Siaran langsung Parlimen

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Siaran langsung Parlimen

Post  PnLeela on Mon May 05, 2008 10:01 pm

Masa siaran langsung sidang Parlimen mungkin dilanjutkan


KUALA LUMPUR: Tempoh siaran langsung persidangan Dewan Rakyat akan dilanjutkan dari 30 minit sekarang jika sesi pertama mesyuarat yang akan berakhir hujung bulan ini berjalan dengan lancar, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, Kementerian Penerangan sedia menimbangkan perkara itu bersama syor-syor lain bagi mempertingkatkan mutu siaran langsung sesi soal jawab yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia(RTM), ketika ini.

Bagaimanapun, katanya, lanjutan masa siaran itu tertakluk kepada kelulusan Kabinet.



"Saya gembira persidangan hari ini berjalan dengan tertib dan baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perjalanan siaran langsung hari ini yang dibuat selepas Kabinet bersetuju meneruskannya walaupun berlaku kekecohan pada hari pertama siaran seperti itu diadakan pada Rabu lepas apabila beberapa Ahli Parlimen mengeluarkan perkataan yang tidak sesuai dalam dewan.

Ahmad Shabery berharap Ahli Parlimen di kedua-dua pihak terus menjaga tata tertib mereka demi kemuliaan imej institusi Parlimen.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan sidang Parlimen disiarkan melalui radio atau ruang siber jika sesi percubaan siaran langsung persidangan melalui televisyen itu berjalan dengan baik.

Persidangan Dewan Rakyat yang bersambung hari ini menyaksikan lapan soalan pertanyaan jawab lisan berjaya dikemukakan dengan lancar tanpa sebarang insiden, berbanding hanya tiga soalan yang dapat dikemukakan Rabu lalu.

Daripada jumlah soalan yang dikemukakan hari ini, empat adalah daripada Ahli Parlimen kerajaan dan empat lagi daripada pembangkang

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Siaran langsung Parlimen

Post  weichian_89 on Wed May 21, 2008 1:37 am

pada pandangan saya,siaran langsung persidangan parlimen ini langsung tidak membawakan makna.ini disebabkan melalui siaran langsung ini,ahli-ahli parlimen akan berhati-hati dan sentiasa berwaspada dalam pembentangan terutamanya bagi pihak pemerintah.keadaan ini telah berlaku pada persidangan yang baru lepas ini,ahli parlimen parti disyakikan menbocorkan soalan tambahannya kepada pihak yang menjawab.ini memang mengecewakan rakyat terhadap ahli-ahli parlimen pihak pemerintah. Evil or Very Mad
walaupun persiaran lansung ini telah dipanjangkan kepada satu jam,tetapi saya masih rasa ini adalah tidak cukup.ini disebabkan persiaran hanya dijalankan sehingga separuh sahaja dan kadang-kala,persiaran ini tidaklah sampai sejam.keadaan inilah memang tidak dapat menmuaskan rakyat yang ingin mengambil tahu tentang persidangan politik negara. pale

weichian_89

Posts: 115
Join date: 2008-02-22
Age: 20
Location: batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: Siaran langsung Parlimen

Post  vinclam1314 on Thu May 22, 2008 10:56 pm

Erm.. Saya berasa siaran langsung ini haruslah diteruskan dan merangkumi semua masa parlimen dan bukannya hanya setengah jam / sejam sahaja.. Ini adalah kerana rakyat adalah berhak untuk mengetahui apa yang wakil rakyat mereka berbuat dalam parlimen.. adakah mereka berusaha untuk mencapaikan kebaikan kepada rakyat? atau berdiam diri dalam parlimen sahaja.. Selain itu, saya bercadangkan bahawa Persidangan Parlimen haruslah bertukarkan masa kepada malam atau petang supaya lebih banyak orang dapat mengetahui tentang apa yang dibincangkan dalam persidangan parlimen.. Masa kini adalah kurang sesuai bagi kebanyakan orang untuk menonton kerana kebanyakan rakyat sedang belajar/berkeja/mesyuarat/etc. pada pukul 10.00a.m..

Saya pernah membaca bahawa DUN Selangor telah melancarkan siaran langsung persidangan DUN Selangor.. tetapi, adakah sesiapa rakan-rakan mengetahui tentang web site itu? Saya berasa ini adalah agak menarikkan .. tetapi, adakah kita mempunyai masa untuk menontonnya?

vinclam1314

Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Siaran langsung Parlimen

Post  weichian_89 on Fri May 23, 2008 9:54 pm

saya memang setuju dengan saudara toh wai,siaran lansung persidangan ini jika dapat diubah kepada masa petang atau malam supaya membolehkan lebih ramai orang mengetahui apa yang telah berlaku dalam persidangan parlimen.tetapi,saya berasa ini adalah tidak mungkin berlaku disebabkan jika keadaan ini betul-betul berlaku,ahli-ahli parlimenlah yang menjadi mangsa.waktu pekerjaannya telah berubah dan mereka perlu berkerja lebih masa.(terutamanya pada waktu malam) Razz jika persidangan diadakan pada waktu petang pula,terdapat ramai orang juga tidak dapat menontoni kerana masih berada di tempat berkerja. Laughing

weichian_89

Posts: 115
Join date: 2008-02-22
Age: 20
Location: batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: Siaran langsung Parlimen

Post  vinclam1314 on Sat May 24, 2008 12:47 pm

Pada pandangan saya, Untuk menyelesaikan masalah yang disebutkan oleh kakak chian, persidangan parlimen boleh diadakan pada malam atau petang dan pertukaran seperti berikut boleh dijalankan untuk menyesuaikan keadaan ini..
Yang Pertama, masa pekerjaan wakil-wakil rakyat boleh bertukar kepada petang - malam etc. supaya menyesuaikan masa persidangan parlimen..(terdapat banyak perkerjaan yang hanya berkerja pada malam/petang sahaja juga-dengan adanya 'shift') @ wakil-wakil rakyat boleh punyai cuti setengah hari selepas / pada / sebelum hari persidangan parlimen diadakan.. Tidakkah wakil rakyat adalah orang yang bersedia untuk berkorban / cuba menyuarakan suara rakyat /etc kepada rakyat?
Bertentangan pendapat kakak chian yang berkata terdapat banyak orang juga tidak dapat menontoni kerana masih berada di tempat berkerja.. pada pandangan saya, mereka masih boleh menontoninya jika ia adalah sama dengan masa makan tengah hari mereka.. rakyat yang berminat untuk menontoni persidangan juga boleh menukarkan masa makan tengah hari dengan kawan yang tidak berminat untuk menontoni.. Selain itu, syarikat juga haruslah memberikan kelonggaran / sokongan kepada orang bawahannya bahawa mereka boleh berehat semasa persidangan parlimen diadakan (jika orang bawahannya adalah sangat minat tentang persidangan.. ^^ )

vinclam1314

Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Siaran langsung Parlimen

Post  weichian_89 on Sun Jun 01, 2008 4:49 pm

saya rasa cara yang paling bagus ialah mengadakan siaran ulangan bagi persidangan parlimen,inilah cara yang paling berkesan dan tidak memberi gangguan kepada mana-mana pihak. cheers

weichian_89

Posts: 115
Join date: 2008-02-22
Age: 20
Location: batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: Siaran langsung Parlimen

Post  penyang on Sun Jun 08, 2008 1:02 am

masa persidangan parlimen tidak akan memihak kepada rakyat untuk menukar masa persidangan dengan alasan yang tidak munasabah seperti tidak mempunyai masa untuk menonton persidangan di parlimen dan menukarkan masa persidangan parlimen...siaran ulangan seperti kata weichiam adalah amat efficient dalam menangani masalah ini

penyang

Posts: 9
Join date: 2008-06-05

View user profile

Back to top Go down

Re: Siaran langsung Parlimen

Post  wendy on Fri Jul 11, 2008 5:03 pm

adakah siaran langsung bermaksud "LIVE"?jika bukan, kenapa syarikat media seperti 8tv menyiarkan persidangan pada malam.oleh itu,ahli tidak bersusah payah bersidang pada malam.pada pendapat saya,jika persidangan dewan rakyat bertukar masa daripada pagi kepada petang atau malam mungkin banyak ahli tidak datng untuk bersidang.hakikatnya,persidangan diadakan pada pagi tetapi masih ada sesetengah ahli tidak hadir dirinya dalam persidangan.ketidakhadiran mereka boleh diterima tanpa alasan.kenapa boleh macam tu?mereka adalah wakil rakyat,jika mereka tidak hadir persidangan , siapakah akan membantu rakyat menyuarakan suara?peliknya....

wendy

Posts: 60
Join date: 2008-02-06

View user profile

Back to top Go down

Re: Siaran langsung Parlimen

Post  weichian_89 on Tue Jul 15, 2008 9:53 pm

ya...siaran langsung=live.sebenarnya syarikat media 8tv merupakan syarikat swasta,manakala rtm pula merupakan pemilikan kerajaan.oleh itu,hak siaran langsung persidangan telah diberikan kepada rtm.jika persidangan dijalankan pada waktu malam memanglah meletihkan para ahli.sebenarnya,persidangan parlimen akan diadakan dengan dua sesi,iaitu sesi pagi dan petang.tetapi tidak disiarkan secara langsung,memang membazirkan...oleh itu,jika ahli parlimen tidak dapat hadir pada sesi pagi,mereka boleh hadir pada sesi seterusnya.bagi ahli yang tidak hadir,kebanyakan mereka terdapat urusan penting yang menyebabkan mereka tidak dapat menghadirkan diri persidangan.saya yakin mereka juga boleh dapatkan isu-isu yang telah dibincangkan dalam persidangan melalui surat dan tidak akan mengabaikan kebajikan rakyat.

weichian_89

Posts: 115
Join date: 2008-02-22
Age: 20
Location: batu caves

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum