Pemimpin Umno anggap tindakan perwakilan MIC biadap
Page 1 of 1 • Share •
Pemimpin Umno anggap tindakan perwakilan MIC biadap
KUALA LUMPUR: Tindakan perwakilan MIC mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk cadangan mengalungkan gambar bekas perdana menteri itu dengan kalungan selipar dibidas pemimpin Umno yang menganggap ia sebagai melampau dan biadap.
Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, berkata tindak-tanduk seumpama itu bukan budaya Barisan Nasional (BN) dan MIC perlu bertanggungjawab untuk mengambil tindakan.
“Tindakan perlu dikenakan oleh BN jika pimpinan MIC membiarkan perkara itu berlalu begitu sahaja. Ia mesti diambil demi menjaga kerukunan dalam BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beberapa akhbar hari ini melaporkan bahawa Dr Mahathir telah dikritik perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah presiden parti itu, Datuk Seri S Samy Vellu.
Razali, yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata pergerakan itu berpandangan bahawa "tindak tanduk sebegini tidak membantu mengalihkan pandangan masyarakat kepada kedudukan MIC yang sebenarnya. Rasa hormat perlu diraih dan bukan boleh diminta-minta."
“Mereka (MIC) kena cari jalan menonjolkan perancangan dan kerja yang baik, bukan dengan menyalahkan orang lain apatah lagi menghina pemimpin besar negara,” katanya.

yeeleng(L6A)- Posts: 23
Join date: 2009-05-18
Re: Pemimpin Umno anggap tindakan perwakilan MIC biadap
Menurut laporan berita daripada Berita Harian, keahlian perwakilan parti itu yang mengesyorkan kalungan selipar telah digantung oleh Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu. Walaubagaimanapun, nama perwakilan tersebut tidak didedahkan atas faktor keselamatan.
lee kah yent(L6A)- Posts: 15
Join date: 2009-05-17
49 NGO gesa MIC minta maaf kepada Tun Mahathir
PULAU PINANG 15 Sept. — Sebanyak 49 badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menggesa Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu membawa perwakilan parti yang membuat cadangan meletakkan “kalungan selipar” bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meminta maaf sebelum isu itu menjadi serius.
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Yussof Latiff berkata, perwakilan tersebut bagaikan “kacang lupakan kulit” kerana mereka telah lupakan pengorbanan pemimpin negara.
“Wakil yang bercakap itu cukup biadab dan kurang ajar kerana dia langsung tidak ingat pengorbanan pemimpin negara ini dan kerana tindakannya itu kita anggap dia manusia yang cukup rendah budi pekerti dan tidak kenang budi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beberapa akhbar pada Isnin melaporkan bahawa Dr. Mahathir dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah Samy Vellu.
Katanya, kesemua NGO turut menyifatkan Samy Vellu perlu bertanggungjawab di atas cadangan perwakilan terbabit kerana menganggap tindakannya itu juga mendapat restu pemimpin-pemimpin MIC. - Bernama
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Seri Yussof Latiff berkata, perwakilan tersebut bagaikan “kacang lupakan kulit” kerana mereka telah lupakan pengorbanan pemimpin negara.
“Wakil yang bercakap itu cukup biadab dan kurang ajar kerana dia langsung tidak ingat pengorbanan pemimpin negara ini dan kerana tindakannya itu kita anggap dia manusia yang cukup rendah budi pekerti dan tidak kenang budi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beberapa akhbar pada Isnin melaporkan bahawa Dr. Mahathir dikritik para perwakilan MIC pada perhimpunan itu kerana dikatakan mencampuri urusan dalaman MIC serta menjatuhkan maruah Samy Vellu.
Katanya, kesemua NGO turut menyifatkan Samy Vellu perlu bertanggungjawab di atas cadangan perwakilan terbabit kerana menganggap tindakannya itu juga mendapat restu pemimpin-pemimpin MIC. - Bernama
yeeleng(L6A)- Posts: 23
Join date: 2009-05-18
Re: Pemimpin Umno anggap tindakan perwakilan MIC biadap
KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata beliau akan meminta maaf secara peribadi pada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penghinaan "kalungan slipper" yang ditimbulkan oleh seorang perwakilan MIC pada persidangan parti itu baru-baru ini.
Samy Vellu berkata, beliau akan memohon pertemuan dengan bekas perdana menteri itu untuk menyampaikan permohonan maaf berhubung insiden itu.
“Saya sendiri akan temui beliau untuk menjelaskan seluruh episod itu dan menyampaikan permohonan maaf," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan hari ini.
Samy Vellu berkata, beliau sentiasa menyanjung tinggi Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin dan negarawan agung.
"Dr Mahathir telah membawa pembangunan besar kepada negara dan menyatupadukan rakyat. Beliau akan sentiasa dihormati oleh kita semua dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Dr Mahathir, dalam temubual dengan Bernama berkata beliau tidak marah dan tidak juga sedih dengan penghinaan itu. - Bernama
Samy Vellu berkata, beliau akan memohon pertemuan dengan bekas perdana menteri itu untuk menyampaikan permohonan maaf berhubung insiden itu.
“Saya sendiri akan temui beliau untuk menjelaskan seluruh episod itu dan menyampaikan permohonan maaf," kata Samy Vellu dalam satu kenyataan hari ini.
Samy Vellu berkata, beliau sentiasa menyanjung tinggi Dr Mahathir sebagai seorang pemimpin dan negarawan agung.
"Dr Mahathir telah membawa pembangunan besar kepada negara dan menyatupadukan rakyat. Beliau akan sentiasa dihormati oleh kita semua dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Dr Mahathir, dalam temubual dengan Bernama berkata beliau tidak marah dan tidak juga sedih dengan penghinaan itu. - Bernama
lee kah yent(L6A)- Posts: 15
Join date: 2009-05-17
Re: Pemimpin Umno anggap tindakan perwakilan MIC biadap
PUTRAJAYA: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepemimpinannya yang gagal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa pula kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.
Dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, malah beliau sendiri pun kalah.
"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.
"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah," katanya.
Mengambil contoh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan ekoran prestasinya tidak begitu baik, Dr Mahathir berkata: "Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripda Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia.

PM akan bincang dengan Samy Vellu perancangan peralihan kuas
PUTRAJAYA 20 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu untuk membincangkan perancangan peralihan kuasa pemimpin nombor satu MIC itu, yang telah menerajui parti sejak 1981.
Najib, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata Samy Vellu ada berjumpa beliau sebelum pemilihan MIC Jun lepas di Kuching untuk membincangkan mengenai perancangan peralihan kuasa pucuk pimpinan.
“Pada ketika itu beliau memaklumkan kepada saya yang beliau masih tidak boleh berundur dan jika beliau berbuat demikian, kestabilan parti akan tergugat.
Tetapi itu sebelum pemilihan parti.
“Tetapi kini selepas pemilihan, saya akan sekali lagi berbincang dengan beliau tetapi ini tidak harus dilihat sebagai campur tangan BN dalam ehwal dalaman MIC,” kata Najib kepada pemberita pada rumah terbuka Hari Raya anjuran Perdana Menteri dan Kabinet di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di sini hari ini.
MIC mengadakan pemilihan parti minggu lepas bagi memilih timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat. Samy Vellu menang tanpa bertanding jawatan presiden parti untuk 11 penggal berturut-turut pada Mac tahun ini.
Awal minggu ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Samy Vellu adalah liabiliti kepada BN, dalam usaha komponen parti pemerintah untuk memenangi semula sokongan masyarakat India Malaysia.
Berhubung perkara itu, Presiden MIC itu berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan mengenai pucuk pimpinan parti itu dan bahawa beliau telah berbincang dengan Najib mengenai perancangan persaraannya pada Jun lepas.
“Saya perlu berbincang semula dengan beliau (Samy Vellu) sekali lagi berhubung perkara ini. Kami dalam BN mahukan sokongan masyarakat India. Tetapi pada masa yang sama kami tidak patut mencampuri urusan dalaman MIC. Kami mahu MIC memenangi semula sokongan masyarakat itu,” kata Najib.
Perdana Menteri berkata beliau akan membincangkan langkah sesuai yang patut diambil oleh presiden MIC itu berhubung perkara berkenaan.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan apa yang telah dibincangkan antara beliau dan Samy Vellu pada perjumpaan Jun lepas dan hanya berkata, ia merupakan perbincangan peribadi.

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum