Politik wang: UMNO boleh lenyap

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Politik wang: UMNO boleh lenyap

Post  szejiengoo (U6F) on Sun Mar 15, 2009 12:37 am

Politik wang: UMNO boleh lenyap

Oleh HERMAN HAMID
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mac - Riwayat UMNO akan berakhir sekiranya calon yang diketahui terlibat dengan politik wang menjadi pilihan para perwakilan pada Perhimpunan Agung parti itu hujung bulan ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan para perwakilan supaya membuat pilihan yang tepat dan mengelak amalan politik wang yang merupakan bencana besar pada UMNO, Barisan Nasional (BN) dan negara.

''Masih banyak cakap-cakap mengenai politik wang. Memang ia tidak boleh dibuktikan tetapi semua tahu siapa yang terlibat. Cuma tidak mudah nak suruh orang tampil beri keterangan, namun mereka akan bercerita.

''Maka kalau mereka pilih juga orang yang terlibat dalam politik wang, maka itu adalah pengakhiran kepada UMNO dan BN juga,'' katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan perasmian bangunan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) di pejabatnya di sini hari ini.

Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO berkata, rakyat memerhati setiap perkembangan yang berlaku dan apabila tibanya pilihan raya umum kelak, mereka tidak akan segan silu untuk menyatakan pendirian seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.


Pada pendapat anda, mengapakah politik wang boleh berlaku? Apakah faktor yang membawa kepada amalan yang tidak berakhlak ini? Idea

szejiengoo (U6F)

Posts: 32
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Politik wang: UMNO boleh lenyap

Post  CikguPA on Wed Mar 18, 2009 2:17 pm

Politik wang ancam kestabilan bangsa, negara
POLITIK wang menjadi penyakit yang mengancam masa depan sesebuah parti politik. Malah ia turut mengancam bangsa dan negara. Individu yang terlibat dalam politik wang ini biasanya menganut fahaman "matlamat menghalalkan segala cara".

Menjelang pemilihan UMNO, banyak pihak menyuarakan kebimbangan apabila wujudnya pelobi atau orang tengah. Situasi ini sebenarnya lebih menyemarakkan lagi gejala politik wang yang kian berleluasa dalam parti itu.

Jika ia tidak dibendung dan dibanteras, sudah pasti akan wujud senario tidak sihat dalam parti dan lambat-laun UMNO sendiri musnah akibat tindak-tanduk ahlinya.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah lama mengeluarkan arahan agar pasukan pemantau mengawasi ejen-ejen ini bagi memastikan tidak berlaku gejala rasuah. Namun, tidak dapat dipastikan sejauh manakah kejayaan pasukan pemantau menangani hal tersebut.

Sirah negara bangsa memperlihatkan gejala rasuah boleh meruntuhkan tamadun.

Ramai yang tahu keburukannya tetapi mereka tidak menghiraukannya. Mereka seolah-olah lupa firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah sebahagian daripada makanan yang ada di bumi ini, yang halal dan baik, dan janganlah kamu menuruti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. (Surah Al-Baqarah Ayat 168).

Hari ini ramai ahli politik menjadi hipokrit kerana budaya politik wang.

Pemilihan pemimpin akhirnya bukan lagi dibuat atas landasan "memperjuangkan kehendak rakyat dan kepentingan negara" sebaliknya "siapa yang banyak menabur wang dan menjanjikan habuan."

Hakikatnya politik wang mengajar pengikut menjadi tidak bertanggungjawab dan kita mendidik mereka untuk menipu. Kuasa bukan lagi untuk kepentingan masa depan, sebaliknya kuasa menjadi jambatan kekayaan. Politik kekuasaan hanya akan melahirkan golongan ahli politik kaya raya yang menggunakan kuasa dan kekayaan untuk menjajah pemikiran rakyat.

Jangan marahkan rakyat, khususnya bangsa Melayu sekiranya mereka terus meminta-minta dan mengharapkan tongkat kerana puncanya kerana didikan ahli politik yang gilakan kuasa dan menggunakan politik wang.

Aliran politik wang menjadikan ahli politik yang tidak berduit seolah-olah tidak layak untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kerana gagal menabur wang, ahli-ahli politik yang beretika dan bermaruah sudah tidak mempunyai tempat dalam dunia politik.

Ironinya, rasuah, politik wang bercanggah sama ada dari sudut hukum duniawi mahupun ukhrawi untuk mengorak langkah membina semula penyertaan politik di kalangan ahlinya secara sihat, berakhlak dan beretika.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Pulih nama Umno: Najib

Post  WeiShi_L6F on Fri Mar 20, 2009 8:48 am


Parti perlu tegas atau biarkan kegiatan tak beretika berterusan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak semalam mahu ahli Umno membuat pendirian tegas sama ada mahu memulihkan nama baik parti atau terus membiarkan kegiatan tidak beretika setiap kali berlaku perebutan jawatan, berterusan.

Timbalan Presiden Umno itu menegaskan, jika ahli benar-benar ikhlas mahu melihat parti dibersihkan, mereka perlu memberi kepercayaan kepada Lembaga Disiplin dalam melaksanakan tanggungjawabnya.



"Jadi kita kena buat pendirian tegas sama ada kita nak jaga nama baik Umno atau nak biarkan kegiatan apa saja dilakukan untuk merebut jawatan dalam Umno. Kita tak boleh berdolak-dalik, kalau kita nak bersihkan Umno.

"Jadi kita kena beri kepercayaan kepada Lembaga Disiplin. Saya percaya Lembaga Disiplin bukanlah satu kerja yang menyeronokkan. Ini satu beban yang mereka pikul dan mereka menghabiskan banyak masa untuk menjalankan tugas sebagai anggota lembaga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Perkhidmatan Elektronik Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan kalangan tertentu menyifatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dijadikan 'kambing hitam' apabila dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden oleh Lembaga Disiplin Selasa lalu kerana bersalah dalam politik wang.

"Tidak, tidak. Beliau bukan jadi kambing hitam. Ini bukan persoalannya. Kita sudah pilih mereka dan diberi amanah untuk menjalankan tugas sebagai anggota Lembaga Disiplin," kata Najib.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin dengan kredibiliti Lembaga Disiplin kerana ia diwujudkan selepas Umno mengadakan persidangan khas serta meluluskan etika parti.

"Lembaga Disiplin membuat siasatan dan bertindak berdasarkan maklumat yang diterima. Kalau kita rasa mereka buat kesalahan tapi tak ada maklumat, mereka tidak boleh mengambil tindakan.

"Tidak wajar untuk mempersoalkan sama ada lembaga itu mempunyai agenda tertentu kerana sekiranya parti mula mempersoalkan kewibawaan dan niat mereka, maka akan timbul banyak implikasi," katanya.

Ditanya mengapa Lembaga Disiplin mengambil tindakan berbeza terhadap ahli yang didapati bersalah, iaitu dilarang bertanding, digantung atau cuma diberi amaran, Najib berkata itu semua adalah pertimbangan lembaga berkenaan.

"Mereka adalah badan bebas. Sebarang keputusan berhubung urusan disiplin kena rujuk kepada lembaga. Kita tak campur tangan dalam urusan Lembaga Disiplin," katanya.

Mengenai peranan Mohd Ali sebagai ketua jentera pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang dalam Parlimen Bukit Gantang, Najib berkata, buat masa ini Naib Presiden Umno itu akan terus meneruskan tugas berkenaan sehingga kepimpinan parti menyemak semula keputusan Lembaga Disiplin.

"Saya pun tak tahu apa keputusan itu... satu satu dulu. Marilah kita lalui pilihan raya kecil ini dan selepas itu kita tengok dari situ dan buat masa ini beliau masih menjalankan tugas di Bukit Gantang," katanya.

Mengenai persepsi terhadap Mohd Ali selepas didapati bersalah mengamalkan politik wang tetapi masih memegang jawatan Ketua Menteri, Najib berkata fakta yang membabitkan pemimpin itu adalah berlainan dan perbuatan politik wang itu dilakukan oleh orang tertentu.

"Sebab itu berdasarkan fakta, lembaga buat keputusan beliau boleh memegang jawatan Ketua Menteri," katanya.

Mengulas desakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti tidak melayan rayuan mereka yang terbabit, Najib berkata:

"Dalam apa-apa kes lain pun, ada rayuan. Kita tidak boleh menafikan hak untuk orang membuat rayuan dan sama ada rayuan itu berjaya atau tidak, terpulang kepada Lembaga Rayuan untuk membuat keputusan."

WeiShi_L6F

Posts: 34
Join date: 2008-05-13
Age: 19

View user profile

Back to top Go down

Tajuk perbincanga? Ulasan?

Post  PnLeela on Fri Mar 20, 2009 3:52 pm

Wei shi, apakah persoalan yang hendak and kemukan berdasarkan petikan akhbar yang dipaparkan itu?
Bagaimanakah rakan-rakan lain harus respon kepada isu dalam perkara tersebut....wujudkan suasana perbincangan dengan mengemukan pandangan/ulasan masing-masing dan tidak semata-mata 'copy paste'

Terima Kasih Cool

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Politik wang: UMNO boleh lenyap

Post  SenHan_U6F on Sun Mar 22, 2009 11:21 pm

UMNO sepatutnya bersatu padu mewakili rakyat untuk menyuarakan kesusahan rakyat bukannya menglibatkan diri dalam politik wang.Semuanya disebabkan oleh ketamakan manusia dan nafsu tamak menyebabkan berlakunya rasuah dan sebagainya.

Wang itu sepatutnya digunakan untuk memajukan negara dan bukan untuk digunakan oleh mana-mana pihak.Jika gejala ini berterusan rakyat akan hilang kepercayaan kepada party UMNO dan BN.

Khas untuk Wei Shi jangan saja-saja main "copy dan paste" ,inilah bukan sikap belajar serious.

SenHan_U6F

Posts: 29
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Politik wang: UMNO boleh lenyap

Post  szejiengoo (U6F) on Tue Mar 24, 2009 6:16 pm

Betul kata Sen Han.
Setahun sudah berlalu sejak pilihanraya ke-12 pada Mac 8. Apakah yang telah ahli potitik lakukan untuk rakyat?
Kita haruslah sentiasa berfikir tentang apa yang mampu kita berikan kepada negara, bukan apa yang kita dapat memanfaatkan.
Amalan politik wang ini semata-matanya menunjukkan sikap pentingkan diri dan tamak haloba dalam diri ahli poltik.
Kuasa dan dan kekayaan hanyalah sementara. Apa yang penting adalah kesetiaan dan semangat dalam diri ahli politik untuk memperjuang demi parti dalam kesusahan dan usaha mereka dalam memajukan negara Malaysia.

szejiengoo (U6F)

Posts: 32
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

Politik wang: UMNO boleh lenyap

Post  WeiShi_L6F on Sun Mar 29, 2009 9:04 pm

Betul kata sze jie.
Setahun sudah berlalu sejak pilihanraya ke-12 pada Mac 8.Politik negara kita telah menjadi tidak stabil dan banyak pemimpin yang berpengaruh sudah berasa kedudukan mereka dalam parti mungkin tergugat.Masing- masing mencari akal untuk memelihara kepentingan sendiri dan tidak mempunyai masa untuk membuat sesuatu kepada rakyat.

Namun begitu, saya berpendapat bahawa politik wang juga ada kebaikannya sendiri.Sebagai contohnya, pemimpin yang benar-benar berwibawa tidak perlu bimbang bahawa mereka tidak dapat dipilih untuk jawatan yang penting kerana wang akan bantu mereka.

Semua perkara ada muka positif dan negatifnya.

WeiShi_L6F

Posts: 34
Join date: 2008-05-13
Age: 19

View user profile

Back to top Go down

Politik wang: UMNO boleh lenyap

Post  leechoonyuan(L6f) on Tue Mar 31, 2009 9:39 pm

Pada pendapat saya,politik wang wujud kerana nafsu manusia yang tamak haloba.Kita sudah bosan terdedah kepada keterangan ahli politik yang hipokrit di surat khabar.Ahli politik haruslah berfikir tentang memajukan negara dan bukan merebut kuasa antara satu sama lain.Saya bersetuju tentang UMNO akan lenyap jika ahli politiknya terlibat dalam politik wang.Mereka harus belajar dari kegagalan dalam pilihan raya-12 dalam banyak negeri dan bukan melibatkan diri dalam isu-isu yang negatif ini.

leechoonyuan(L6f)

Posts: 10
Join date: 2008-09-17

View user profile

Back to top Go down

Politik wang: UMNO boleh lenyap

Post  kevin_L6F on Tue Apr 07, 2009 7:22 pm

Kamus terkini Umno dipenuhi istilah kronisme, nepotisme, rasuah, politik wang, penyelewengan, salah laku, keruntuhan akhlak dan gejala sosial. Malah hampir semua istilah pemusnah nilai kemanusiaan terkumpul di dalamnya.Umno nyata gagal dalam rangka kerja pembangunan kemanusiaannya. Apa yang ada hanyalah retorik usang pembangunan kebendaan. Sedangkan, dalam dunia kini soal kemajuan kebendaan tidak boleh dijadikan umpan politik. Rakyat sudah sedar bahawa menyediakan pembangunan kebendaan adalah tugas pemerintah. Mana-mana parti yang memerintah pun, pasti menyediakan kemudahan infrastruktur kepada rakyatnya.

Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.
Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.

Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.

Sekarang, apa yang kita boleh harapkan ialah Datuk Seri Najib tidak menjejak langkah predecessornya, dan berusaha untuk memimpin negara melalui krisis ekonomi ini.

(Sebahagian dipetik daripada blog Tun Dr.Mahathir.)

kevin_L6F

Posts: 8
Join date: 2008-05-19
Location: Batu Caves

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum