Korban jalan raya meningkat 261 hari terakhir Ops Sikap
Page 1 of 1 • Share •
Korban jalan raya meningkat 261 hari terakhir Ops Sikap
KUALA LUMPUR: Korban jalan raya yang dicatatkan dalam Ops Sikap ke-20 yang berakhir semalam berjumlah 261 orang sejak dilancarkan 13 September lalu.
Jumlah kematian yang dicatatkan itu bertambah berbanding Ops Sikap ke-17, yang diadakan sempena Aidilfitri tahun lalu, iaitu 208 kematian.
Penguasa Perhubungan Awam Bukit Aman, Superintendan Rasdi Ramli, berkata pada hari terakhir Ops Sikap ke-20 semalam, sebanyak 23 kematian direkodkan.
Pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai korban dengan 12 kematian, diikuti lapan pengguna kereta dan tiga melibatkan pejalan kaki, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Daripada 931 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 388 kes, diikuti jalan persekutuan (284), jalan negeri (152), lebuh raya (68) dan jalan-jalan lain (39 kes).
Dalam operasi semalam, sebanyak 9,826 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
Ops Sikap ke-20 diadakan bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya sempena sambutan Aidilfitri.
Ia membabitkan kira-kira 2,000 penguatkuasa termasuk polis, bomba dan ambulans.
pengguna jalan raya patut berhati-hati semasa memandu supaya nyawa anda daoat dijamin terutama pengguna motosikal.

yeeleng(L6A)- Posts: 23
Join date: 2009-05-18
Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum