Persidangan Parlimen yang pertama
Page 1 of 1 • Share •
Persidangan Parlimen yang pertama
Hi kelas,
Suasana dalam parlimen, pada 28 April
Sila cari bahan-bahan seperti ini dalam internet untuk dipaparkan di sini.
Ahli Parlimen diminta patuhi peraturan perbahasan
KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat yang baru, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menasihati semua Ahli Parlimen supaya mematuhi peraturan ketika perbahasan apabila Parlimen mula bersidang 28 April ini.
“Saya mahu bersikap adil kepada semua orang tetapi semua wakil rakyat sepatutnya tahu apa yang perlu mereka lakukan.
“Jika mereka mematuhi peraturan, semua orang akan gembira,” katanya ketika ditemui pemberita pada raptai perasmian sesi pertama penggal pertama Parlimen ke-12 di sini hari ini.
Turut hadir pada raptai itu ialah Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Ahli Parlimen Santubong, Sarawak) dan Datuk Ronald Kiandee (Ahli Parlimen Beluran, Sabah), yang dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.
Pandikar Amin, 52, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib sebagai Speaker Dewan Rakyat ketujuh sejak Parlimen diwujudkan pada 1959.
Ketika ditanya sama ada wakil rakyat yang gagal mematuhi peraturan mesyuarat ketika membahaskan sesuatu isu akan diminta meninggalkan Dewan Rakyat, beliau berkata, “Saya tidak tahu lagi, kita tunggu dan lihat.” Pandikar Amin turut melahirkan rasa terkejut dengan pelantikannya sebagai speaker Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam membuat keputusan itu dan berjanji akan menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin.
Persidangan Dewan Rakyat minggu depan dijangka mencatat sejarah tersendiri kerana 99 Ahli Parlimen adalah muka baru, selain jumlah pembangkang yang bertambah lebih empat kali ganda iaitu 82 orang.
Persidangan ke-12 Dewan Rakyat akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 29 April ini. - Bernama

PnLeela- Admin
- Posts: 242
Join date: 2008-01-03

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum