Pengenalan

Post new topic   Reply to topic

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re-Caution~

Post  LowYuePeng(L6B) on Mon Jun 22, 2009 1:36 pm

Haha...Mrs Liewjoey...kamu tak perlu begitu sensitif la...saya hanya bergurau saja la...==...tapi, apa-apa yang anda tulis itu adalah dari segi pendapat anda ataupun dari apa-apa sumber o~~?

LowYuePeng(L6B)

Posts: 14
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Pengenalan

Post  Tee Yee Yean (L6B) on Tue Jun 23, 2009 5:10 pm

leeyoong_L6B wrote:Yee Yean, bahasa kamu bukan seteruk semacam kamu fikir.. Kamu haruslah lebih yakin dengan keupayaan sendiri. 'Janganlah terlalu risau. Lagipun, kami semua telah mula belajar bersama-sama.. Saya pasti kami semua akan skor A bagi Penajian Am.. haha.. ^^




terima kasih kerana beri galakan kepada saya... Smile

Tee Yee Yean (L6B)

Posts: 7
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Pengenalan

Post  PnLeela on Tue Jun 23, 2009 11:03 pm

Hi kelas Very Happy
Saya sangkat gembira melihat penglibatan yang aktif dalam tajuk ini. Anda uga boleh mula tajuk isu-isu semasa, seperti virus Influ A/H1N1, isu PPSMI, 1Malaysia dan sebagainya.

Yee Yean, saya rasa buat masa ini anda telah cuba sedaya upaya untuk menulis dengan bail. Jadikanlah forum ini tempat untuk membaiki dan meningkatkan penguasaan bahasa dan gaya penulisan anda. Cool

Jenayah genre...bermaksud jenayah yang sekategori (genre-kategori)

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Sumber ku!

Post  LiewJoey(LSB) on Thu Jun 25, 2009 9:37 pm

Terima kasih kepada cikgu untuk memerangkan maksud "genre"...gembiranya saya dah belajar satu perkataan yang baru yang boleh membantu saya dlm penulisan esei saya...em..itu point esei adalah merujuk kepada sumber internet , tetapi sesetangah telah diperbaiki oleh ku lah...bukan semua salin terus ,ada buat kerja perbaikian juga.. Very Happy

LiewJoey(LSB)

Posts: 30
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

salah ejaan?

Post  leeyoong_L6B on Fri Jun 26, 2009 3:46 pm

Joey wrote:
Terima kasih kepada cikgu untuk memerangkan maksud "genre"...gembiranya saya dah belajar satu perkataan yang baru yang boleh membantu saya dlm penulisan esei saya...em..itu point esei adalah merujuk kepada sumber internet , tetapi sesetangah telah diperbaiki oleh ku lah...bukan semua salin terus ,ada buat kerja perbaikian juga.. Very Happy

sesetangah? sesetengah barulah betul.. Very Happy

leeyoong_L6B

Posts: 78
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Gadis perlu celik jenayah

Post  xiaowen_L6B on Sun Jul 26, 2009 1:15 pm

KUALA LUMPUR 25 Julai - Generasi muda terutamanya gadis bukan sahaja perlu celik teknologi maklumat tetapi juga celik jenayah, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, golongan celik jenayah akan menjauhkan mereka daripada menjadi mangsa dengan tidak membiarkan diri, ahli keluarga dan sahabat terdedah kepada kejadian jenayah itu.

Beliau memberitahu, dalam tempoh Januari hingga April tahun ini kes ragut mencatatkan peningkatan sebanyak 99 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. ''Peningkatan mendadak kes ragut menimbulkan kebimbangan khususnya tentang keselamatan seharian masyarakat.

''Kebimbangan ini mempunyai asas kerana ada jenayah ragut yang menyebabkan kematian atau cedera parah ke atas mangsa,'' katanya.Rosmah berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Banteras Ragut dan Rogol (B2R) Puteri UMNO di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Puteri UMNO yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Pada majlis sama, Rosmah turut merasmikan Tabung B2R Puteri UMNO yang ditubuhkan bagi meringankan beban mangsa-mangsa ragut dan rogol.

Tabung berkenaan sudah berjaya mengumpulkan RM129,500 dalam masa dua minggu. Jelas Rosmah, memandangkan golongan yang sering menjadi mangsa ragut ialah wanita maka mereka perlu dididik untuk melengkapkan diri dengan ilmu pertahanan diri.

''Wanita juga mesti diajar tentang penjagaan keselamatan diri terutamanya ketika berada di tempat awam yang terdedah kepada kemungkinan diragut. ''Begitu juga dengan jenayah rogol. Anak-anak gadis sering menjadi mangsa rogol kerana ditipu dan tertipu oleh janji-janji manis teman lelaki masing-masing,'' katanya.

Sementara Rosnah yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata, B2R akan diluaskan ke seluruh negara melalui kelas seni mempertahankan diri, seminar keselamatan dan aktiviti berjalan kaki di tempat-tempat awam sambil menyebarkan risalah mengenai B2R.

''Sejumlah 500,000 risalah B2R sudah siap untuk diedarkan kepada golongan wanita di tempat-tempat awam seluruh negara. ''Risalah B2R berkenaan memuatkan langkah-langkah awal bagi mengelak jenayah ragut dan rogol serta senarai nombor-nombor telefon polis dan hospital,'' jelasnya.
(Dipetik daripada Utusan Online)

xiaowen_L6B

Posts: 21
Join date: 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

PDRM laksana sasaran kurangkan jenayah jalanan

Post  leeyoong_L6B on Tue Jul 28, 2009 7:24 pm

PUTRAJAYA 27 Julai - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti yang diumumkan Perdana Menteri hari ini.

Beliau berkata, jenayah jalanan menjadi keutamaan kerana ia melibatkan kehidupan seharian rakyat di mana jenayah jenis itu boleh menggugat keselamatan mereka.

''Ini merupakan arah yang baik yang diberikan oleh Perdana Menteri bagi tujuan mengurangkan kadar jenayah. Saya telah mengenal pasti kawasan-kawasannya dan dari situ, kita akan mengambil tindakan untuk menentukan bahawa apa yang disarankan Perdana Menteri akan dilaksanakan,'' katanya.

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis Perhimpunan Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta GLC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, berkata, kerajaan menetapkan sasaran pengurangan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada penghujung tahun 2010.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pada usaha pengurangan kadar jenayah sebagai satu daripada Bidang Hasil Utama Negara (NKRA) di bawah Kementerian Dalam Negeri.

Mengenai penglibatan PDRM dan Rela untuk sama-sama membanteras jenayah jalanan, beliau berkata, perkara itu akan diperincikan bagi memastikan ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dari segi pelajaran pula, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pelaksanaan projek perintis Sekolah Berprestasi Tinggi bakal mendorong sekolah-sekolah lain di seluruh negara mencapai kejayaan yang sama dan seterusnya akan meningkatkan tahap pendidikan dalam negara.

Perdana Menteri turut mengumumkan sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah pelbagai jenis akan dikenal pasti untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi.

Beliau berkata, pemilihan sekolah itu nanti tidak hanya berkisar kepada pencapaian akademik, tetapi lebih merupakan pencapaian keseluruhan sekolah tersebut, termasuk pencapaian disiplin pelajar, tahap penguasaan pelajar terhadap bidang keutamaan sekolah, kebersihan dan kekemasan sekolah serta kejayaan-kejayaan sekolah dalam bidang kokurikulum.

Berhubung memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, badan pemantau perlu diwujudkan bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan projek-projek yang dirancang di peringkat akar umbi.

''Kerjasama dari semua pihak amat penting bukan hanya di peringkat pusat bahkan di peringkat negeri-negeri dan juga di peringkat pimpinan, kerana kita tahu dalam melaksanakan prasarana di luar bandar memerlukan sokongan dan bantuan semua pihak termasuk kerjasama dari segi masyarakat,'' katanya.

leeyoong_L6B

Posts: 78
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Pengenalan

Post  HanXin (L6A/09) on Thu Sep 24, 2009 2:57 pm

LANGKAH PENCEGAHAN JENAYAH RAGUT Cool

1. Selalu gunakan jalan dan lorong yang ramai orang lalui. Jangan berjalan atau bersiar-siar di tempat gelap.
2. Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.
3. Jangan memakai barang-barang kemas dengan banyak. Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam raga membeli-belah atau di atas kaunter.
4. Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan laluan laulintas.
Hendaklah berwaspada selalu, andainya anda merasai seseorang yang mencurigakan mengekori anda, hendaklah dengan segera menuju ke tempat lain.
5. Semasa membeli-belah di tempat yang sibuk gengam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang tidak terdedah.
6. Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
Jikalau membawa anak-anak kecil ke bandar, tanggalkan barang-barang kemas yang di pakai olehnya.
7. Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, keretapi, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut.
8. Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.

HanXin (L6A/09)

Posts: 8
Join date: 2009-09-14

View user profile

Back to top Go down

Re: Pengenalan

Post  andrew14 on Tue Oct 27, 2009 9:21 pm

leeyoong_L6B wrote:Saya tidak setuju dengan pendapat yee yean bahawa kita patut pegang telefon bimbit di tangan supaya boleh mendapatkan pertolongan pada bila-bila masa.. Saya berpendapat bahawa ini akan menambah resiko kita diragut oleh penjenayah. Dengan ini, peragut pasti akan menjadi kami sebagai target seterusnya. Mereka akan cuba berfikir akal untuk meragut telefon bimbit terus daripada tangan kita.. Rolling Eyes


saya juga bersetuju dengan pernyataan ini..

andrew14

Posts: 8
Join date: 2009-01-31
Age: 18
Location: sarawak

View user profile

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum