Langkah-langkah penghasilan media yang sistematik

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Langkah-langkah penghasilan media yang sistematik

Post  PnLeela on Sun Oct 19, 2008 9:30 pm

Hi kelas Very Happy . Apa khabar semua? sibuk dengan persediaan peperiksaan?

Baiklah kita teruskan dengan prosedur penghasilan media yang sistematik

Membina media.

1. Jadual harus di sediakan . Para calon harus merancang bilangan baris dan lajur yang sesuai. Segala butiran, pemboleh ubah, nilai-nilai serta unit dimuatkan di dalam ruang-ruang yang sesuai.

Ciri-ciri pembinaan graf garisan komponenPemilihan skala yang bersesuaian mengikut nilai yang diberi.
Setiap pembolehubah diplotkan secara menegak dan selari mengikut masa dan tempat yang sama.
Garisan permulaan menyetuh paksi menegak sebelah kiri dan garisan akhir menyentuh satu garis tegak yang membatasi setiap komponen garis disebelah kanan.
Garisan paksi yang dibina haruslah lebih tebal daripada garis-garis yang lain.
Titik- titik yang ditandakan hendaklah disambung sehingga membentuk garisan yang berlapis.
Warnakan setiap lapisan tersebut dengan warna yang berbeza. Gunakan ton warna yang lebih gelap di bahagian bawah. Ini kerana untuk menampakkan kejelasan media yang dibina.
Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina.

Selepas membina sesuatu media, pelajar-pelajar perlu memastikan perkara penting yang harus ada di dalam media. Antaranya :
1.Tajuk yang lengkap (lokasi, perkara dan tempoh )
2. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang lengkap serta unit atau peratus yang betul.
3. Perlu ada skala .
4. Petunjuk yang lengkap di bahagian bawah dan kiri media.
5. Sumber dari mana maklumat petikan itu di ambil dan ditulis di bahagian kanan dan bawah media..


Jumpa lagi
Pn Leela

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Langkah-langkah penghasilan media yang sistematik

Post  wendy on Wed Oct 29, 2008 10:15 pm

gunakan warna gelap dari bawah?maksud cikgu adalah ton warna gelap hingga cerah?apa pula saya guna warna sesuka hati tanpa mengambil kira warna itu gelap atau cerah?

selain itu, apa maksud "Elakkan sebarang penulisan angka di dalam komponen atau pada garisan yang dibina"? boleh cikgu beri penjelasan yang lebih mendalam?

terima kasih, cikgu Very Happy

wendy

Posts: 60
Join date: 2008-02-06

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum