Latihan 4- Samseng jalan

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Latihan 4- Samseng jalan

Post  PnLeela on Fri May 22, 2009 2:31 pm

"Masalah samseng jalanan tidak boleh dilakukan secara bersendirian kerana melibatkan banyak pihak khususnya ibu bapa yang ada di kalangan mereka membiayai pembelian motosikal kepada anak-anak sejak mereka di bangku sekolah lagi atau sebaik memasuki kolej.

"Apabila pergaulan semakin luas dan bebas, pelajar tersebut mula terbabit dengan kegiatan merempit yang dianggap hebat, seronok dan mampu memberi kepuasan," katanya.

-- BERNAMA
Patutkah samseng jalan dikenakan hukuman penjara dan disebat? Apa pandangan anda.Terangkan keburukan amalan Mat Rempit?


Kembali Ke Atas

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Latihan 4- Samseng jalan

Post  LowYuePeng(L6B) on Sun May 31, 2009 11:08 pm

Pada pendapat saya, samseng jalan patutlah dikenakan penjara dan disebat. Ini boleh memberi pengajaran dan implikasi terhadap mereka bahawa amalan samseng jalan ini tidak betul serta keburukan melakukannya.

Mat rempit merupakan amalan yang mendatangkan keburukan tanpa sebarang kebaikan. Terlebih dahulu, tidak dinafikan mat rempit akan membahayakan keselamatan diri sendiri mahupun orang lain. Mat rempit tidak hanya membahayakan keselamatan tapi akhlak-akhlak masyarakat kita juga dijejaskan. Selain itu, kebanyakkan kes jenayah juga berpunca daripada amalan mat rempit.

Cikgu, ini yang saya dapat. Kan saya boleh menjawab begini? Shocked

LowYuePeng(L6B)

Posts: 14
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Latihan 4- Samseng jalan

Post  YeeYew™ [SonG][L6B] on Mon Jun 01, 2009 8:40 am

Pada pendapat saya, samseng jalanan harus dikenakan denda penjara tetapi bukan disebat. Sebatan hanya dikenakan jikalau seseorang telah melakukan sesuatu perkara yang amat buruk, tetapi hanya menjadi seseorang samseng jalanan bukanlah sesuatu yang amat buruk kecuali dia telah melakukan sesuatu yang tidak bermoral dan melanggari undang-undang negara.

Mat Rempit pula seharus disebat dan dipenjarakan kerana kewujudan mereka hanya akan mengundang keburukan dan menjatuhkan imej kaum, bangsa, dan negara. Kegiatan Mat Rempit membahayakan pengguna jalan raya dan pejalan kaki pada masa yang sama. Mat Rempit menunggang motosikal secara berbahaya dan meningkatkan risiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Fikiran mat rempit untuk keseronokan dan kepuasan amatlah tidak rasional dan tidak beretika.

YeeYew™ [SonG][L6B]

Posts: 50
Join date: 2009-05-17

View user profile

Back to top Go down

Re: Latihan 4- Samseng jalan

Post  leeyoong_L6B on Mon Jun 01, 2009 10:34 am

Saya berpendapat bahawa samseng jalan patut dijatuhkan hukuman penjara. Dengan ini, bukan sahaja dapat memberikan pengajaran yang berpatutan kepada pesalah, bahkan juga dapat menyeru masyarakat lain supaya tidak ikut serta perbuatan ini. Saya tidak bersetuju hukuman sebatan dikenakan kepada mereka. Selain mereka memang melakukan sesuatu yang amat tidak boleh dimaafkan, kalau tidak hukuman ini agak berat kepada mereka.

Amalan Mat Rempit memang mendatangkan banyak keburukan tanpa sebarang kebaikan kepada semua pihak. Smile
1. Kegiatan ini amat mengugat keselamatan pengguna jalan raya. Mereka yang hanya mementingkan keseronakan sendiri langsung tidak mempedulikan keselamatan orang lain. Saya mempercayai bahawa peratusan kemalangan jalan raya juga akan meningkat sekelip mata.
2. Masalah jenayah juga akan meningkat pada masa yang sama. Kebanyakan mat rempit juga melibatkan diri dalam kes rompak, kes menyalahgunakan dadah dan lain-lain..
3. Keruntuhan akhlak remaja seterusnya akan berlaku. Amalan ini akan membentuk generasi yang berperibadi liar. Secara tidak langsung, imej dan nama baik negara akan terjejas semasa pelancong menemui kes Mat Rempit.

leeyoong_L6B

Posts: 78
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Latihan 4- Samseng jalan

Post  PnLeela on Mon Jun 15, 2009 9:42 pm

Jawapan yang padat dan teratur. teruskan usaha anda...Saya pasti latihan online sebegini akan membantu anda meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan Very Happy

Saya harap pelajar-pelajar lain juga akan beri pandangan dan mengambil peluang untuk melatih gaya penulisan dan berhujah di sini

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Latihan 4- Samseng jalan

Post  Khang Wei (L6B/2009) on Mon Jun 15, 2009 11:22 pm

Patutkah samseng jalan dikenakan hukuman penjara dan disebat? Apa pandangan anda.Terangkan keburukan amalan Mat Rempit?

Saya berpendapat bahawa samseng jalan tidak patut dikenakan hukuman penjara dan disebat kerana hukuman tersebut adalah terlalu ketat bagi samseng jalan. Hal yang demikian kerana samseng jalan hanya berkeinginan untuk mengurangkan ketekanan daripada kehidupannya dengan aktiviti merempit dan lain-lain. Bimbingan dan motivasi dari kaunselor merupakan cara alternatif yang lebih bermanfaat kerana apa yang samseng jalan menghadapi adalah tekanan kehidupan, dengan motivasi yang secukupnya dari kaunselor mereka akan mengurangkan tekanan dan seterusnya samseng jalan akan berhenti daripada terjebak dalam gejala tersebut.

Mat rempit merupakan golongan pengguna jalan yang suka menunggang motosikal dengan aksi atau cara yang amat berbahaya. Keburukannya terdiri daripada:

--Kadar kemalangan jalan raya menaik. Bahkan kata malang tidak berbau, kini kes-kes kemalangan mat rempit amat hangat diperkatakan dalam media massa, mat rempit yang menunggang motosikal dengan aksi ngeri yang 'menyeronokkan' mudah menimbulkan kemalangan. Adakah berbaloi jikalau bergadai nyawa dalam perkara yang tidak berfaedah ini?
--Gejala mat rempit yang berleluasa mendorong kepada kenaikan kadar jenayah di negara ini. Jikalau gejala ini tidak dibendungkan, maka akan membawa kepada berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat. Hal yang demikian kerana mat rempit bukan sahaja merempit, mereka turut terlibat dalam jenayah-jenayah seperti kaki pukul, kaki rogol serta melakukan pembunuhan. Ini turut menjejaskan nama baik negara kita kerana ketidakstabilan keamanan.(Dipetik daripada reply saya pada post ini >>http://pengajianam900.forumotion.com/bahagian-a-b-esei-f15/latihah-esei-1-t195.htm Very Happy )

Khang Wei (L6B/2009)

Posts: 28
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

Re: Latihan 4- Samseng jalan

Post  xiaowen_L6B on Sun Jun 21, 2009 11:17 pm

Sebenarnya samseng jalanan tidak haruslah disebat dan hukuman penjara tidak digalakkan juga. Pada pendapat saya, samseng jalanan ini haruslah disaman dan digantung lesen. Kebanyakan daripada mereka ialah remaja dan mereka tidak mempunyai kesedaran terhadap keburukan perbuatan mereka. Mereka hanya ingin mencari keseronokan untuk menceriakan lagi kehidupan mereka.Masa depan mereka akan musnah sekiranya mereka dipenjarakan.Tambahan pula,seorang remaja merupakan bakal pemimpin negara yang mempunyai masa depan yang cerah.Oleh itu,bimbingan dan galakan perlu disalurkan kepada mereka yang tidak matang lagi pemikirannya.Tindakan yang keras tidak dapat menyelesaikan masalah.

keburukan:
1. Pelancong dari luar negara akan terperanjat dengan aksi-aksi samseng jalanan yang melampau.Imej negara mungkin terjejas.

2. Kemalangan jalan raya akan berlaku kerana samseng jalanan ini terlalu asyik mempersembahkan aksi-aksi mereka sehingga mengabaikan kewujudan pengguna jalan raya yang lain.

3. Penghuni-penghuni yang berhampiran tidak dapat menjalankan kehidupan mereka dengan tenang kerana bunyi bising yang kuat.

xiaowen_L6B

Posts: 21
Join date: 2009-06-16

View user profile

Back to top Go down

Re: Latihan 4- Samseng jalan

Post  L.HsianMin (L6B) on Wed Jun 24, 2009 10:15 pm

Pada pendapat saya, samseng jalan tidak patut dikenakan hukuman penjara dan disebat. Ini adalah kerana kebanyakan daripada mereka hanyalah remaja yang masih mentah. Golongan remaja sebegini haruslah diberi didikan dengan cara yang lebih sopan tetapi bukannya secara kasar. Mereka harus dikenakan hukuman yang dikatakan setimpal dengan perbuatan mereka seperti pergantungan lesen ataupun saman. Hukuman penjara dan sebat tidak akan membantu dalam pengurangan samseng jalan.


Keburukan amalan mat rempit:
-Keadaan ini mempengaruhi nama baik negara kita apabila pelancong dari luar negara bertembung dengan mat rempit.
-Masalah mat rempit juga membawa kepada peningkatan berlakunya kes jenayah dalam kalangan remaja. Isu ini harus dititikberatkan kerana didapati banyak daripada golongan mat rempit terlibat dengan jenayah, penyalahgunaan dadah seperti ganja, syabu dan heroin serta menjalinkan hubungan seks bebas.

L.HsianMin (L6B)

Posts: 23
Join date: 2009-05-12

View user profile

Back to top Go down

samseng jalan

Post  Tee Yee Yean (L6B) on Sun Jun 28, 2009 5:53 pm

Pada pendapat saya,samseng jalan tidak patut dikenakan hukuman penjara dan disebat kecuali mereka telah membuat sesuatu yang membahayakan orang lain.Ini adalah sebab kebanyakkan daripada samseng jalan ini terdiri daripada remaja yang masih mentah fikirannya.Demi mengurangkan samseng jalan,pihak berkuasa boleh mengantungkan lesen ataupun mengenakan saman kepada mereka.Selain itu,pihak berkenaan juga boleh memberi didikan kepada samseng jalan yang masih kurang matang.Hukuman penjara dan sebat tidak dapat mengurangkan samseng jalan.

Keburukan amalan mat rempit:
1.)Imej negara terjejas.
-Imej dan nama negara akan terjejas apabila pelancong yang datang dari luar negara ternampak mat rempit yang sedang berlumba motor di atas jalan raya.Mereka akan berasa undang-undang negara kita tidak ketat dan pihak polis akan dianggap tidak melaksanakan tugas dengan sempurna.

2.)Kadar kemalangan jalan raya bertambah.
-mat rempit yang suka mempersembahkan aksi-aksi kemahiran mereka hingga tidak mempertimbangkan keselamatan pengguna jalan raya lain akan menyebabkan kadar kemalangan jalan raya bertambah.Pejalan kaki juga akan terlibat dalam kemalangan.

3.)Keselamatan negara merosot.
-mat rempit bukan sahaja berlumba-lumba di jalan raya.Mereka juga terlibat dalam kelakuan jenayah seperti kes rompak,rogol dan penyalahgunaan dadah.Kawasan pentempatan yang terdapat mat rempit menjadi huru-hara.

Tee Yee Yean (L6B)

Posts: 7
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

Re: Latihan 4- Samseng jalan

Post  lisee(L6A) on Fri Sep 18, 2009 2:31 pm

Pada pandangan saya,samseng jalan harus didenda dan dipenjarakan.Saya rasa sebatan harus hanya diberikan kepada pesalah yang melakukan kesalahan yang amat serius seperti merogol.
Keburukan yang dibawa oleh Mat Rempit:
i)mengancam keselamatan dan ketenangan penduduk
ii)Imej ibu bapa mereka akan terjejas

lisee(L6A)

Posts: 25
Join date: 2009-05-16

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum