Kuasa Majlis Raja-raja
Page 1 of 1 • Share •
Kuasa Majlis Raja-raja
Tunku Naquiyuddin gesa kedaulatan institusi Raja dipulih selaku pelindung Perlembagaan
KUALA LUMPUR: Kekebalan Raja-Raja Melayu perlu dikembalikan jika negara ingin melihat Raja-Raja memainkan peranan lebih penting dan berkesan pada abad ke-21 ini.
Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar, bertitah jika Raja-Raja hendak menjalankan tugas secara adil, saksama dan tidak memihak dalam melindungi Perlembagaan, kedaulatan mereka juga perlu dilindungi. “Yang demikian kekebalan penuh daripada dikenakan prosiding sivil dan jenayah perlu dipertimbangkan semula agar monarki di Malaysia setara dengan raja-raja berperlembagaan lain di seluruh dunia,” titah baginda pada Ceramah Jamuan Tengah Hari Diraja bertajuk Peranan Raja Berperlembagaan pada Abad ke-21,” di sini, semalam.
Baginda bertitah, kekebalan Raja-Raja sudah hilang selama 15 tahun dan ia perlu dituntut dan dipulihkan kembali agar Raja berperlembagaan dipulihkan kedaulatan sepenuhnya supaya dapat memainkan peranan lebih tepat dan berkesan selaku pelindung Perlembagaan Persekutuan. “Jika parti politik melihat diri mereka sebagai wakil rakyat, maka Raja-Raja melihat diri mereka sebagai pelindung Perlembagaan,” tegas baginda.
Baginda bertitah, dengan kekebalan itu usaha untuk melindungi kepentingan semua komuniti, memupuk keamanan, kemakmuran, keselamatan ekonomi dan tadbir urus yang baik dapat dipenuhi.
___________________________________________________________________________________
Mulai tahun 1993, raja-raja di negara ini telah kehilangan kekebalan mereka dan boleh dihadapkan ke makhamah Khas Raja-raja atas kesalahan peribadi, telah termaktub dalam perlembagaan.
PnLeela- Admin
- Posts: 242
Join date: 2008-01-03

Re: Kuasa Majlis Raja-raja
Kekebalan Raja-Raja tidak perlu dibincang
KUALA LUMPUR 27 Nov. - Permintaan supaya kekebalan Raja- Raja Melayu dikembalikan bukan isu penting yang perlu dibincangkan segera oleh Jemaah Menteri, memandangkan ia bukan gesaan yang ditimbulkan oleh Majlis Raja- Raja.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ia bukan satu perkara yang penting untuk dibincangkan oleh Jemaah Menteri lebih-lebih lagi permintaan tersebut hanya disuarakan oleh seorang kerabat diraja dan bukannya dibangkitkan atau dipersetujui oleh Majlis Raja- Raja.
Sehubungan itu katanya, permintaan Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar mengenai isu kekebalan itu tidak menjadikan ia dianggap penting untuk dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.
''Saya rasa perkara ini dibangkitkan oleh baginda kerana Yang Dipertuan Besar (Tuanku Jaafar) diperintahkan membayar hutang oleh Mahkamah Khas baru-baru ini, jadi baginda ada kepentingan dalam soal ini (pemulihan kekebalan kepada Raja-raja Melayu)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Menurut Nazri, beliau tidak mahu membuat ulasan lanjut kerana permintaan Tunku Naquiyuddin itu tidak langsung berkaitan dengan punca insiden 15 tahun lalu, yang menyaksikan kekebalan Raja-raja Melayu dimansuhkan.
''Saya pasti isu ini dibangkitkan kerana Yang Dipertuan Besar diperintah membayar balik RM1 juta kepada bank. Saya rasa ia tidak langsung berkaitan dengan pengembalian kekebalan Raja-Raja Melayu bagi membolehkan mereka menjadi payung keadilan negara," katanya.
Semalam, Tunku Naquiyuddin bertitah supaya kekebalan daripada tindakan undang-undang dikembalikan kepada kerabat diraja bagi membantu mereka berfungsi dengan berkesan sebagai pelindung Perlembagaan.

CikguPA- Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

Re: Kuasa Majlis Raja-raja
KOTA BHARU 1 Dis. – UMNO perlu mengembalikan semula kekebalan raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan sebagai salah satu langkah tegas bagi menghentikan sebarang cubaan mencabar hak-hak keistimewaan dan ketuanan Melayu.
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia tidak boleh dipertahankan semata-mata dengan kata-kata sebagai hujah untuk menangkis.
Namun katanya, pengembalian imuniti itu bukan bermaksud membenarkan raja-raja bertindak zalim dan menyalahgunakan kuasa sekiranya terdapat mereka yang melakukan perbuatan jenayah.
Menurut beliau, raja-raja sebagai ketua negara dan lambang ketuanan Melayu mesti diberi kekebalan dalam kedudukannya daripada segi undang-undang dan adat istiadat kerana institusi itu merupakan wakil bukan sahaja kepada Melayu tetapi juga negara dan seluruh rakyat.
“Rang Undang-Undang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan menjadi undang-undang jika tidak dikaitkan dengan raja yang merupakan komponen terpenting dalam sebuah negara yang mengamalkan Raja Berperlembagaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

'Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu'
Ogos 6, 09 5:43pm
Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.
Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:
Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;
Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.
Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).
Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.
"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.
Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi."
"Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.
Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya adakalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya.
"Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda.
Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah.
"Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.
Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya.

Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum