PARLIMEN MALAYSIA

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

PARLIMEN MALAYSIA

Post  CikguPA on Thu Nov 27, 2008 4:47 pm

Parlimen Malaysia

Jenis Dwidewan
Dewan Dewan Rakyat
Dewan Negara

Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Pandikar Amin Mulia, Barisan Nasional - UMNO sejak 28 April 2008

Presiden Dewan Negara Abdul Hamid Pawanteh, Barisan Nasional - UMNO sejak 7 Julai 2003

Ahli 292 (222 Ahli Parlimen dan 70 Senator)

Kumpulan politik Barisan Nasional
Pakatan Rakyat

Pilihanraya terakhir 8 Mac 2008

Tempat mesyuarat Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
Laman web http://www.parlimen.gov.my/

Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.

Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-12, dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 April, 2008. Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

TQ study

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: PARLIMEN MALAYSIA

Post  CikguPA on Thu Nov 27, 2008 4:54 pm

Dewan Rakyat Malaysia

Jenis Dewan Rendah
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, BN sejak 29 April 2008
Anggota 222
Parti politik Barisan Nasional (140)
Pakatan Rakyat (81)
Bebas (1)
Pilihanraya terakhir 8 Mac 2008
Tempat Persidangan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur
Laman web http://www.parlimen.gov.my

Dewan Rakyat ialah dewan rendah bagi Parlimen Malaysia.
Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.
Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat.
Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

TQ study

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: PARLIMEN MALAYSIA

Post  CikguPA on Thu Nov 27, 2008 4:57 pm

Dewan Negara

Ahli Dewan Negara bersidang di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia.
Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia.
Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat.
Seramai 69 ahli Dewan Negara atau senator dimana hanya 26 daripada 69 tidak dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan and 43 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat.
Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

TQ study

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: PARLIMEN MALAYSIA

Post  Ultima Lucifer on Sun Nov 30, 2008 11:19 am

cikgu, kalau dewan rakyat tidak bersetuju dengan bantahan dewan negara macam mana??
dan kalau dewan negara enggan berganjak.. macam mana?

tempoh berapa lamakah dewan negara boleh menyekat rang undang undang...? dan udg udg kewangan?

Ultima Lucifer

Posts: 58
Join date: 2008-10-30
Location: Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~

View user profile

Back to top Go down

Re: PARLIMEN MALAYSIA

Post  CikguPA on Sun Nov 30, 2008 6:00 pm

salam sejahtera,

1. Saudara perlu memahami proses penggubalan undang-undang dalam Parlimen seperti berikut;

a) Rang Undang-undang Didraf Oleh Menteri;
b) Rang Undang-undang Disediakan Oleh Jabatan Peguam Negara;
c) Kelulusan Kabinet;
d) Bacaan kali Pertama; ( hanya satu formaliti - Menteri/Speaker atau pembantang rang undang-undang membacakan tajuk sahaja. Tiada Perbahasan diperingkat ini);
e) Bacaan Kedua;( dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara) - peringkat paling penting, rang undag-undang akan dibahaskan dengan mendalam dan menyeluruh, undian sama ada menolak atau menerima sesuatu rang undang-undang dibuat (hanya Dewan Rakyat berhak Menolak), setelah rang undang dipersetujui oleh kedua-dua dewan rang undang-undang akan diserahkan ke peringkat jawatankuasa.
e) Peringkat Jawatankuasa- rang undang-undang dirujuk kepada Jawatankuasa Khas atau Jawatankuasa Seluruh Dewan, Rang undang-undang akan dibahaskan dengan lebih terperinci, berhak meminda/mengubahsuai sesuatu rang undang-undang;
f) Bacaan Ketiga; (dalam Dewan rakyat dan Dewan Negara) -dibahas sekali lagi jika perlu, undian dijalankan sekali lagi untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan.
g) Undang-undang diperkenan oleh YDA;
h) Undang-undang dimasukan dalam warta Kerajaan.

2. Tidak timbul soal bantahan Dewan Negara kerana Dewan Negara tidak berhak menolak rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara hanya berhak membahaskannya untuk menambah baik sahaja.

3. Dewan Negara tidak boleh menolak cuma boleh melambatkan proses meluluskan rang undang-undang kewangan selama 30 hari dan rang undang-undang lain selama 1 tahun.

TQ.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: PARLIMEN MALAYSIA

Post  PnLeela on Sun Nov 30, 2008 9:20 pm

Satu lagi perkara tentang penggubalan undang-undang:

Pembentangan untuk perbahasan rang undang-undang boleh bermula sama ada di DR atau DN kecuali rang undang-undang kewangan yang hanya boleh dimulakan di DR

Jumpa lagi Very Happy

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: PARLIMEN MALAYSIA

Post  CikguPA on Tue Dec 02, 2008 8:53 pm

Bahas Rang Undang-Undang DNA ditunda

KUALA LUMPUR: Perbahasan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang kini di peringkat jawatankuasa, ditangguhkan bagi memberi laluan kepada pembentangan beberapa rang undang-undang baru dan penting termasuk Rang Undang-Undang Penubuhan Suruhanjaya Anti-Rasuah Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata penangguhan itu juga bagi membolehkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Aduan Khas 2007 segera dibincangkan.

“Memandangkan rang undang-undang itu hendak segera dibincangkan, saya bersetuju untuk menangguhkan perbahasan Rang Undang-Undang DNA yang kini di peringkat jawatankuasa dan bacaan kali ketiga pada mesyuarat akan datang.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Ahli Parlimen tidak kebal

Post  CikguPA on Wed Mar 11, 2009 6:12 pm

Ahli Parlimen tidak kebal
KUALA LUMPUR 10 Mac – Polis mempunyai kuasa untuk menyoal siasat Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan tidak benar di Dewan Rakyat kerana mereka tidak mempunyai kekebalan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bagaimanapun siasatan itu hanya boleh dilakukan jika ia mendapat kebenaran Speaker atau timbalannya.

Beliau menegaskan, kekebalan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat adalah merujuk kepada institusi Parlimen dan bukan kepada Ahli Parlimen.

“Polis boleh menyoal siasat mana-mana Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan di dalam Dewan Rakyat tetapi mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat terlebih dahulu.

“Peruntukan kekebalan Parlimen ini telah saya rujuk pelaksanaannya di House Of Commons (United Kingdom), New Zealand dan Australia yang tidak memberi kekebalan kepada Ahli Parlimen,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Keistemewaan Ahli Parlimen

Post  CikguPA on Tue Mar 17, 2009 12:34 pm

* Elaun bulanan sebanyak RM4,112.00
* Ahli Parlimen mempunyai imuniti di dalam Dewan Rakyat (DR) menjadikan mereka kebal undang-undang tentang apa yang diperkatakan dalam DR
* Dibayar elaun RM200 setiap kali menghadiri persidangan DR
* Memperoleh RM1,500 bagi elaun keraian
* Menerima elaun perjalanan kenderaan
* Elaun Bulanan Tetap Perjalanan sebanyak RM1,500
* Elaun tetap pemandu kereta sebanyak RM1,200
* Elaun Pakaian Rasmi Istiadat dibayar pada kadar RM1,000 ke atas
* Lesen kenderaan motor percuma
* Lesen senjata api percuma
* Dibekalkan percuma satu naskhah Warta Kerajaan Persekutuan bagi tiap-tiap keluaran semas

* Diperuntukkan sebuah telefon bimbit dengan harga tidak melebihi RM1,500
* Kemudahan perubatan percuma
* Kumudahan pinjaman kereta maksimum RM100,000 dalam tempoh empat tahun
* Pinjaman perumahan sehingga Maksimum RM360,000

Sumber:Akta Ahli Parlimen(Saraan)1980(Akta 237)

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: PARLIMEN MALAYSIA

Post  CikguPA on Sun Jul 12, 2009 11:45 am

Lulus 9 rang undang-undang

KUALA LUMPUR 9 Julai - Sidang Dewan Negara mesyuarat kedua, penggal kedua Parlimen ke-12 selama empat hari yang berakhir hari ini telah meluluskan sembilan rang undang-undang tanpa sebarang pindaan.

Rang undang-undang terbabit adalah Rang Undang-Undang Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2008, Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2008 dan Rang Undang-Undang Makanan Haiwan 2008.

Turut diluluskan ialah Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2008, Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009.

Dewan itu juga meluluskan Rang Undang-Undang Bank Negara Malaysia 2009, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) (Pindaan) 2009 dan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (Pindaan) 2009.

Dalam pada itu, sidang Dewan itu yang sepatutnya berakhir Selasa ini disingkatkan selama dua hari berikutan segala urusan kerajaan telah diselesaikan.

Yang Dipertua, Datuk Wong Foon Meng berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan kepada Dewan Negara agar persidangan itu disingkatkan dan ditangguhkan hari ini.

''Saya telah menerima satu perutusan daripada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis mengumumkan supaya mesyuarat Dewan Negara yang sedang bersidang sekarang dikurangkan dua hari iaitu pada 13 dan 14 Julai 2009.

''Ini kerana rang undang-undang urusan kerajaan yang lain telah diselesaikan selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 10(2) peraturan-peraturan mesyuarat majlis Dewan Negara," katanya.

Mengikut takwim asal, mesyuarat Dewan itu akan berlangsung dari 6 hingga 14 Julai.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: PARLIMEN MALAYSIA

Post  CikguPA on Sun Jul 12, 2009 11:47 am

Armani wanita pertama Timbalan YDP

KUALA LUMPUR 9 Julai - Senator Datuk Armani Mahiruddin hari ini mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara.

Exco Pergerakan Wanita UMNO itu yang merupakan Timbalan Yang Dipertua ke-11 mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan, Datuk Wong Foon Meng sejurus selepas sidang bermula pada pukul 10 pagi.

Pelantikan Armani yang juga ahli Dewan Negara selama dua penggal dari 9 Disember 2005 sehingga 20 Disember 2011 dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usul pelantikan beliau dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebaik sahaja sesi Dewan bermula dan disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Armani, 52, yang juga Ketua Wanita UMNO Sabah pernah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun sebelum meninggalkan dunia pendidikan pada 1995 untuk terlibat aktif dalam politik.

Pada sidang akhbar selepas mengangkat sumpah, ibu kepada empat anak itu melahirkan rasa terharu kerana dilantik memegang jawatan kedua tertinggi dalam badan penggubal undang-undang negara itu.

Menurutnya, beliau hanya mengetahui mengenai pelantikan itu pada pukul 3 petang semalam selepas dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen.

''Pelantikan ini merupakan satu penghormatan terhadap golongan wanita di negara ini dan merupakan detik bermakna dalam sejarah negara. Saya yakin ia akan membantu memperkasakan wanita di negara ini.

''Saya juga bersyukur kerana keputusan bersejarah ini dibuat pada tahun ini ketika Parlimen Malaysia menyambut ulang tahun Jubli Emas.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum