Dasar luar Malaysia
Page 1 of 1 • Share •
Dasar luar Malaysia
di sini tidak membincangkan dasar-dasar luar malaysia ke?
saya tidak dapat apa-apa maklumat tentang Dialog Utara- Selatan.....
siapa boleh bantu saya? =(

Xide- Posts: 2
Join date: 2008-07-15
Dialog Utara-Selatan
Sila rujuk buku Siri teks STPM Pengajian AM, Goay Teck Chong & Wong Yew Hong. Longman. Muka surat 289-290
Dialog Utara-Selatan
- melibatkan negara-negara perindustrian dengan Dunia ketiga tentang isu ekonomi
-ketidakadilan kekayaan dunia dapat dilihat seperti berikut:
Negara-negara : utara 21 buah; selatan 126 buah
Penduduk: utara 25%; selatan 75%
kekayaan: utara 75%; selatan 25%
- dialog ini diadakan melalui Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan pertubuhan Kerja sama dan Pembagunan Ekonomi (OECD)
Hasil Dialog Utara-Selatan
- UNCTAD 1968 meluluskan Skim Keutamaan Am (General System Of Preferences-GSP)
- Malaysia dapat menikmati skim GSP
- Perjanjian Getah Asli Antarabangsa, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa dan Perjanjian Koko Antarabangsa berjaya menstabilkan harga komoditi berkenaan
- tabung bersama untuk menstabilkan harga komoditi utama diwujudkan
- bantuan pembangunan kepada pihak selatan juga berterusan tetapi masih kurang memuaskan dan membawa kepada Dialog Selatan-Selatan.
Harap dapat membantu, TQ

CikguPA- Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)
cikgu ada bahan berkaitan dengan NIEO??
Mengapakah negara-negara Selatan telah mendesak supaya satu Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dibentuk??
Mengapakah negara-negara Selatan telah mendesak supaya satu Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dibentuk??
Xide- Posts: 2
Join date: 2008-07-15
cth soalan Dialog Utara-Selatan
1. Antara berikut, yang manakah merupakan faedah yang diperolehi Malaysia dengan menyerttai Dialog Utara-Selatan?
i Menstabilkan pasaran komoditi utama
ii Menikmati sistem Keistimewaan Am
iii Meningkatkan hubungan politik dua hala
iv menganggotai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
tq
i Menstabilkan pasaran komoditi utama
ii Menikmati sistem Keistimewaan Am
iii Meningkatkan hubungan politik dua hala
iv menganggotai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
tq

CikguPA- Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

Re: Dasar luar Malaysia
[quote="Xide"]cikgu ada bahan berkaitan dengan NIEO??
Mengapakah negara-negara Selatan telah mendesak supaya satu Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO) dibentuk??[/quote
NIEO
-Di tuntut oleh negara-negara Selatan melalui Dislog Utara-selatan akibat kurang berhasilnya Dialog Utara-selatan.
matlamat
-membetulkan ketidaksamaan susunan ekonomi antarabangsa
-menghapuskan perbezaa ekonomi antara pihak selatan dan pihak Utara
Tuntutan
-rundingan semula beban hutang negara-negara Dunia Ketiga
-penentuan semula syarat-syarat perdagangan
-perluasan pasaran negara-negara maju bagi eksport Dunia Ketiga
-pemindahan teknologi dari utara ke selatan
-pembabitan Dunia Ketiga yang lebih dalam membuat keputusan mengenai IMF
-pemberian bantuan pembangunan oleh negara-negara maju

Dasar Luar Malaysia
Posted in April 2nd, 2008 by Cikgu Bashid
Dasar hubungan luar Malaysia ialah berkecuali dan bersama-sama ASEAN berpegang kepada konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (Zopfan). Itulah formula Malaysia yang dipakai sejak sekian lama yang menjadikan Malaysia adalah tempat paling selamat untuk para pelabur dan tempat paling sesuai untuk para pelancong menikmati keindahan alam tanpa khuatir diganggu.Sejajar dengan sikap berkecuali ini kita berpegang kepada pendekatan berbaik-baik dengan negara-negara sahabat sambil bersedia menjalin hubungan dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan kita tanpa mengira latar belakang negara berkenaan. Malaysia mewujudkan suasana harmoni dan welcoming untuk semua. Sebab itu tidak ada alasan mengapa Malaysia harus diragui.
Jika ada masalah, pendekatan yang digunakan oleh Malaysia ialah melalui perundingan atau meja bulat. Kita menolak perdebatan apatah lagi kekerasan serta paksaan. Kita sanggup berunding berpuluh-puluh kali untuk mencari jalan penyelesaian. Tetapi kita tidak sanggup kehilangan rakan kerana kekasaran kita
Pendekatan ini akhirnya menguntungkan Malaysia kerana telah menarik ramai pelabur asing dari pelbagai negara untuk melabur modal di negara ini kerana mereka yakin pelaburan mereka selamat dan menguntungkan. Dengan keadaan politik yang stabil, asas ekonomi yang kukuh, kepimpinan yang dinamik, rakyat kita yang ramah dan rekod-rekod kita yang bersih, pelabur lebih yakin dengan negara ini.

ZOPFAN
Latarbelakang
Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.
Rasional
Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu ialah:
(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasabesar dalam konteks ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an. Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-negara ASEAN, kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.
(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.
(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.
Objektif
Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.
Strategi Pelaksanaan
Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif tersebut adalah:-
(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif atau usaha menjadikan
(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.
(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.
Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Persidangan Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum