BERITA TERKINI- TANGGUNGJAWAB KABINET

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

BERITA TERKINI- TANGGUNGJAWAB KABINET

Post  PnLeela on Thu Mar 20, 2008 9:54 pm

Hi kelas,

Kabinet adalah Badan Eksekutif menjalankan kuasa yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Kabinet dianggotai anggota parti yang mendapat kerusi majoriti di Parlimen. Sejak merdeka, anggota Kabinet dibentuk oleh parti yang bergabung dalam Perikatan dan kemudian dikenali sebagai Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri adalah Ketua Eksekutif atau kerajaan yang menjadi puncak kuasa Jemaah Menteri. Beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong daripada kalangan anggota Dewan Rakyat. Sesuai dengan sistem gabungan kuasa antara Badan Eksekutif dan Badan Perundangan, Perdana Menteri juga Ketua Kerajaan.

Anggota Kabinet terdiri daripada anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Secara kasarnya, fungsi Kabinet dapat digaris seperti berikut:



Membuat dan menggubal dasar kerajaan yang akan dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan;


Menentukan dasar negara, dan


Memberi arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan untuk melaksanakan dasar dan ketetapan yang dibuat.

Barisan Kabinet kali ini dikatakan mencerminkan perkongsian kuasa di kalangan anggota BN dengan setiap negeri ada wakilnya, kecuali Perlis. Kabinet baru ini juga dianggap gabungan muka lama dan baru yang penuh bertenaga dalam usaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah.

Biar apapun, masing-masing wakil rakyat mempunyai keistimewaan dan kemampuan tersendiri bagi memantapkan barisan Kabinet. Yang digugur tidak harus berasa kecil hati dan kecewa kerana barangkali ada hikmah di sebaliknya.

Yang terpilih pula harus bersyukur dan menerima tugas dan tanggungjawab dengan azam dan iltizam yang tinggi bagi memenuhi visi serta aspirasi negara tanpa mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.


Beri maklumat tambahan atau komen anda:

Jumpa lagi
Pn Leela Very Happy

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: BERITA TERKINI- TANGGUNGJAWAB KABINET

Post  wonderfoo_99 on Wed Jun 11, 2008 2:43 pm

Ahli Kabinet adalah wakil rakyat yang dilantik menjadi menteri. Namun segala keputusan adalah dapat persetujuan semua ahli. Walaubagaimanapun, ahli kabinet harus memikirkan sesuatu dasar yang dilaksanakan dgn teliti sebelum menjalankan dasar tersebut. Contoh, harga petrol dinaik, ahli kabinet harus memikir kesan-kesannya selepas harga petrol dinaik. Bukannya ada suara bantahan dari rajyat,dan dgn masa yang singkat mengenalkan dasar baru utk menyelesaikan masalah. Ini telah menunjukkan kerajaan tidak membuat persiapan utk menangani masalah yang timbul.

wonderfoo_99

Posts: 114
Join date: 2008-01-11

View user profile

Back to top Go down

Re: BERITA TERKINI- TANGGUNGJAWAB KABINET

Post  PnLeela on Fri Aug 29, 2008 8:40 pm

Tambahan ahli dalam parlimen...melalui pilihanraya kecil..lihatlah perkembangan terbaru

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: BERITA TERKINI- TANGGUNGJAWAB KABINET

Post  CikguPA on Sat Mar 28, 2009 9:35 pm

Peralihan kepimpinan: Semua menteri sedia ada perlu letak jawatan

KUALA LUMPUR 27 Mac - Semua menteri sedia ada perlu meletak jawatan berikutan peralihan kepimpinan dalam parti kerana perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tidak timbul soal mereka mahu menawarkan diri atau tidak, kerana kedudukan mereka itu akan gugur sendiri apabila Perdana Menteri mengambil keputusan untuk berundur.

''Bagi saya, bila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya, pada masa itulah jawatan menteri saya tamat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Rais, tindakan itu adalah sejajar dengan sistem kerajaan yang ada dalam Komanwel dan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

''Dalam konteks ini, apabila Perdana Menteri melepaskan jawatannya, semua menterinya adalah dianggap berhenti atau melepaskan jawatan masing-masing.

''Jadi rancangan Datuk Shahrir Samad nak meletak jawatan itu sejajar dengan prinsip tersebut. Cuma tanggal dan masanya sahaja dipersoalkan," katanya.

Beliau diminta mengulas kesediaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu melepaskan jawatan berikutan tewas dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Kata Rais, kini terpulang kepada bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan barisan Kabinetnya sendiri.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: BERITA TERKINI- TANGGUNGJAWAB KABINET

Post  CikguPA on Wed Apr 01, 2009 6:30 pm

Kabinet baru lebih kecil?
KUALA LUMPUR 31 Mac – Barisan Kabinet baru yang akan diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengambil alih teraju negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lama lagi dijangka lebih kecil daripada sekarang.

Penganalisis politik Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Mohd Yusoff menjangka demikian kerana
1. langkah itu bersesuaian dengan kehendak semasa dan selari dengan hasrat Najib selaku Presiden UMNO yang baru yang mahukan barisan kepimpinan yang mantap, cekap dan berintegriti bagi berkhidmat kepada rakyat.
2. beberapa kementerian yang terdapat pertindihan fungsi dan peranan akan digabungkan bagi meningkatkan penyelarasan lebih baik antara agensi-agensi bagi mewujudkan jentera pentadbiran yang lebih berkesan dan cekap.
3. pembaziran sumber tidak berlaku.
4. Sistem penyampaian juga lebih cekap.

Pada masa ini Kabinet mengandungi 29 orang menteri di 27 kementerian termasuk di Jabatan Perdana Menteri selain Perdana Menteri dan timbalannya.
Najib dijangka mengurangkan saiz Kabinet kepada antara 20 dan 24 kementerian iaitu saiz yang ideal bagi sesebuah kerajaan, kata Mohammad Agus.

Mohammad Agus berkata, pemilihan barisan Kabinet akan mempengaruhi hala tuju negara sekurang-kurangnya bagi tempoh beberapa tahun akan datang sebelum rakyat membuat penilaian pada pilihan raya umum ke-13.

– BERNAMA

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

kabinet baru...

Post  weichian_89 on Sat Apr 04, 2009 11:40 am

saya amat setuju dengan tindakan pm baru ini.sesebuah negara yang mempunyai kabinet yang banyak tidak semestinya dapat menjamin kelicinan pentadbirannya manakala negara yang mempunyai kabinet kecil pula tak semestinya mengalami masalah dalam pentadbiran.kebanyakan negara-negara besar tetap berjaya walaupun kabinet yang kecil,contohnya negara jepun hanya mempunyai 17 mentri.jika kabinet dikurangkan maka dapatlah menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan wang kelebihan boleh digunakan bagi meningkatkan kebajikan rakyat atau pembangunan negara.walaubagaimanapun haraplah pm baru dapat membangkitkan malaysia lagi. Smile

weichian_89

Posts: 115
Join date: 2008-02-22
Age: 20
Location: batu caves

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum