isu A/H1N1
Page 1 of 4 • Share •
Page 1 of 4 • 1, 2, 3, 4 
Re: isu A/H1N1
Di negara Malaysia, ramai orang telah dijangkiti oleh Influenza A, mujurnya vaksin Influenza A telah dihasilkan dan ia telah menyembuhkan pesakit Influenza A. Akan tetapi masyarakat haruslah peka terhadap isu ini dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti oleh penyakit tersebut.
Khang Wei (L6B/2009)- Posts: 28
Join date: 2009-05-12
Re: isu A/H1N1
Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk dan bersin.
Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan atau tersebar ke udara.Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan ,melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar deengan titisan cecair pesakit.
Gejala Influenza A(H1N1)
1. Demam
2. Batuk
3. Sakit tekak
4. Sukar bernafas
5. Sakit badan
6. Sakit kepala
Langkah-langkah pencegahan
1. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin.
2. Gunakan penutup hidung dan mulut
3. Kerap cuci tangan dengan cara yang betul

xiaowen_L6B- Posts: 21
Join date: 2009-06-16
Re: isu A/H1N1
another article:
Amaran Kesihatan Mengenai Wabak Penyakit Influenza A (H1N1) Untuk Semua Sekolah
1.Sekolah diminta memantau setiap hari jika terdapat tanda-tanda penyakit seperti demam panas dan selsema pada diri pelajar dan warga sekolah hendaklah segera dirujuk kes kesihatan mereka ke hospital dengan segera
2.Sekiranya pelajar/ warga sekolah disahkan telah dijangkiti penyakit Influenza A (H1N1) maka tindakan berikut hendaklah diambil:
- merujuk kepada hospital terdekat untuk tindakan ‘kuarantin’;
- hubungi keluarga pelajar/ warga sekolah berkenaan;
- membantu pihak hospital untuk mengenalpasti orang-orang yang pernah berhubung dengan pesakit berkenaan.
- Menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
3.Bagi menangani isu ini semua sekolah hendaklah memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, terutamanya tandas, bilik darjah, kantin, asrama dan sebagainya. Langkah sesetengah sekolah mengambil inisiatif menjalankan pemeriksaan suhu badan pelajar/warga sekolah adalah digalakkan.

Jumlah keseluruhannya 291 kes.
H1N1 terus menular di SM Tsun Jin Jul 3, 09 2:49pm
Tiga lagi pelajar SM Tsun Jin, Kuala Lumpur yang ditutup hingga hari ini terkena jangkitan tempatan kes selesema A (H1N1) daripada 47 kes baru, menjadikan jumlah keseluruhannya [b]291 kes.
Sebanyak 47 kes terbaru selesema babi (H1N1) termasuk 41 kes import dan enam jangkitan tempatan dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican hari ini.
Semalam, lima orang pelajar sekolah tersebut tersenarai dalam kes tempatan, manakala kelmarin tiga kes direkodkan di pusat pengajian itu yang diarah ditutup sejak Isnin lalu bagi mengawal penularan wabak.
sekolah menengah Tsun JinAwal minggu ini dua pelajar sekolah tersebut, yang tiada rekod perjalanan ke luar negara, mengalami jangkitan tempatan wabak tersebut.
Sekolah itu bersama ST Chung Hwa, Seremban akan mula dibenarkan dibuka mulai esok.
Akibat penularan tempatan terbaru terhadap dua murid lagi, dua buah sekolah lain diarah menutup kelas terbabit sehingga Khamis depan.
Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata jumlah kes terbaru itu, 28 daripadanya melibatkan rakyat Malaysia, selebihnya Indonesia (sembilan orang), Australia (5), Filipina (2) dan masing-masing satu
dari Botswana, Iraq dan Amerika Syarikat.
Daripada enam kes tempatan yang direkodkan hari ini, tiga lagi kes melibatkan jangkitan kes import.
Seorang daripadanya pelajar 19 tahun yang dijangkiti daripada kes ke-143, gadis Malaysia 18 tahun yang pulang dari United Kingdom pada 26 Jun.
sri cempaka international school cheras 230609Seorang pelajar SK Setapak Indah, Kuala Lumpur dijangkiti daripada kes ke-147, seorang pelajar lelaki 25 tahun yang melawat Jakarta bersama sembilan rakan antara 18 hingga 21 Jun lalu.
Seorang lagi bersekolah di Sekolah Antarabangsa Sri Cempaka, Cheras yang merupakan kontak kes ke-170, seorang pelajar 20 tahun yang menuntut di Victoria, Australia dan pulang bercuti di tanah air pada 28 Jun lepas.
"Dua buah sekolah terbaru itu telah diarah menutup kelas terbabit sehingga Khamis (minggu) depan, dan murid-murid yang terlibat akan diberi arahan kuarantin oleh Pejabat Kesihatan Daerah," kata Dr Mohd Ismail dalam kenyataan hariannya.
Sekolah Antarabangsa Sri Cempaka, yang ditutup selama seminggu, dibuka semula mulai Isnin lalu.
Jumlah pesakit yang disahkan positif dan masih dirawat mengikut hospital seperti berikut: Hospital Sungai Buloh (11 pesakit), Hospital Kuala Lumpur (16), Hospital Pulau Pinang (7), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (1), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (3), Hospital Umum Sarawak (2), Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh (3), Hospital Sibu (1), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (2), Hospital Tawau (1), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (1), Hospital Batu Pahat (2), Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (4), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (1), Hospital Melaka (1), Hospital Tengku Ampuan Afzan (1), Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh (1), dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (1).
"Selain daripada itu terdapat sejumlah 890 kontak terdekat yang sedang menjalani kuarantin di rumah dan dimaklumkan tiada kontak yang dikuarantin tersebut mempunyai simptom," katanya lagi.
Daripada 2,586 kes yang disiasat kerana disyaki jangkitan influenza A(H1N1), 134 kes masih menunggu keputusan.
(dipetik daripada berita terkini)

leeyoong_L6B- Posts: 78
Join date: 2009-05-13
Re: isu A/H1N1
Terdapat satu kes H1N1 telah berlaku di Sekolah Setapak Indah.. Kawasan ini memang dekat dengan sekolah kita. Oleh itu, kita mesti mengurang bilangan berkunjung di kawasan tersebut...
Memandangkan kes semakin meningkat, kita mestilah memastikan badan kita berada dalam keadaan yang baik. Kita haruslah minum lebih banyak air dan makan buah-buahan yang secukupnya supaya dapat menguatkan sistem immunisasi kita. Kita harus juga memperbanyakkan bilangan mencuci tangan..
*my language is not very well... please correct me if I have wrote something wrongly...thx
Memandangkan kes semakin meningkat, kita mestilah memastikan badan kita berada dalam keadaan yang baik. Kita haruslah minum lebih banyak air dan makan buah-buahan yang secukupnya supaya dapat menguatkan sistem immunisasi kita. Kita harus juga memperbanyakkan bilangan mencuci tangan..
*my language is not very well... please correct me if I have wrote something wrongly...thx
leeyoong_L6B- Posts: 78
Join date: 2009-05-13
Tindakan tatatertib gagal lapor kes H1N1 di sekola
KUALA LUMPUR 2 Julai - Tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pengetua dan guru besar yang didapati cuai tidak melaporkan kes selesema babi (H1N1) di sekolah masing-masing kepada Kementerian Pelajaran.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong menegaskan, pihaknya akan memberikan surat tunjuk sebab kepada pentadbir sekolah bagi menjelaskan secara terperinci punca sebenar kegagalan mereka berbuat demikian.
"Pengetua dan guru besar dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam perkara ini, sekiranya kita mendapat maklumat mengenainya daripada sumber lain dan bukannya pihak sekolah sendiri, maka kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib," katanya kepada pemberita di Parlimen di sini hari ini.
Tambah beliau, pihaknya juga mengekalkan arahan sebelum ini yang membekukan setiap program guru dan pelajar ke luar negara sehinggalah wabak H1N1 pulih sepenuhnya.
Katanya, kementerian akan menghantar surat pekeliling ke seluruh sekolah melalui Jabatan Pelajaran negeri yang secara automatik membatalkan setiap perancangan pihak sekolah yang mengaturkan lawatan atau program ke luar negara.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya sedia menimbangkan sebarang program di luar negara yang jika dibatalkan akan mendatangkan implikasi kepada hubungan antarabangsa atau keselamatan negara.
"Rayuan boleh dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran untuk dipertimbangkan," katanya.
Sementara itu, Ka Siong juga merayu kepada ibu bapa memastikan anak-anak yang belajar di sekolah yang terlibat dalam penutupan akibat penularan H1N1 baru-baru ini hadir ke sekolah mereka.
Sehingga kini, katanya, hanya kira-kira 80 peratus pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta 1, Petaling Jaya yang hadir dan perkembangan ini tidak menggalakkan serta tidak elok untuk perkembangan pendidikan pelajar.
"Saya rasa mungkin ibu bapa masih bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka, saya beri jaminan Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Kesihatan mengambil langkah dan penjagaan terbaik bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin," katanya.
(Dipetik daripada utusan malaysia online)

LiewJoey(LSB)- Posts: 29
Join date: 2009-05-12
Pembelajaran online
Wabak H1N1 telah semakin menular dan meyerang sekolah-sekolah yang manakah kadar penyebarannya telah meningkat secara mendadak. Dengan itu, banyak ibu bapa tidak menggalakkan anak-anak mereka untuk pergi ke sekolah, sebaliknya, mereka rela anak-anak sentiasa berada di rumah daripada belajar di sekolah. Sebagai kesannya, isu-isu seperti tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran telah menjadi isu yang membimbangkan terutamanya mereka yang menghadapi peperiksaan. Ada yang di antara mereka tidak digalakkan menghadiri kelas tuisyen juga, ini telah membebankan pelajar-pelajar.
Pada era yang begitu berkembang ini, pembelajaran boleh dikatakan tidak mempunyai had tempat dan cara. Ada suara yang mencadangkan pembelajaran online boleh menggantikan pembelajaran sukatan pelajaran sekolah yang boleh mengatasi masalah seperti tidak dapat hadir ke sekolah. Saya amat bersetuju dengan cara ini kerana kita bukan sahaja boleh mempelajari isu-isu yang baru dan terkini di laman web ,maka juga boleh menjimatkan penggunaan kertas yang sebelumnya guru sekolah biasa mengedarkan beberapa copy kertas kepada setiap murid. Cara ini dapat membawakan banyak kebaikan , saya cadangkan bahawa pada masa kelak, kita boleh belajar melalui internet dan institusi-institusi pelajaran cuma jadi tempat untuk menukarkan cadangan atau pendapat di samping itu jadi tempat ujian.

Baguslah, kalau online learning diperkenalkan, forum ini akan menjadi bilik darjah untuk pengajian am.
PnLeela- Admin
- Posts: 238
Join date: 2008-01-03

Re: isu A/H1N1
PnLeela wrote:Baguslah, kalau online learning diperkenalkan, forum ini akan menjadi bilik darjah untuk pengajian am.
and we can skip all the PA class....
YeeYew™ [SonG][L6B]- Posts: 49
Join date: 2009-05-17
Re: isu A/H1N1
Pembelajaran online merupakan cadangan yang baik..tetapi bagi sesetengah orang yang fakir miskin dan tidak mampu membeli komputer serta mempunyai masalah kewangan, bagaimanakah mereka belajar melalui pembelajaran online?
S.Teng(L6A)- Posts: 31
Join date: 2009-05-21
Re: isu A/H1N1
S.Teng(L6A) wrote:Pembelajaran online merupakan cadangan yang baik..tetapi bagi sesetengah orang yang fakir miskin dan tidak mampu membeli komputer serta mempunyai masalah kewangan, bagaimanakah mereka belajar melalui pembelajaran online?
Sebelum ini, cikgu pernah berkata bahawa murid-murid yang tidak mempunyai komputer boleh membeli surat khabar. Sekiranya tidak mampu membeli , boleh membaca akhbar di perpustakaan kerana kedua-dua cara pembelajaran ini mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk mendapatkan pengetahuan dan berita-berita yang terkini.^^
xiaowen_L6B- Posts: 21
Join date: 2009-06-16
sumber-sumber lain
walaupun memperkatakan pelajar -pelajar miskin tidak mampu membeli sebuah komputer, tetapi ini tidak harus menjadi alasan untuk mereka mendapat maklumat . Dalam dunia yang serba moden ini mereka mudah dapat mencari maklumat melalui naskah.Bukan saja begitu ,sekarang terdapat kemudahan melayari internet di kafe siber.Oleh itu , kefakiran seseorang pelajar dijadikan alasan ,di mana pepatah bersuara 'dimana ada kemahuan , di situ ada jaian' .
heng- Posts: 2
Join date: 2009-07-10
Re: isu A/H1N1
Tidak di nafikan bahawa H1N! merupakan penaykit yang amat bahaya tetapi bagi pihak kerajaan Malaysia mereka mengambil perkara ini secara tidak seious . Walaupun terdapat Vaksin tetapi ia hanya berguna untuk pesakit yang mengalami H1N! dalam masa dua jam sahaja. Selain itu pengawalan dilapangan terbang tidak ketat sekali. Pihak kerajaan Malaysia patut kawal dengan ketat dengan sekali terutamanya pelancong asing. Seterusnya harus mengisytiharkan Darurat supaya semua penduduk di kuartinkan supaya virus tersebut tidak merebak
OSH1990- Posts: 2
Join date: 2009-07-21
Re: isu A/H1N1
KUALA LUMPUR 21 Julai - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini ditutup serta-merta selama seminggu mulai hari ini apabila 60 pelajarnya dikesan positif virus selesema babi, H1N1.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad ketika mengesahkan perkara itu berkata, semua pelajar yang dikesan positif itu telah diarahkan menjalani kuarantin rumah.
"Saya mengesahkan bahawa terdapat 60 pelajar yang dikesan positif H1N1 pada hari ini.
"Mereka kini diarahkan menjalani kuarantin rumah. Sehubungan itu UPNM serta MTD ditutup selama seminggu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah beliau, penutupan selama seminggu itu wajar tetapi menjelaskan tempoh tersebut bergantung kepada arahan Kementerian Kesihatan sebelum sesi pembelajaran boleh dimulakan semula.
Abdul Latiff dalam pada itu menegaskan, semua mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal.
Kepada soalan bagaimana virus itu boleh menular ke UPNM dan MTD, Abdul Latiff menjelaskan, siasatan awal mendapati ia virus import.
"Kami dimaklumkan seorang pensyarah UPNM telah melawat Melbourne, Australia sebelum dia disahkan positif H1N1,'' jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meningkatkan kawalan keluar masuk ke kawasan itu.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang kerana semua langkah pencegahan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) telah diambil.
Penutupan UPNM itu menjadikan ia institusi pengajian tinggi (IPT) kedua yang ditutup akibat H1N1 selepas Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah, Melaka.
UiTM Lendu ditutup selama sembilan hari selepas empat penuntutnya positif H1N1 pada 12 Julai lalu.

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum