Tragedi serangan di Mumbai

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Tragedi serangan di Mumbai

Post  vinclam1314 on Sun Nov 30, 2008 9:42 pm

MUMBAI 29 Nov. – Operasi menggempur kumpulan militan tamat dengan tiga lagi anggota kumpulan itu terbunuh di Hotel Taj Mahal pagi ini.

Setakat ini, 195 orang terkorban dalam serangan yang dilancarkan oleh kumpulan militan itu, termasuk 22 warga asing pada Khamis lalu.

Operasi peringkat akhir itu bermula dengan bunyi tembakan senjata berat dan letupan bom, ketika anggota komando menggempur kumpulan tersebut yang menahan beratus-ratus anggota keselamatan di ruangan hotel itu selama tiga malam.

“Operasi telah berakhir. Kesemua anggota pengganas telah dibunuh,” kata Pesuruhjaya Polis Mumbai, Hassan Gafoor, selepas kira-kira 60 jam serangan dilakukan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri India, Sri Prakash Jaiswal berkata, angka korban mungkin meningkat kerana masih banyak mayat ditemui.

Semalam, tentera elit India menggempur Pusat Pertubuhan Yahudi di sini dan membunuh dua militan serta tujuh militan lagi dalam serbuan di beberapa lokasi bagi membebaskan tebusan.

Sebuah lagi hotel mewah yang turut diserang oleh kumpulan militan itu, Hotel Oberoi/Trident, telah berjaya dibebaskan lewat malam tadi, dengan berpuluh-puluh tetamu diselamatkan, dan 24 mayat ditemui.

Stesen televisyen menggambarkan serangan kumpulan militan itu sebagai “India 11 September.”

Sekurang-kurangnya 12 anggota militan disahkan mati setakat ini, manakala seorang ditahan.

Kumpulan tersebut dipercayai telah datang ke bandar raya ini dengan menaiki bot, sementara beberapa lagi anggota mereka dipercayai telah berada di bandar ini membawa senjata dan bahan letupan sebelum serangan dilancarkan.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Bank Negara Mauritius, Shaitlall Gunness merupakan antara yang terkorban apabila mayatnya ditemui dalam bilik hotel Taj Mahal selepas tamatnya serbuan itu.

Semasa kejadian, isteri mangsa Amrita sedang membuat panggilan telefon di Pusat Perniagaan hotel itu dan sempat mencari perlindungan.

– AFP


Tragedi serangan di Mumbai sudah berakhir.. Akan tetapi, Tragedi Serangan ini kemungkinan besarnya akan berlaku lagi pada masa depan di tempat lain selagi masalah kumpulan pengganas belum dapat diselesaikan oleh negara-negara.. Negara Kita adalah agak aman selama-lama ini tetapi langkah untuk menggelakkan berlakunya tragedi sebegini di Malaysia haruslah disediakan.. Mengenai tentang masalah ini, bagaimanakah kerajaan kita boleh menggelakkan berlakunya masalah ini di negara kita? Adakah kekuatan polis atau tentera negara kita boleh menyelesaikan masalah ini seperti polis dan tentara di mumbai? berikan pandangan anda

vinclam1314

Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Tragedi serangan di Mumbai

Post  CikguPA on Mon Dec 01, 2008 2:39 pm

Laporan pengganas Mumbai guna alamat m’sia hanya dakwaan
01/12/2008 1:56pm

KUALA LUMPUR 1 Dis. — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan bahawa pengganas yang melakukan serangan bersenjata di Mumbai, India mempunyai kaitan dengan Malaysia ekoran penggunaan alamat negara ini hanya satu dakwaan kerana belum ada sebarang bukti mengenainya.

Beliau berkata, polis akan meminta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk mendapatkan butiran terperinci mengenai dakwaan laporan media India itu.

“Ini dakwaan. Kita akan berhubung dengan Interpol untuk sahkan perkara ini dan selepas itu baru buat kenyataan susulan. Setakat ini ia dakwaan yang belum ada bukti,” katanya selepas mesyuarat Majlis Ekonomi Negara, di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Media India baru-baru ini melaporkan sebilangan pengganas yang melakukan serangan bersenjata di Mumbai menggunakan alamat di Malaysia untuk menyewa apartmen di bandar raya berkenaan.

Dalam serangan oleh sekumpulan militan bersenjata lengkap di 10 kawasan strategik di Bandaraya Mumbai sejak Rabu lepas, sekurang-kurangnya 172 orang maut dan 295 orang cedera. - Bernama

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum