penjanaan tenaga daripada sumber diperbaharui.

Menurut Ketua Pegawai Operasi PTM, Ahmad Zairin Ismail, bangunan tersebut mempunyai dua ciri utama iaitu mengurangkan penggunaan tenaga dan kedua, menjana sendiri sebahagian tenaga daripada yang digunakan.

''Sistem fotovoltaik unsur-unsur kecekapan tenaga yang diintegrasikan ialah mengurangkan penggunaan cahaya elektrik dengan menerapkan unsur-unsur pencahayaan siang,'' katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Dasar Teknologi Hijau Negara dan perasmian bangunan tersebut di sini hari ini.

Menurut Ahmad Zairin, bangunan itu tidak mengguna langsung tenaga elektrik bagi menerangi ruang pejabat sebaliknya bergantung kepada 100 peratus cahaya siang.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: Dasar Teknologi Hijau

Post  CikguPA on Sat Jul 25, 2009 10:06 pm

Kerajaan tubuh Majlis Teknologi Hijau

BANGI 24 Julai - Kerajaan akan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau (MTH) yang berperanan sebagai badan penyelaras peringkat tertinggi di kalangan kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama bagi memastikan Dasar Teknologi Hijau Negara dilaksanakan secara efektif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan MTH yang akan dipengerusikan oleh beliau merupakan satu daripada lima teras strategik yang digariskan di bawah dasar berkenaan.

''Timbalan saya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi pengganti ketika ketiadaan saya dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menjadi tunggak untuk menyelaras dan memastikan kelancaran pelaksanaan dasar ini," katanya ketika berucap melancarkan dasar berkenaan dan merasmikan bangunan Pejabat Tenaga Hijau (GEO) di sini hari ini.

Dasar berkenaan juga mempunyai empat tunggak iaitu mengunakan teknologi hijau bagi mempromosi kecekapan tenaga, meminimum kesan pada alam sekitar, pembangunan ekonomi negara dan meningkat kualiti hidup.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Laungan hijau Langkawi

Post  CikguPA on Sun Nov 08, 2009 12:16 pm

Laungan hijau Langkawi
Bukan menjadi gerak kempen yang hanya kecoh dicanang mulut, seisi Langkawi begitu komited melakar sejarah sebagai model unggul pelaksanaan polisi hijau di negara ini dan serantau.



KEMERIAHAN dan semangat orang ramai jelas terlihat di atas hamparan Pantai Cenang sejauh 450 meter pada 31 Oktober lalu.

--------------------------------------------------------------------------------

ADA beberapa kesimpulan dapat dirumus apabila melihat kira-kira 6,000 orang pelajar yang sanggup berpanas di sepanjang hamparan Pantai Cenang, Langkawi, Sabtu lalu. Antara lain, ia mencerminkan sifat sabar, serius dan beriltizam tinggi dalam melaungkan matlamat mereka.

Nyata ia lebih daripada sekadar gimik. Rantaian abjad daripada formasi dudukan para pelajar dari 30 buah sekolah itu yang membentuk tulisan 'Climate Change, 1Malaysia, Langkawi, Save Our Earth' dapat dilihat jelas dari ruang udara.

Tatkala keriangan acara tersebut dirakamkan oleh jurugambar yang meluncur dengan payung terjun setinggi 300 meter dari aras laut, jelas sudah bahawa isyarat kempen penting itu sudah masuk ke gear seterusnya.



SEBAHAGIAN daripada kira-kira 6,000 pelajar yang membentuk rantaian formasi huruf di Pantai Cenang, Langkawi Sabtu lalu.

--------------------------------------------------------------------------------


Acara Green Month 2009 Save Our Earth memulakan rentaknya di Langkawi, Kedah pada 31 Oktober lalu sehingga 30 November 2009. Ia dilangsungkan bersempena sambutan 'Bulan Selamatkan Bumi Kita' yang jatuh pada bulan November dan dipadatkan dengan pengisian pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat.

"Kesedaran ini sudah bermula lebih awal. Namun, ketika idea kempen hijau ini hendak dimulakan, saya merasakan bahawa laluannya sangat sukar dan sepi. Hampir tiada pihak yang tampil untuk bergerak bersama.

"Sehinggalah selepas tempoh tertentu, ia mendapat sokongan sedikit demi sedikit," ujar Pengarah Urusan Kumpulan, Asian Overland Services (AOS), Anthony Wong dalam ucapan alu-aluannya.

AOS Conventions & Events Sdn. Bhd. yang aktif dalam merintis agenda hijau di bumi Langkawi bergabung tenaga dengan Peratuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) serta jabatan dan agensi kerajaan tempatan bagi merealisasikan kempen tersebut.

Kesedaran aset utama

Lanjutan daripada gerak kerja yang telah dilakukan sebelum ini, Green Month 2009 Save Our Earth berlangsung atas landasan objektif bagi memperinci langkah-langkah mengurangkan perbelanjaan, meningkatkan kesedaran dan kuasa pendidikan, serta berkongsi ilmu baru berkaitan pemuliharaan alam.

"Kesedaran yang paling menguntungkan adalah apabila ia disemai di kalangan generasi muda, bermula dengan pelajar prasekolah hinggalah ke peringkat lebih tinggi. Kita mahu bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran tentang isu ini.

"Jika generasi semasa sudah faham akan konsep hijau, banyak kaedah yang dapat diterbitkan daripadanya demi kebaikan manusia dan alam sekitar untuk masa akan datang," tambah Anthony.



TEKNIK penghasilan baja kompos di The Frangipani Langkawi Resort & Spa turut diterangkan dalam sesi bengkel.

--------------------------------------------------------------------------------

Selain rantaian formasi pelajar di Pantai Cenang itu, acara hujung minggu lalu turut melibatkan pengelolaan program bengkel berkaitan seni kraf, pengenalan ekoenzim, projek rumah pokok, pertandingan melukis kad dan poster, serta projek akademik berkumpulan.

Kempen tersebut bukan acara untuk mengaut sebarang keuntungan memandangkan setiap hasil sumbangan disalurkan kepada Yayasan Save Our Earth yang diwakili kumpulan organisasi bukan kerajaan dan universiti.

Dana tersebut akan dilaburkan untuk menggerakkan projek-projek penggalakan perlindungan alam sekitar dan penstrukturan semula usaha membangunkan agenda hijau.

Bagi merealisasikannya, matlamat itu memerlukan sokongan semua pihak, baik pihak pemerintah, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan dan juga komuniti setempat.



KALAU hendak melentur buluh, biar dari rebungnya.

--------------------------------------------------------------------------------
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Nor Azmal Mohd Nazir memberitahu, cabaran dalam usaha melestari alam sekitar dan dalam masa yang sama menjaga kepentingan kehidupan manusia adalah usaha yang sangat sukar.

"Kita perlu memikirkan tentang kerja-kerja pemuliharaan juga amat penting. Ia memerlukan penglibatan dan sokongan pelbagai pihak, khususnya masyarakat tanpa mengira usia dan latar ekonomi," terang beliau.

Dengan berlandaskan prinsip hijau yang menjadi teras operasi 4R iaitu Reduce (Mengurangkan), Reuse (Penggunaan Semula), Recycle (Kitar Semula) dan Rethink (Fikir Semula), banyak penjimatan boleh dicapai dan pada masa yang sama menggalakkan manfaat amalan kod hijau.

Tidak ketinggalan

Amalan itu termasuklah mencari mekanisme mengitar semula material buangan untuk dijadikan bahan binaan, mempelbagaikan kegunaan tenaga, penumpuan penuh dalam produksi organik serta meminimumkan impak operasi dalam kehidupan manusia demi menjaga kepentingan alam sejagat.



BANYAK sumber boleh dikitar semula untuk kegunaan manusia.

--------------------------------------------------------------------------------
"Bagi mencapai objektif teknologi hijau, program kesedaran awal seperti acara ini perlu sentiasa dijalankan selain peranan pihak swasta dan badan-badan berkecuali yang berperanan sebagai pemacu.

"Dalam peruntukan bajet 2010 juga, sejumlah wang akan disalurkan bagi tujuan promosi dan penggalakan teknologi hijau," jelas beliau mengenai penyertaan Malaysia dalam banyak pameran bertaraf antarabangsa.

Menurut Nor Azmal, jika bercakap tentang perbandingan teknologi dan polisi hijau yang dijalankan di negara ini, pencapaian Malaysia sebenarnya tidak jauh berbeza dengan kebanyakan negara di rantau asia Tenggara dan di seluruh dunia.

Tambah beliau, Malaysia banyak memantau dan mempelajari modul hijau dari pelbagai negara luar dan sekali gus menjalankan banyak usaha kajian dan pembangunan di dalam negara. Pencapaian yang diraih dalam setiap penemuan itu turut dikongsi dengan banyak negara lain demi manfaat sejagat.

"Kita tidak ketinggalan malah kesungguhan kita diakui oleh pihak luar. Malah, mereka kagum kerana Malaysia berani meletakkan istilah 'teknologi hijau' secara langsung dalam nama kementerian," jelas Nor Azmal.



MASA depan produksi tanaman organik sedang giat dijalankan di Langkawi termasuk yang dilihat di Laman Padi.

--------------------------------------------------------------------------------

Hakikatnya, segala usaha pencarian penyelesaian dan impak positif bagi menangani isu perubahan iklim dan cabaran ekonomi terletak di bahu kita semua.

Harapan yang kini terbina lebih tinggi daripada Gunung Mat Chincang adalah untuk berkongsi amalan hijau di pulau legenda ini dan seterusnya dijadikan model unggul kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia.

Di pentas Konvensyen Perubahan Iklim 2010 nanti, banyak perkara bakal diketengahkan.

Nyata, Langkawi kini sedang bersedia dan bersungguh-sungguh memacu mekanisme hijaunya. Sudahkah kita memulakan peranan masing-masing?

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Teknologi MPOB dapat pengiktirafan dunia

Post  CikguPA on Tue Nov 10, 2009 9:30 pm

Teknologi MPOB dapat pengiktirafan dunia
Oleh Nor Asmawati Abdul Samad

BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dipilih penerima Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan Frost & Sullivan Asia Pasifik 2007 bagi mengiktiraf pencapaiannya dalam penyelidikan bioteknologi tanaman sawit.

Anugerah itu disampaikan Pengarah Urusan Frost & Sullivan bagi Asia Tenggara, Manoj Menon kepada Ketua Pengarah MPOB, Dato' Dr Mohd Basri Wahid pada Majlis Penyampaian Anugerah Q MPOB di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis itu, Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka (ABBC) MPOB dipilih penerima Anugerah Frost & Sullivan 2007 bagi kecemerlangan penyelidikan dalam bioteknologi.



Pemilihan ABBC bersandarkan pencapaiannya dalam penyelidikan dan penghasilan teknologi terkini bidang bioteknologi dan biakbaka bahan tanaman sawit.

Dalam kenyataan Ketua Pengarah MPOB, Dato’ Dr Mohd Basri Wahid berkata, ABBC memberi fokus terhadap penyelidikan bioteknologi sawit seperti Metabolik, Transformasi Tanaman, Kultur Tisu, Pengekspresan Gen, Genomik, Pembiakan dan Kejuruteraan Genetik.

Katanya, ia bertujuan memaksimumkan pengeluaran hasil tanaman sawit dan menambah baik kualiti dan nilai minyak sawit.

ABBC menjalankan penyelidikan program biakbaka dan genetik yang menghasilkan bahan tanaman sawit berhasil tinggi, pokok renek, mengandungi nilai iodin, kandungan isirung, karoten, vitamin E dan asid oleik yang tinggi.

“Penyelidikan itu sejajar dengan matlamat peningkatan produktiviti dan kualiti minyak sawit serta peningkatan penghasilan produk hiliran berasaskan sawit dalam bidang makanan dan bukan makanan,” katanya

Penyelidikan melalui teknik pengklonan invitro yang dikenal pasti teknik terbaik bagi pengeluaran benih sawit dengan hasil yang tinggi dan mampu menghalang serangga dan penyakit.

ABBC juga memajukan teknik penanda bantuan pemilihan (Marker Assisted Selection - MAS) bertujuan meramal warna buah sawit untuk proses penuaian tandan buah sawit yang masak dengan lebih cekap dan berkesan.

Kenyataan itu menambah MPOB menumpukan usaha menghasilkan minyak sawit dengan kandungan stearic yang tinggi (digunakan dalam plastic biodegradable) dan sawit yang mengandungi kandungan lycopene tinggi yang digunakan dalam neutraceutiocls.

Penyelidikan MPOB dalam bidang bioteknologi menghasilkan teknologi termasuk penanda molekular dalam sawit yang sudah dan dalam proses untuk di paten di Amerika Syarikat dan Australia, selain dengan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO).

Pada majlis sama, MPOB turut menyampaikan anugerah kepada penyelidik yang berjaya menghasilkan teknologi dan inovasi baru termasuk yang dikomersilkan serta memberi sumbangan terhadap industri sawit negara.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum