pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Page 4 of 5 • Share •
Page 4 of 5 •
1, 2, 3, 4, 5 
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Pada pandangan saya, kebanyakan ibu bapa akan berhenti merokok demi kesihatan diri sendiri dan anak-anak mereka.
Cubalah abang haw jiun tanya ayah kamu, bolehkah abang merokok?
Kebanyakan ibu bapa akan menjawab, tentulah tidak !!!
Dengan itu, abang boleh meminta ayah kamu supaya menjadi teladan kamu~
Jika ayah kamu ingin merokok, kamu pun berpura-pura mahu merokok bersama dia.
tengok apa reaksinya ~
cara ini telah digunakan oleh abang saya dan saya untuk membantu ayah kami berhenti merokok.
akhirnya, ayah kami juga tidak merokok lagi.
(Entahlah dia ada merokok di luar rumah tak...)
tapi sekurang-kurangnya pada hadapan kami, dia tak merokok.
saya rasa itu sudah memadai...

Ngo Yong Hui (L6A/2008)- Posts: 16
Join date: 2008-06-19
Age: 19
Location: KUALA LUMPUR
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Urm.. mungkin cara kakak yongsui adalah bagus, akan tetapi, adakah cara ini sesuai untuk semua orang? kemungkinan ayah akan mengatakan...
"saya boleh merokok kerana saya sudah tua/saya tahu mencari rezeki/saya ayah etc.. tetapi kamu tak boleh kerana kamu masih kecil dan tidak baik.."
"kamu boleh cuba, tetapi jangan kata saya tidak memberikan nasihat.. janganlah tuduh saya pada masa depan.."
"merokok la.. tanya saya buat apa? "
dan lain-lain..
saya berasa bahawa hawjiun sudah sangat bagus, beliau boleh menahan diri daripada merokok walaupun sudah melihat ayahnya merokok selama tahun-tahunan..

vinclam1314- Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Mengapakah saudara lam perlu memikirkan apa yang akan berlaku sebelum mencuba terdahulu? Saya rasa jika ada apa-apa cara sahaja, kita perlu mencuba. Misalnya cara yang dicadangkan oleh saudari yong hui. Seharusnya, jika kita hendak menghentikan sesuatu, kita tidak boleh memberi banyak alasan. Memang benar, jika seorang perokok telah lama merokok, ia adalah sukar untuknya untuk menghentikan tabiat ini serta merta. Akan tetapi, jika strategi diaturkan langkah demi langkah dan diaplikasikan, harap-harap bilangan batang rokok yang dihisap oleh perokok boleh dikurangkan. Lama-kelamaan, perokok akan lebih kurang merokok, ia akan membantu untuk menghentikan tabiat ini. Saya tahu bahawa kebanyakan orang merokok untuk mengurangkan tekanan, tetapi tahukah kamu bahawa merokok sebenarnya bukan caranya untuk mengurangkan tekanan, sebaliknya ia akan menambah lagi tekanan sedikit demi sedikit daripada banyak aspek seperti kesihatan. Maksud saya, jika kesihatan seseorang tidak baik, mereka akan mengalami lebih banyak tekanan daripada seseorang yang sihat.
Oleh itu, adalah lebih baik untuk mengurangkan tekanan dengan cara yang lain seperti bersenam dan aktiviti bersama keluarga. Janganlah beri alasan seperti tiada masa. Takkanlah bersenam/aktiviti bersama keluarga sekali seminggu ataupun dua kali seminggu pun tiada masa? Kita harus berhenti daripada memberi alasan kepada sendiri untuk menjadi malas kerana kebanyakan masanya, cara lain yang lebih baik bukannya tidak boleh dilaksanakan, tetapi manusia terlampau memberi alasan kepada diri sendiri untuk tidak memilih cara yang lebih baik tersebut.
Syabas kepada saudara Haw Jiun kerana dapat menahan diri daripada merokok!!

Jennifer Ong- Posts: 61
Join date: 2008-01-12
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
http://die4pleasure.wordpress.com/2008/03/10/bahaya-merokok/
selepas tengok gambar bungkusan rokok,adakah anda ingin merokok lagi? yeeee..... so geli !yucky! hehehe...
memang betul kak jennifer,merokok tidak dapat menyelesaikan tekanan sedangkan ia memjadi lebih teruk.terdapat banyak faktor menyebabkan mereka terlibat diri dalam amalan negatif ini seperti pengaruh orang sekeliling terutamanya ialah ahli keluarga,sehinggan menyebabkan ahli keluarga yang muda berasa ia merupakan satu kegiatan yang biasa.pada masa sekarang, rokok memang senang didapati di mana-mana tempat,walaupun kerajaan menghadkan penjual hanya menjual rokok kepada orang yang berumur 18 tahun keatas. adakah penjual menyiasat IC anda sebelum menjual rokok kepada anda? bolehkah penjual bertahan diri wang yang diletak dihadapannya dan tidak menjual rokok itu kepada anda?penjual ni mengutamakan keuntungan!!!

wendy- Posts: 60
Join date: 2008-02-06
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
kelas kaitkan tajuk dengan esei laras sains serta ulasan teks
PnLeela- Admin
- Posts: 242
Join date: 2008-01-03

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Saya amat bersetuju dengan tindakan kementerian kesihatan Malaysia memperkenalkan pembungkusan rokok baru!
Pemaparan gambar-gambar tentang kesan merokok akan memberikan lebih kesedaran terutamanya kepada remaja yang
hendak mencuba rokok...
Saya juga ingin menyatakan bahawa peningkatan harga rokok yang lebih 'dahsyat' perlu dilaksanakan. Jika harga rokok naik dengan lebih mendadak, maka masalah perokok baru khasnya remaja bawah umur akan dikurangkan dengan berkesan. Ini disebabkan oleh remaja mempunyai wang saku yang terhad.
Oleh itu, mereka akan lebih wajar dalam perbelanjaan mereka.

szejiengoo (U6F)- Posts: 32
Join date: 2008-05-13
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Pada masa sekarang kerajaan telah menggantikan penanaman tembakau dengan Kenaf.... jadi mengapakah kita harus lagi menjalankan urusniaga rokok?
Kalau boleh, kerajaan boleh mengharamkan urusniaga rokok di negara ini... mahupun iklan yang memaparkan promosi rokok scara tersirat....
tetapi soalan saya..... adakah tindakan ini akan membawa apa-apa kesan sampingan atau relatif yang bakal menjejaskan imej dan pasaran negara??
rakan-rakan yang dihormati sila kemukakan pandangan anda...

Ultima Lucifer- Posts: 58
Join date: 2008-10-30
Location: Bukit Mertajam, Pulau Pinang~~
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Saya tidak menafikan pengharaman rokok. tetapi jika kerajaan melaksanakan penguatkuasaan ini, bukankah kes seludup rokok akan lebih berleluasa?
mampukah kerajaan mengharamkan penjualan rokok dan pada masa yang sama mengatasi penyeledupan rokok dari luar negara?
mampukah kerajaan mengharamkan penjualan rokok dan pada masa yang sama mengatasi penyeledupan rokok dari luar negara?
szejiengoo (U6F)- Posts: 32
Join date: 2008-05-13
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Urm.. Jika kerajaan kita mengharamkan rokok, tentulah kerajaan pusat BN akan ditukar pada pilihanraya yang seterusnya.. Ini adalah kerana di negara kita, terdapat lebih daripada 20% rakyat adalah perokok.. undian mereka tetaplah mengubahkan nasib kerajaan pusat.. Selain itu, terdapat juga banyak wakil rakyat juga merupakan perokok.. mereka dibenarkan merokok di dalam bangunan Parlimen dalam sesuatu bilik yang khas.. Penjualan Rokok juga akan menyumbangkan cukai yang lumayan kepada kerajaan... ini merupakan salah satu pendapatan kerajaan pusat.. Oleh itu, saya tidak berasa kerajaan akan mengharamkan penjualan rokok di negara kita..
Kerajaan telahpun mewajibkan bungkusan rokok mesti mempunyai gambar cancer yang akan dialami oleh perokok... Ini akan mengurangkan niat sebahagian kecil perokok merokok dan dapat menjaga sedikit kesihatan mereka^^ Menteri Kesihatan juga telah tidak membenarkan semua restaurant membenarkan perokok merokok di dalam restaurant yang berdingin sejuk... Jika Pemilik Restaurant membenarkan perokok merokok di dalam restaurant yang berdingin sejuk.. mereka juga akan didenda duit atau dipenjara selama 2 tahun atau kedua-duanya.. Akan tetapi, pemilik restaurant boleh meruangkan satu tempat yang kias untuk perokok untuk merokok... ini dapat menyelamatkan para bukan perokok daripada menyerap hisap bau rokok yang tidak baik untuk kesihatan.. Selain restaurant, terdapat juga 19 tempat yang dilarang untuk merokok...
Kerajaan telahpun mewajibkan bungkusan rokok mesti mempunyai gambar cancer yang akan dialami oleh perokok... Ini akan mengurangkan niat sebahagian kecil perokok merokok dan dapat menjaga sedikit kesihatan mereka^^ Menteri Kesihatan juga telah tidak membenarkan semua restaurant membenarkan perokok merokok di dalam restaurant yang berdingin sejuk... Jika Pemilik Restaurant membenarkan perokok merokok di dalam restaurant yang berdingin sejuk.. mereka juga akan didenda duit atau dipenjara selama 2 tahun atau kedua-duanya.. Akan tetapi, pemilik restaurant boleh meruangkan satu tempat yang kias untuk perokok untuk merokok... ini dapat menyelamatkan para bukan perokok daripada menyerap hisap bau rokok yang tidak baik untuk kesihatan.. Selain restaurant, terdapat juga 19 tempat yang dilarang untuk merokok...
vinclam1314- Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Jangan naif la, pengharaman rokok tidak akan terjadi.Saya berasa naik lagi harga rokok baru la effiscen.Pemuda bawah 18 tidak ada cukup duit untuk beli dan kerajaan dapat untung cukai dan dapat mengurangkan perokok kerana rokok akan jadi bebanan.
Selain itu saya berasa pembungkusaan dengan postel yang menakutkan tidak akan berjaya kerana ia tidak membawa sebarang makna dan perasaan takut hanya hangat-hangat ayam sahaja.Setelah masa berlalu, ia akan jadi kebiasaan sekali lagi. Oleh itu , kenaikan harga rokok adalah paling baik untuk semua pihak.

SenHan_U6F- Posts: 29
Join date: 2008-05-13
Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Kementerian Kesihatan kaji warta fatwa haram rokok
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kementerian Kesihatan akan mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak yang arif dalam agama Islam berhubung cadangan Ahli-Ahli Parlimen supaya fatwa pengharaman rokok diwartakan dengan segera.
Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, perbincangan dengan pakar agama itu akan membolehkan pihaknya mendapat penjelasan lanjut mengenai faktor mengapa fatwa yang dibuat pada 1997 sehingga kini masih belum diwartakan oleh kerajaan-kerajaan negeri.
''Mengenai fatwa ini, kita akan bincangkan jika (fatwa pengharaman rokok) dapat memastikan jumlah perokok dapat dikurangkan," katanya ketika menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum itu, Dr. Mujahid Yusof Rawa (Pas-Parit Buntar) yang bangun mencelah ketika sesi penggulungan itu bertanyakan adakah benar fatwa berkenaan tidak diwartakan kerana kerajaan bimbang langkah itu akan menyebabkan ramai perokok beragama Islam ditangkap.
Mujahid juga menyifatkan langkah kerajaan membelanjakan kira-kira RM22 juta bagi 'Kempen Tak Nak Merokok' kurang berjaya kerana masih ramai yang tidak membuang tabiat buruk berkenaan.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu juga mencadangkan supaya digunakan istilah najis rokok sama seperti ungkapan najis dadah yang diguna sekarang bagi mewujudkan budaya tidak sukakan bahan berkenaan.
Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, berdasarkan kepada perangkaan pada tahun 2006, jumlah perokok berusia 18 tahun ke atas telah berkurangan di negara ini.
''Pada tahun berkenaan jumlah perokok telah berkurangan dua peratus berbanding tahun 2005 dan ini membuktikan 'Kempen Tak Nak Merokok' telah berjaya," kata beliau.

CikguPA- Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

Re: pemuda bawah 18 rokok sekarang!!!
Rokok: Contohi langkah Perlis
Tahniah kepada kerajaan Negeri Perlis Indera Kayangan yang bakal membuka satu lagi lembaran baru dengan melaksanakan undang- undang larangan merokok di seluruh kawasan awam di negeri ini. Saya selaku anggota Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma) amat menyokong pelaksanaan ini sebagai satu usaha yang wajar dipuji dalam menjaga hak dan keadilan umum.
Semua sedia maklum bahawa rokok merupakan agen maut yang menyaksikan lebih 10,000 kematian di negara kita dan tidak kurang daripada 5.4 juta kematian di seluruh dunia setiap tahun. Walaupun pelbagai kempen dijalankan secara berterusan ia tidak mampu menghalang berhenti merokok di kalangan perokok tegar mahu pun yang baru melangkah ke alam merokok.
Jelas sekali segala penerangan tentang kesan negatif menghisap rokok ini telah diketengahkan oleh kerajaan, badan-badan berkanun mahupun badan bukan kerajaan. Namun umumnya ia tidak memberi kesan kepada mereka ini kerana kurang kesedaran kendiri.
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4, 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di kamar gas maut bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru-paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Saya sangat berharap agar langkah yang dimulakan oleh negeri paling kecil di Malaysia ini akan memberikan kesan positif dan dicontohi oleh negeri-negeri yang lain. Gejala merokok di kalangan remaja kini sudah menjadi biasa dan menular di kalangan remaja perempuan. Lagi membimbangkan adalah ketidakmampuan untuk mengawal dikalangan mahasiswa universiti yang akan menjadi tonggak masa hadapan.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, langkah ini diambil bagi membantu orang ramai membuang tabiat buruk merokok dan meningkatkan taraf kesihatan penduduk di negeri Perlis selain mengawal gejala merokok yang makin berleluasa di kalangan golongan muda terutama remaja.
Semoga banyak lagi alternatif lain yang akan dilaksanakan. Orang Islam sendiri sepatutnya menjadi teras utama anti-merokok kerana jelas haram perkara yang memberikan kemudaratan pada diri. Malah harus difahami perselisihan hukum itu hanya dalam persoalan feqah tetapi dari aspek yang lain seperti sahsiah, keteladanan dan lain-lain jelas haram.
AL AMIN BIN MOHAMED SULTAN

Berhenti merokok....
Berhenti rokok pada usia 102 tahun
LONDON - Seorang wanita yang mula merokok pada 1914, Winne Langley (gambar) mengambil tindakan nekad untuk berhenti merokok pada usia 102 tahun, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Selepas 95 tahun merokok, kini dia menganggap rokok tidak lagi digemarinya.
Dia yang tinggal di Croydon, Selatan London berkata: "Setiap orang mahu merokok pada masa dahulu. Kami tidak mengetahui masalah kesihatan. Saya tidak lagi menggemarinya."
Menurutnya, mata dia kini semakin kabur sejak beberapa tahun lalu dan mungkin tidak dapat melihat bungkusan rokok pada masa depan.
Sejak merokok pada 1914, secara puratanya dia merokok lima batang sehari menjadikan jumlah rokok yang sudah dihisapnya melebihi 170,000 batang seumur hidupnya.
Dia kerap menghisap rokok semasa zaman kemelesetan dan Perang Dunia Kedua.
"Saya mengurangkan merokok sejak beberapa tahun lalu dan cuma menghisap sebatang bagi setiap beberapa hari selepas makan malam atau di bilik tidur saya.
"Namun, harga rokok kini menjengkelkan dan larangan merokok turut menjengkelkan. Sepatutnya anda dibenarkan merokok di mana-mana sahaja," katanya. - Agensi

'Perokok pesakit mental'
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my

GAMBAR sinaran-X paru-paru yang dijangkiti barah.
10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun kerana rokok

ORANG ramai tidak menghiraukan larangan merokok di zon yang ditetapkan.

PEROKOK di Malaysia menghisap 33 juta batang rokok sehari. Dengan anggaran minimum sebatang rokok berharga 26 sen, perokok membelanjakan kira-kira RM8.6 juta sehari untuk membeli rokok! Suatu pembaziran yang boleh dielakkan.
Justeru, tidak hairan apabila merokok disifatkan sebagai sejenis penyakit. Malah mengikut pengkelasan penyakit antarabangsa, merokok dikodkan sebagai F17.2 iaitu kategori penyakit mental dan perlakuan yang memungkinkan perokok ditakrifkan sebagai penagih.
Penolong Pengarah Kanan Kawalan Tembakau dan FCTC (Konvensyen Rangka kerja dan Kawalan Tembakau), Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Zarihah Zain, berkata tembakau adalah penyebab kematian dan kesengsaraan paling utama di dunia ketika ini.
Lebih daripada lima juta orang meninggal dunia akibat penggunaan tembakau, jumlah yang lebih besar daripada gabungan pesakit malaria, HIV/Aids dan batuk kering.

Anehnya, tembakau yang dihasilkan sebagai barang pengguna masih dijual secara terbuka walaupun fakta sains menjelaskan separuh daripada perokok akan meninggal dunia akibat penyakit berkaitan tembakau.
Di Malaysia, orang Melayu adalah perokok paling ramai iaitu 1.66 juta atau 60.9 peratus daripada keseluruhan 2.73 juta perokok. Majoriti perokok adalah orang dewasa dan hanya 103,630 perokok remaja.
“Setiap tahun syarikat pengeluar rokok membelanjakan jutaan ringgit untuk memikat perokok baru, selain mengekalkan ketagihan di kalangan perokok sedia ada. Dengan kempen dan pelbagai promosi, industri tembakau sebenarnya cuba mengalihkan perhatian perokok daripada fakta sebenar menghisap rokok iaitu komplikasi penyakit,” katanya.
Pada 1998, enam juta dokumen ‘rahsia’ daripada tujuh pengeluar rokok terkemuka di Amerika Syarikat seperti Philip Morris Incorporated, RJ Reynolds Tobbaco Company, Brown & Williamson Tobacco Corporation dan British American Tobacco Industries didedahkan berikutan membabitkan kes perundangan.
Dokumen setebal 35 juta halaman itu mendedahkan pelbagai taktik kotor pengeluar tembakau untuk terus menyebabkan ketagihan. Misalnya, memorandum jualan daripada pengeluar rokok, Lorillard Tobacco Company menyebut: “Asas perniagaan kita adalah pelajar sekolah menengah atas.”
Saintis Kanan British American Tobacco membuat dua kenyataan yang menggerunkan iaitu ‘perokok adalah penagih nikotin’ dan ‘perokok wanita lebih bermotivasi untuk merokok dan sukar berhenti. Perokok wanita lebih neurotik (tidak stabil dari segi mental) berbanding lelaki dan lebih suka merokok apabila tertekan.’
Walaupun pendedahan ini mendapat liputan meluas media, ia belum berupaya sepenuhnya untuk membantu perokok membuang ketagihan. Tidak dinafikan kemungkinan tahap nikotin dalam rokok pada masa ini kemungkinan lebih tinggi berbanding rokok sekitar 90-an atau 80-an.
Industri pengeluaran rokok kini menyasarkan lelaki dan perempuan kumpulan kelas pertengahan dan golongan kurang berpendidikan sebagai sasaran pasaran baru. Di Amerika, sasarannya ialah golongan kulit hitam, Hispanik dan masyarakat daripada Kepulauan Pasifik.
Di Malaysia, jumlah perokok wanita juga semakin ketara. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 mencatatkan 2.5 peratus wanita pernah merokok, 1.6 peratus masih merokok dan 0.9 peratus berjaya berhenti merokok. Di kalangan lelaki, 57.6 peratus pernah merokok, 46.4 peratus masih merokok, manakala 11 peratus berjaya berhenti merokok.
Sejak 1998, semakin banyak negara bertegas dalam menangani perokok. Banyak negara sudah mensyaratkan semua rokok di pasaran mesti dibungkus dengan grafik komplikasi merokok, misalnya barah paru-paru dan keguguran janin.
Di Malaysia, sejak 1 Jun 2009, semua kotak rokok di pasaran mesti mempunyai 40 peratus amaran bergambar di bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang kotak.
Dr Zarihah berkata, daripada kajian yang dibuat, kebanyakan perokok berasa terancam dari segi psikologi dengan kotak rokok beramaran. Daripada enam amaran bergambar (barah paru-paru, keguguran janin, kelahiran pramatang, barah mulut, barah tengkuk dan gangrene) perokok lebih memilih rokok dengan gambar beramaran ‘cap kaki’ (gangrene).
Jika semua fakta itu tidak menyentuh perasaan perokok, ada satu lagi alasan yang sangat kuat untuk perokok berhenti merokok. Kajian terbaru mendapati, walaupun merokok di luar rumah atau di dalam bilik khas, partikel dan gas dari asap rokok berupaya melekat di rambut dan pakaian perokok.
Kemudian, apabila perokok pulang ke rumah menyentuh anak-anak dan isteri, mereka juga berisiko berdepan dengan pelbagai komplikasi kesihatan akibat merokok. Antaranya, masalah jantung.
‘Third hand smoker’ atau perokok ketiga adalah terma terbaru yang digunakan bagi menjelaskan golongan yang berisiko pada kewujudan toksin tidak dapat dilihat yang datang dari gas dan partikel sebatang rokok.
Malah, gas dan partikel rokok bukan saja melekat pada rambut dan pakaian perokok tetapi juga permaidani dan sofa. Kewujudan terma perokok ketiga ini juga hasil rumusan kajian terhadap risiko rokok pada bayi dan kanak-kanak. Laporan itu diterbitkan dalam Jurnal Pediatrik Amerika Syarikat pada Januari 2009.
Pakar Runding Kardiologi, Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara, Dr Aizai Azan Rahim, berkata merokok adalah punca kira-kira 30 peratus daripada masalah jantung koronari dan ia adalah faktor risiko utama bagi strok iskemia dan penyakit berkaitan arteri.
“Perokok ketiga tercemar dengan saki baki asap rokok yang mencemari persekitaran. Biasanya asap rokok kekal di situ selepas rokok habis dihisap. Partikel kimia menyebabkan tembakau terbakar termasuk tar dan nikotin terlekat pada pakaian, rambut, bekas rokok pada kadar yang lebih lama walaupun asap sudah hilang dari udara. Partikel ini membentuk lebih 200 gas beracun yang kebanyakannya menyebabkan barah seperti arsenik dan amonia.
“Jadi perokok ketiga juga berdepan dengan risiko serangan acute coronary syndrome (ACS) (masalah jantung membabitkan kekurangan aliran darah ke jantung) atau barah. Tiada tahap selamat pada pendedahan terhadap asap rokok,” katanya.
Dr Aizai berkata, langkah berhenti merokok adalah asas pencegahan masalah jantung yang utama. Ini kerana berhenti merokok boleh mengurangkan risiko masalah jantung dengan ketara dalam tempoh dua tahun pertama.
Bagi perokok wanita, mereka lebih cenderung menderita barah pangkal rahim jika terus merokok.
Berhenti merokok, katanya membantu mengurangkan kadar kematian akibat penyakit jantung koronari berbanding terapi pencegahan lain seperti mengurangkan pengambilan kolesterol. Justeru, langkah berhenti rokok adalah asas dalam pencegahan penyakit kardiovaskular. Malah, tabiat merokok juga mengurangkan manfaat ubat yang mencegah faktor risiko kardiovasular.
Pada abad ke-20, 100 juta penduduk dunia meninggal dunia disebabkan penyakit berkaitan tabiat merokok. Pada 2030, dianggarkan lapan juta kematian disebabkan faktor yang sama setiap tahun dengan 80 peratus berlaku di negara membangun.
“Di Malaysia, 10,000 orang berhenti merokok setiap tahun. Malangnya mereka berhenti kerana meninggal dunia,” katanya.
Terlalu banyak penyakit yang dikaitkan dengan merokok. Malah setiap tahun jumlah kemasukan ke wad disebabkan komplikasi merokok meningkat. Pada 2006, 31,186 kemasukan dicatatkan di 773 unit rawatan rapi di Malaysia.
Daripada jumlah itu, 12,534 kemasukan dikaitkan dengan ACS. Malah ACS membabitkan 47 kes dalam setiap 100,000 populasi, manakala insiden masalah koronari yang lain dicatatkan 141 per 100,000 populasi.
Dr Aizai berkata, satu daripada cabaran utama perokok untuk membuang tabiat itu ialah ketagihan dan kebergantungan pada nikotin. Malah, mungkin kandungan nikotin dalam rokok yang ada di pasaran hari ini lebih tinggi berbanding nikotin dalam rokok yang dipasarkan sekitar 70-an atau 80-an. Namun, tiada kajian mengenainya dibuat.
“Ada terapi berhenti merokok menjimatkan kos yang boleh dipilih perokok jika mereka ingin berbuat demikian. Terapi penggantian nikotin boleh didapati dalam pelbagai bentuk, gula-gula getah, lozenges, tampalan, semburan hidung dan penyedut.
“Malah, ada juga pilihan ubat oral bukan nikotin yang dihasilkan secara khusus untuk membantu pengguna berhenti merokok,” katanya.

Rakyat Malaysia belanja RM15j sehari untuk rokok
WALAUPUN penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan, keadaan sebaliknya berlaku di negara membangun. Contoh di Malaysia apabila statistik menunjukkan ketagihan merokok di kalangan rakyatnya yang berumur 15 tahun dan ke atas terus meningkat daripada 21 peratus pada 1985 kepada 31 peratus pada 2000.
Persatuan Perubatan Malaysia bertajuk “Action on Smoking and Health” melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini. Separuh daripada mereka menghisap rokok hampir 10 batang sehari.
Laporan itu juga menganggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan RM15 juta sehari untuk rokok dan dalam masa setahun, mencecah sehingga RM6 bilion.
Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok sendiri, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia.
Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menunjukkan merokok dan penagihan tembakau yang lain bertanggungjawab terhadap satu kematian dalam setiap 10 orang dewasa di seluruh dunia - kira-kira 5 juta kematian setahun.
Selain memberi kesan kepada kesihatan perokok individu, tabiat merokok juga boleh memberi kesan negatif kepada generasi akan datang. Antara contoh yang perlu diberi perhatian adalah seperti di bawah:
Satu kajian yang dijalankan di kalangan 5,000 lelaki Cina menunjukkan bahawa 60 peratus daripada mereka yang merokok lebih daripada sekotak sehari berkemungkinan mengalami disfungsi ereksi atau ‘mati pucuk’ berbanding mereka yang tidak pernah merokok.
Wanita yang merokok lebih berkemungkinan mengalami kesukaran untuk mengandung, komplikasi ketika hamil dan risiko keguguran yang lebih tinggi.
Satu kajian dijalankan di Pusat Biologi Perinatal di California menemui bukti bahawa wanita yang terus merokok ketika hamil memberi kesan negatif pada jantung janin.
Menurut kajian yang dijalankan di Finland mendapati asap daripada rokok boleh merosakkan fungsi arteri kanak-kanak. Laporan itu diterbitkan dalam jurnal Persatuan Jantung Amerika, Circulation, membabitkan 400 kanak-kanak berusia lapan hingga 11 tahun. Selain itu, asap daripada rokok juga menyebabkan masalah jangkitan saluran pernafasan dan masalah telinga. Serangan penyakit itu lebih teruk dan kerap di kalangan kanak-kanak yang menghidap asma.
Semua ini menunjukkan kesan rokok bukan terbatas kepada generasi semasa, tetapi harus ditanggung oleh generasi yang akan datang. Malah, WHO menganggarkan bahawa ketagihan tembakau akan membunuh kira-kira 10 juta orang setahun menjelang 2020, dengan 70 peratus kematian berlaku di negara membangun.
Sungguhpun pelbagai usaha dilakukan di seluruh negara oleh kerajaan dan pakar penjagaan kesihatan profesional, ketagihan tembakau (sebahagian besarnya dalam bentuk rokok) di negara ini tetap pada angka yang membimbangkan.
Memang tidak dapat dinafikan amat sukar bagi kebanyakan orang untuk berhenti merokok kerana ia bukan ketagihan fizikal semata-mata. Walaupun nikotin adalah punca utama ketagihan rokok, tabiat menghisap rokok juga satu ritual atau amalan psikologi dan emosi bagi kebanyakan perokok.
Namun, ada cara yang berkesan untuk membantu perokok menghentikan tabiat merokok. Ia dengan menggabungkan rawatan seperti terapi penggantian nikotin (NRT)dan perubahan gaya hidup. Apa yang utama kesungguhan dan keazaman untuk berhenti merokok. Untuk maklumat lanjut mengenai usaha menghentikan tabiat merokok, sila ke laman web www.iwanttoquitsmoking.com.my

Artikel ini adalah inisiatif kesihatan masyarakat yang disokong oleh Johnson & Johnson.

CikguPA- Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

Page 4 of 5 •
1, 2, 3, 4, 5 
Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum