Dewan Undangan Negeri Pahang

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Dewan Undangan Negeri Pahang

Post  PnLeela on Sat May 24, 2008 9:27 pm

Hi kelas, Very Happy

Untuk renungan bersama:



Isu kenaikan harga barang perlu diutama


SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang semalam meminta Kerajaan Pusat memberi tumpuan utama terhadap usaha mengurangkan kesan kenaikan harga barangan yang memberi impak kepada rakyat, berbanding cuba menyelesaikan isu yang dianggap penting termasuk kes pelantikan hakim, tetapi kesannya tidak seberapa kepada orang ramai.

Langkah itu bukan bertujuan memenangi hati rakyat yang sebilangan besarnya adalah pengundi, sebaliknya bagi menunjukkan keikhlasan Barisan Nasional (BN) bahawa isu kenaikan harga barangan adalah serius dan wajar diberi fokus utama mengatasinya.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, harga barangan perlu dalam kemampuan rakyat tetapi kenaikan yang berlaku sekarang, dianggap membebankan mereka dan langkah tertentu perlu dilakukan segera.



"Daripada kita sibuk membincangkan isu badan kehakiman, Majlis Peguam, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau pita video Datuk VK Lingam, lebih baik kerajaan tumpukan usaha menangani masalah kenaikan harga barangan supaya tidak membebankan rakyat," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shahaniza Shamsuddin (BN-Kuala Sentul), dalam sidang DUN, di sini semalam.

Mengulas lanjut berhubung perkara sama selepas sidang DUN, Adnan berkata, kenaikan harga beras, tepung, gula dan telur perlu diatasi terlebih dulu berbanding isu lain, kerana ia menjadi survival rakyat.



[APAKAH PANDANGAN ANDA?

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

pandangan

Post  bee happy on Thu May 29, 2008 11:33 am

pada pendapat saya,saya rasa isu ini harus diutamakan.ini adalah disebabkan dengan kenaikan harga barang,telah menimbulkan ketidakpuashatian daripada rakyat terutama mereka yang tidak mampu menghadapi kenaikan harga ini..

Oleh sebab ketidakpuashatian rakyat,rakyat telah mulai hilang keyakinan terhadap kerajaan,ini akan menyebabkan rakyat tidak bersatu-padu....ini secara langsung menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

Like a Star @ heaven Like a Star @ heaven

bee happy

Posts: 9
Join date: 2008-04-20

View user profile

Back to top Go down

Re: Dewan Undangan Negeri Pahang

Post  vinclam1314 on Fri May 30, 2008 10:56 pm

Ya.. saya juga berpendapat bahawa kerajaan haruslah lebih bertumpu kepada isu yang berkaitan dengan rakyat.. seperti harga minyak, harge makanan dan lain-lain.. Sebagai contohnya, Parlimen sedang membuat dasar supaya subsidi harga minyak tidak disalahgunakan oleh warganegara lain terutama warganegara negara Singapura dan negara Thailand.. Harga minyak merupakan salah satu faktor yang sangat penting yang akan mempengaruhi harga makanan ( yang sebagai permintaan asas rakyat ).. Untuk mengurangkan subsidi terhadap minyak, saya berasa dasar ini akan memberikan impak yang sangat besar tetapi, dasar ini mendapatkan bantahan yang hebat daripada peniaga minyak di persekitaran negara jiran.. akan tetapi, dengan mengurangkan subsidi minyak, subsidi ini boleh ditumpukan kepada subsidi makanan. Oleh itu, subsidi kerajaan barulah lebih berfaedah kepada rakyat malaysia..

vinclam1314

Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: Dewan Undangan Negeri Pahang

Post  wonderfoo_99 on Wed Jun 11, 2008 2:08 pm

Di KUANTAN, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan semua 10 Exco kerajaan negeri sedia memotong elaun keraian sehingga 30 peratus dalam usaha membantu mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga minyak.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincang dan diputuskan pada mesyuarat mingguan Exco hari ini.

Adnan berkata, kadar potongan 10 peratus elaun keraian pemimpin Pusat itu wajar kerana mereka tinggal di Kuala Lumpur, manakala potongan hingga 30 peratus pula sesuai untuk pemimpin di negeri Pahang.

wonderfoo_99

Posts: 114
Join date: 2008-01-11

View user profile

Back to top Go down

Re: Dewan Undangan Negeri Pahang

Post  wendy on Fri Jul 11, 2008 4:31 pm

apakah kaitan abang wonderfoo paparkan berita tu dengan kenaikan harga pada barangan makanan?dan apakah itu elaun keraian?adakah DUN boleh berkuasa mengurangkan subsidi?bukan kerajaan yang tentukan? confused saya kurang faham dengan topik ini

wendy

Posts: 60
Join date: 2008-02-06

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum