Dasar Buku Negara

View previous topic View next topic Go down

Dasar Buku Negara

Post  Khang Wei (L6B/2009) on Mon Jun 15, 2009 11:37 pm

Kempen GerakBaca dicetuskan atas daya inisiatif serta keprihatinan untuk melahirkan bangsa membaca terutamanya golongan belia dan remaja. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) mengharapkan kempen ini dapat menjadi program tunggak dalam menyemarak usaha-usaha murni Kerajaan untuk memastikan pencapaian objektif Dasar Buku Negara.

Dasar Buku Negara yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1988 berobjektif untuk memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti. Selain itu, kempen ini juga bertujuan untuk menjadi pemangkin terhadap program-program lain seperti kesinambungan Kempen Membaca (Perpustakaan Negara), Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (MBKM) dan lain-lain.

Objektif Dasar Buku Negara (DBN)

1.Sebagai acara promosi awal menjelang acara tahunan ”Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007” (PBAKL07)

2.Sebagai aktiviti sempena Tahun Melawat Malaysia 2007, Sambutan Jubli Emas Kemerdekaan dan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2007

3.Untuk menarik minat dan menggalak masyarakat khususnya para belia, remaja dan kanak-kanak untuk sentiasa berdampingan dengan buku dan menimba ilmu

4.Untuk menambah nilai estetika pada buku-buku yang berharga dan mempunyai nilai sepanjang hayat sebagai bahan rujukan, koleksi ataupun sejarah

5.Untuk mempopularkan pembacaan buku sebagai hobi dan program ”kitar semula buku” dengan menyertai ”Kelab Buku Malaysia”

6.Untuk menyatukan penerbit, penjual dan penggemar buku di bawah satu bumbung

7.Untuk menggalakkan graduan dan belia menceburi kerjaya di bidang berkaitan industri buku (penulisan, penerbitan, penyuntingan, percetakan, pengedaran dan jualan)

8.Untuk membentuk keprihatinan masyarakat melalui ”Program Derma Buku” supaya dapat berkongsi bersama golongan yang memerlukan

Khang Wei (L6B/2009)

Posts: 28
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Dasar Buku Negara

Post  Khang Wei (L6B/2009) on Mon Jun 15, 2009 11:49 pm

Saya berperdapat bahawa dasar tersebut tidak berkesan kerana peratus remaja yang suka membaca buku hanya dalam bilangan yang kecil sahaja. Pihak sekolah dan pihak kerajaan perlu mengambil langkah-langkah untuk lebih mengalakkan pelajar membaca. Saya berharap sekolah boleh lebih banyak mengadakan Pertandingan Membaca seperti yang diadakan oleh Lembaga Pusat Sumber. Hal yang demikian kerana pertandingan tersebut berobjektif untuk menggalakkan pelajar untuk membaca lebih buku dan pertandingan amat berkesan bagi saya. Very Happy

Khang Wei (L6B/2009)

Posts: 28
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Dasar Buku Negara

Post  CikguPA on Sun Oct 11, 2009 10:53 am

Kerajaan kaji kos buku
KUCHING 10 Okt. - Kerajaan sedang mengkaji kos pembelian kertas, dakwat dan penerbitan sesebuah buku bagi membantu menjayakan kempen membaca di kalangan rakyat negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kempen untuk menggalakkan rakyat membaca tidak akan berjaya sekiranya harga buku mahal dan tidak mampu dibeli.

Menurutnya, beliau berasakan bahawa budaya membaca dan keseronokan untuk membaca masih belum lagi tertanam di sanubari rakyat Malaysia.

"Kos kertas dan penerbitan buku ini harus kita bawa kepada pengetahuan pihak-pihak yang menjadi penerbit serta mereka yang menjadikan percetakan buku sebagai industri di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama media Sarawak di sini hari ini.

Rais memberitahu, beliau telah meminta Perpustakaan Negara untuk membeli buku karya penulis tempatan untuk diedarkan kepada kira-kira 1,000 buah perpustakaan di negara ini.

Menurutnya, pembelian buku itu bukan sahaja menggalakkan industri penulisan malah mampu melahirkan masyarakat yang sentiasa dahagakan kepada bahan-bahan bacaan menarik.

"Ia merupakan cara bagi kita menggalakkan penulisan dan penyebaran buku-buku bagi masyarakat kita yang ingin membaca dan ingin menonjolkan karier masing-masing supaya di kalangan rakyat Malaysia akan lahir satu masyarakat yang dahagakan kepada bahan bacaan," katanya.

Sementara itu, Rais mahu melihat setiap wartawan di negara ini mampu meningkatkan karier mereka bukan setakat kepada penulisan berita sahaja.

Tambahnya, tidak ramai di kalangan wartawan negara ini yang mahu terlibat dengan penulisan yang serius seperti fiksyen dan sajak kerana lebih berminat kepada penulisan berbentuk berita dan rencana sahaja.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum