APA ITU DEWAN UNDANGAN NEGERI?

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

APA ITU DEWAN UNDANGAN NEGERI?

Post  PnLeela on Fri Apr 04, 2008 10:45 am

HI kelas Very Happy

Maklumat tentang DUN

Dewan Undangan Negeri di Malaysia terdiri daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri sebagai ketua negeri, seorang Speaker dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini terdiri dari orang yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Sultan atau Yang DiPertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat dan ADUN pada satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan perlembagaan.

Selamat maju jaya Very Happy
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

soalan

Post  bee happy on Thu May 29, 2008 11:36 am

sini,saya ada soalan...
pembubaran bukan hanya dibubar oleh perdana menteri?? confused

bee happy

Posts: 9
Join date: 2008-04-20

View user profile

Back to top Go down

Re: APA ITU DEWAN UNDANGAN NEGERI?

Post  vinclam1314 on Fri May 30, 2008 10:59 pm

Urm.. Pembubaran parlimen bukan dan tidak dilakukan oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri hanya boleh memohon kepada YDPA bahawa dia hendaklah membubarkan Parlimen.. Pembubaran Parlimen hanya diiktiraf oleh YDPA.. Jika YDPA tidak mahu membubar Parlimen, Parlimen tidak akan berbubar walaupun Perdana Menteri harap Parlimen membubar..

vinclam1314

Posts: 345
Join date: 2008-01-11
Age: 20
Location: Streamx

View user profile

Back to top Go down

Re: APA ITU DEWAN UNDANGAN NEGERI?

Post  weichian_89 on Sun Jun 01, 2008 4:24 pm

disini saya ingin menambah sedikit dengan pembubaran parlimen.parlimen akan dibubarkan sekiranya perdana mentri tidak dapat kepercayaan daripada ahli-ahli kabinetnya supaya mengadakan pilihan raya.parlimen juga akan dibubarkan jika mencapai tempoh lima tahun untuk mengadakan pilihan raya umum.seperti yang dikatakan oleh saudara lam perdana mentri perlu meminta izin daripada YDPA barulah boleh menbubarkan parlimen. Very Happy

weichian_89

Posts: 115
Join date: 2008-02-22
Age: 20
Location: batu caves

View user profile

Back to top Go down

Re: APA ITU DEWAN UNDANGAN NEGERI?

Post  wendy on Fri Jul 11, 2008 4:43 pm

ya.betulpun kak wei chian.tetapi sekiranya YDPA tidak mengiktiraf beliau berkuasa menolak dengan tidak membubarkan DUN dan perdana menteri juga terpaksa meletak jawatan .dan perlu mendapat sebanyak 2/3 undian tidak kepercayaan kepada perdana menteri barulah perdana menteri keputusan sama ada meletakkan jawatan atau meminta YDPA supaya membubarkan DUN.apabila DUN dibubarkan tidak semesti dewan rakyat dibubarkan.

wendy

Posts: 60
Join date: 2008-02-06

View user profile

Back to top Go down

Re: APA ITU DEWAN UNDANGAN NEGERI?

Post  CikguPA on Wed Nov 26, 2008 12:02 pm

1. Parlimen dibubarkan setelah mendapat perkenan YDA atas cadangan PM. Biasanya dalam tempoh 5 tahun atau kurang. Satu Piliharaya Umun perlu diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran.

2. DUN pula biasanya akan dibubarkan berikutan pembubaran Parlimen atas cadangan MB dan perlu perkenan Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri berkenaan.

Jangan keliru antara Institusi Parlimen dan DUN.

TQ

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: APA ITU DEWAN UNDANGAN NEGERI?

Post  PnLeela on Wed Nov 26, 2008 8:54 pm

Parlimen-- peringkat persekutuan ( undang-undang yang dibuat untuk seluruh negara Malaysia dan dikenali sebagai AKTA)

Dewan Undangan Negeri--peringkat negeri( undang-undang yang dibuat untuk negeri masing-masing dan dikenali sebagai enakmen)

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Speaker DUn tak kebal

Post  CikguPA on Thu Mar 05, 2009 9:36 pm

SPRM ada asas siasat Sivakumar atas kesalahan salah guna kuasa

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai asas untuk menyiasat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar atas kesalahan menyalah guna kuasa.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata Speaker DUN tidak kebal undang-undang dan boleh disiasat atas dakwaan melakukan kesalahan itu.

"Berdasarkan aduan atau maklumat yang diterima, Speaker DUN Perak disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009. Speaker adalah seorang pegawai badan awam yang tidak terlepas daripada disiasat mengikut seksyen itu, jika disyaki melakukan kesalahan menggunakan jawatan dan kedudukannya. "Beliau tidak kebal dari tindakan undang-undang, tambahan lagi jika dibuktikan melakukan sesuatu di luar tindakan atau amalan biasa tugas rasminya," katanya.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

Re: APA ITU DEWAN UNDANGAN NEGERI?

Post  CikguPA on Fri Mar 06, 2009 3:06 pm

Kekebalan Speaker termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR: Kekebalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya kecuali Parlimen sendiri meminda perlembagaan.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan, berkata kekebalan itu dihuraikan secara jelas dalam Perkara 72(1) dan 72(1) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 2 dan 3 Enakmen Dewan Undangan Negeri Perak (Hak Istimewa) 1959.

Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut: 'Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah'.

Perkara 72(2): 'Tiada seorang pun boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana Dewan Negeri atau mana-mana jawatankuasanya'.

CikguPA

Posts: 253
Join date: 2008-11-26
Age: 41
Location: bbb

View user profile http://wwwcikgunikmie.blogspot.com/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum