[b]Gen Talasemia[/b]
5 posters
Page 1 of 1
[b]Gen Talasemia[/b]
Pada tahun 2006 didapati kira-kira lima peratus atau sejuta rakyat Malaysia dikenal
pasti sebagai pembawa gen talasemia.Daripada jumlah ini, 200 hingga 350 bayi yang dilahirkan
di negara ini didiagnosis menghadapi penyakit tersebut.Bayi yang tidak dapat dirawat akan
meninggal dunia dalam usia 10 higga 12 tahun.
soalannya sebegini,
Huraikan simptom-simptom penyakit ini dan bingcankan kaedah rawatan yang sesuai untuk mengawal talasemia.
Siapa yang mempunyai fakta dan idea tentang gen talasemia??
p/s: saya runcing terhadap gen talasemia siapa dapat bantu saya...artikel ini kena hantar selepas cuti ini... T.T T.T T.T

penyang- Posts : 9
Join date : 2008-06-05
Re: [b]Gen Talasemia[/b]
1) Penyakit talasemia adalah sejenis penyakit anemia. Untuk penjelasan dari segi Biologi, penyakit talasemia adalah penyakit yang dibawa oleh gen autosomal(gen-gen lain kecuali gen sex) yang bersifat codominan. Maksudnya, penyakit ini boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Maksud codominan ialah jikalau pesakit mendapat dua gen talasemia daripada kedua-dua orang tuanya, maka pesakit tersebut akan menghidapi pesakit talasemia major yang kronik. Sebaliknya jika pesakit hanya mendapat satu gen talasemia daripada salah seorang orang tuanya dan satu lagi gen yang sihat, pesakit tersebut akan menghidapi talasemia minor. Dalam kes penyakit talasemia minor, pesakit akan mempunyai 50% sel darah merah yang sihat, 50% lagi yang sudah terjejas bentuknya dan tidak lagi efektif untuk membawa oksigen. Pada altitud yang rendah, lazimnya darat, pesakit tersebut tidak akan merasa apa-apa yang tidak kena. Ini kerana di darat, badan kita hanya memerlukan 30% sel darah merah yang sihat sahaja untuk membawa oksigen. Akan tetapi, jika pesakit itu naik ke altitud yang tinggi, dia akan mengalami simptom yang sama dengan pesakit talasemia major. Ini adalah disebabkan oleh kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen yang cukup ke badan kita. Sel darah merah yang sudah terjejas bentuknya tidak boleh membawa oksigen yang cukup ke seluruh badan.
2) Simptom-simptom yang boleh diperhatikan pada pesakit talasemia minor adalah muka pucat, letih, ada "garis" @ "bulatan" hitam di mata dan simptom lain yang boleh dikaitkan dengan akibat kekurangan oksigen.
3) Saya tak tahu sama ada ada rawatan boleh diberikan kepada pesakit talasemia minor, sebab adik saya juga tala. minor, tapi tak ada rawatan kerana tidak ada komplikasi yang memudaratkan kesihatan ataupun merbahaya... Bagi talasemia major, mungkin mereka akan memberi transfusi darah.

Jennifer Ong- Posts : 60
Join date : 2008-01-12
Re: [b]Gen Talasemia[/b]
Terima kasih banyak-banyak...
1)rawatan yang telah diambil untuk mengawal penyakit talasemia ialah tranfusi darah dan pemindahan sum-sum tulang sekirannya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.Jennifer ong keluarga anda mungkin mempunyai sum-sum tulang yang sesuai untuk adik anda ...
2)rupa-rupanya gen talasemia sejenis penyakit animie dan juga penyakit keturunan..
3)Selepas membaca reply anda saya mendapati bahawa saya pernah mengalami pengalaman terhadap pesakit gen talasemia..ketika saya pergi perkhemahan di gunung labis.Seorang kawan sekumpulan saya berasa sakit jantung dan tidak berdarat untuk meneruskan perjalanan ke bukti angsi yang berada di bahagian gunung labis.
4) Jadi awak mugkin pembawa gen talasemia tetapi bukan penghidap penyakit talasemia sebab kedua-dua ibu bapa kamu mungkin pembawa gen talasemia dan salah seorang adik kamu penghidap gen talasemia...
5)Adakah pesakit talasemia adalah amat putih daripada orang normal segi kulit mereka???sebab sebahagian hemoglblin sel darah merah mereka tidak dapt befungsi dengan normal??

Pembawa gen talasemia juga boleh menghadapi simptom-simptom talasemia jika mereka naik ke kawasan yang tinggi. Saya tidak menghadapi penyakit talasemia.
Orang yang menghadapi talasemia ataupun pembawa gen talasemia besar kemungkinan akan mempunyai muka yang pucat. Tetapi mereka tidak akan menjadi lebih putih daripada orang lain. Warna kulit kita dikawal oleh pigmen yang dikenali sebagai melanin, bukannya sel darah merah.
Orang yang menghadapi talasemia ataupun pembawa gen talasemia besar kemungkinan akan mempunyai muka yang pucat. Tetapi mereka tidak akan menjadi lebih putih daripada orang lain. Warna kulit kita dikawal oleh pigmen yang dikenali sebagai melanin, bukannya sel darah merah.
Jennifer Ong- Posts : 60
Join date : 2008-01-12
Maklumat
Penyang, harap maklumat ini boleh membantu
Talasemia: Lakukan Ujian Darah
Umumnya, terdapat tiga jenis sel dalam darah iaitu sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan sel-sel darah kuning (platelet).
Talasemia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang melibatkan sel-sel darah merah dan dibawa secara genetik atau bersifat keturunan/diwarisi.
Khususnya, penyakit talasemia ini membabitkan hemoglobin yakni komponen sel darah merah yang berfungsi sebagai pembawa oksigen.
Penyakit ini melibatkan bahagian globin (sama ada protein alfa atau beta) dari molekul hemoglobin tersebut.
Jikalau badan kita tidak dapat menghasilkan dengan secukupnya salah satu daripada protein alfa atau beta, sel-sel darah merah kita tidak dapat berfungsi dengan betul lalu mengakibatkannya tidak berkemampuan untuk membawa oksigen yang secukupnya.
Dalam penyakit talasemia, pengurangan hemoglobin (akibat daripada pengurangan pembentukan globin yang normal tadi), menyebabkan pengurangan sel-sel darah merah secara umumnya dan ini disebut, anemia.
Umumnya, terdapat dua jenis talasemia iaitu Talasemia Alfa dan Talasemia Beta.
Untuk maklumat lanjut, layari laman ini
http://pmr.penerangan.gov.my/article.cfm?id=481
Maklumat tambahan
Saya amat kagum dengan penerangan Jennifer yang padat dan ringkas,cikgu juga telah menunjukkan link ke penerangan yang lebih teliti.Oleh itu,saya hanya buat sedikit tambahan.
Nama lain bagi Talasemia Major Ialah Talasemia Beta Homozigus, Anemia Mediterranean dan Anemia Cooley.
Gejalanya;
-Keletihan yang teruk.
-Sesak nafas.
-Jaundis. (Penyakit Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di bahagian kulit dan bahagian putih mata disebabkan terlalu banyak mendapan Bilirubin di dalam badan.)
-Limpa membesar.
-Kecacatan tulang (muka berupa mongoloid).
Bagaimana kita dapat mencegah Talasemia major?
1.Menjalani penyaringan bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia.
2.Jika anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada beliau juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak.
3.Jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan menghadiri kaunseling genetik. Kini terdapat ujian yang boleh dilakukan semasa awal kehamilan untuk mengetahui sama ada janin menghidapi Talasemia major ataupun tidak.
Rawatan
Talasemia minor
Rawatan tidak diperlukan.
Talasemia major
1.Pemindahan darah yang berkala diperlukan supaya kanak-kanak membesar dengan sihat. Pemindahan darah boleh mengubah sesetengah manifestasi penyakit ini, tetapi pengumpulan ferum daripada pemecahan hemoglobin akibat pemindahan darah boleh merosakkan organ hati, jantung dan endokrin. Suntikan Desferral (agen pengkelat ferum) membantu mengikat lebihan ferum dan mengeluarkannya melalui air kencing.
2.Mengambil tambahan Folat (asid folik) harian.
3.Pemindahan sumsum tulang untuk pesakit yang sesuai.

yuweilim- Posts : 10
Join date : 2008-01-11
Re: [b]Gen Talasemia[/b]
Kakak Yuwei, abang ada sesuatu yang tidak faham. [Jaundis. (Penyakit Jaundis merujuk kepada kehadiran warna kuning di bahagian kulit dan bahagian putih mata disebabkan terlalu banyak mendapan Bilirubin di dalam badan.)] Bukankah penyakit jaundis ialah cecair hempedu di pundi hempedu tidak dapat dirembes keluar ke duodenum? adalah punca penyebab penyakit jaundis ? Bagaimanakah jaundis mempunyai hubungan dengan talasemia???
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum