Jadikan Mahathir penasihat kerajaan

View previous topic View next topic Go down

Jadikan Mahathir penasihat kerajaan

Post  LiewJoey(LSB) on Sun Sep 27, 2009 1:19 pm

KOTA BHARU 26 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai penasihat kerajaan dan UMNO.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menyampaikan pandangan secara tertutup agar tidak dieksploitasi oleh pihak ketiga.

Beliau juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbangkan perkara ini secara serius bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan dan dijadikan modal politik untuk mengelirukan rakyat.

"Selama 21 tahun Dr. Mahathir berjuang dan memberikan khidmat yang luar biasa serta banyak berjasa, sudah tentu beliau mahu melihat dasarnya sebelum ini diteruskan sehingga Wawasan 2020 tercapai.

"Sebab itu bila ada sesuatu yang tidak betul akan ditegurnya disebabkan tidak ada saluran untuk beliau menyampaikannya secara tertutup tetapi lazimnya pandangan beliau diambil kesempatan oleh pihak tertentu," katanya.

Beliau berucap pada Malam Pimpinan Aidilfitri Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) dan Kelab Wartawan Kelantan (Kawan) di sini malam tadi.

Menurut beliau, semua pihak juga tidak perlu memandang serong terhadap pelantikan ini kerana hubungan antara kedua-duanya lebih kepada seorang Perdana Menteri dengan negarawan ulung.

Ibrahim berkata, dengan pelantikan tersebut, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan lebih kerap dengan Dr. Mahathir bagi mendapatkan pandangannya mengenai keadaan semasa negara.

Bagaimanapun kata beliau, Najib tidak perlu mengikut kesemua pandangan dan nasihat Dr. Mahathir kerana setiap Perdana Menteri mempunyai gaya pemerintahan dan wawasan tersendiri untuk dicapai.

"Saya percaya Dr. Mahathir akan menerima pelantikan tersebut, malah bekas Perdana Menteri itu juga tidak memerlukan gaji. Saya akan bawa cadangan ini ke Parlimen bulan depan,'' katanya.

LiewJoey(LSB)

Posts: 30
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Jadikan Mahathir penasihat kerajaan

Post  LiewJoey(LSB) on Sun Sep 27, 2009 1:32 pm

Alangkah baik jikalau Dr.Mahathir dilantik menjadi penasihat kerajaan...Melalui saluran yang betul, beliau dapat menyampaikan pandangan dan nasihat dengan lebih efisien, dan juga dapat memantau keadaan negara dalam segi politik, ekonomi dan sosial dari semasa ke semasa.Saya yakin bahawa pelantikan Dr. Mahathir menjadi penasihat akan lagi memperkembang negara. Dengan kerjasama beliau, negara pasti dapat memacu ke wawasan 2020 dengan lancar. Very Happy

LiewJoey(LSB)

Posts: 30
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Jadikan Mahathir penasihat kerajaan

Post  Khang Wei (L6B/2009) on Sun Sep 27, 2009 8:18 pm

Saya kurang setuju Tun Mahathir di "formalisedkan" perlantikannya sebagai penasihat kerajaan. Adalah lebeh elok jika dia jangan terikat dengan mana-mana pihak.

Pada pendapat saya, Tun mahathir merupakan "Penghulu Kampung" yang disegani oleh anak buah nya.

Sesiapa saja pemimpin UMNO atau kerajaan sama ada berkumpulan atau individu boleh berjumpa dengannya meminta pandangan dan nasihat darinya secara "informal".

Apabila sesuatu isu dibincangkan secara "informal" maka pandangan dan nasihat boleh disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan tertentu tanpa mendatangkan masalah kepada mana-mana pihak apabila membuat keputusan tentang pelbagai isu. Oleh itu adalah fleksibiliti dalam segala hal yang nak diketengahkan.

Saya rasa adalah lebih baik bagi Najib berjumpa dengan Tun M secara informal, minum kopi dengannya dan berbual-bual bertanya khabar sambil berbincang-bincang tentang hal ehwal negara. Sebagai Perdana Menteri ini adalah lebih selesa dan praktikal.

Jika menjadikan Tun M sebagai penasihat kerajaan, Tun M akan bertanggungjawab dalam apa-apa perkara. Ini mungkin akan menimbulkan masalah antara Tun M dengan Najib dan membawa kepada perhubungan yang tidak baik jika tidak diuruskan dengan baik.

Berikut merupakan pandangan saya selepas "refer" pandangan orang lain.

Khang Wei (L6B/2009)

Posts: 28
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum