latihan 2-kad kredit

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

latihan 2-kad kredit

Post  PnLeela on Thu Oct 09, 2008 11:51 pm

Hi kelas,

Jawab soalan berikut

"Gejala hutang kad kredit yang menjerat pengguna kini telah mendapat perhatian kerajaan. Syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit akan diperketatkan bagi mengawal pengeluaran kad kredit oleh institusi perbankan selain memastikan hanya individu yang layak sahaja dapat memilikinya. Langkah ini secara langsung dapat mengajar pemegang kad kredit agar berbelanja secara bijaksana.'
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Mohd Razif Ahmad, "Muflis Pada Usia Muda, Bahana Kad Kredit", Dewan Ekonomi, Julai 2005

(i) Apakah tujuan memperketatkan syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit?

(ii)Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung tabiat boros berbelanja dengan menggunakan kad kredit.

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: latihan 2-kad kredit

Post  szejiengoo (U6F) on Sat Oct 11, 2008 1:54 am

(i) Syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit diperketatkan untuk mengawal pengeluaran kad kredit oleh bank-bank dan memastikan hanya pemohon yang layak sahaja dapat memilikinya.

(ii) Tabiat boros berbelanja menggunakan kad kredit dapat diatasi dengan membuat belanjawan bulanan. Belanjawan boleh dibuat dengan mempertimbangkan pendapatan bulanan seseorang dan menyenaraikan perbelanjaan yang diperlukan sahaja. Di samping itu, pembelian barangan atau perkhidmatan yang wajar juga dapat membendung tabiat ini. Kualiti dan kuantiti barangan perlu dipertikaikan supaya setimpal dengan harganya. (50 patah parkataan)

szejiengoo (U6F)

Posts: 32
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

latihan 2-kad kredit

Post  WeiShi_L6F on Sat Oct 11, 2008 10:25 am

(i) Syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit diperketatkan untuk pengeluaran kad kredit oleh institusi perbankan selain memastikan hanya individu yang layak sahaja dapat memilikinya

(ii) Tabiat boros berbelanja menggunakan kad kredit dapat diatasi dengan membuat belanjawan bulanan. Belanjawan boleh bantu menyenaraikan perbelanjaan harian dan mengelakkan pembaziran wang. Selain itu, ceramah tentang penggunaan kad kredit dapat membendung tabiat ini. Penyedaran tentang kad kredit seperti cara pengiraan faedah dan syarat permohonan boleh memberi amaran kepada pemilik kad. (50 patah perkataan)

WeiShi_L6F

Posts: 34
Join date: 2008-05-13
Age: 19

View user profile

Back to top Go down

Re: latihan 2-kad kredit

Post  SenHan_U6F on Sat Oct 11, 2008 10:08 pm

(i) Syarat pemilikan dan pembayaran kad kredit diperketatkan untuk memastikan pemilik kad kredit tersebut mampu menjelaskan wang dan memastikan pembayaran mengawal pengeluaran kad kredit oleh institusi perbankan.

(ii) Pertama sekali kurang kadar menggunakan kad kredit untuk mengelakkan bunga yang tinggi.Selain itu , Belanjawan boleh dibuat dengan menyenaraikan keperluaan harian dan mengelakkan daripada membeli barang yang tidak penting.Di samping itu , membuat perbandingan dari banyak segi seperti kualiti , harga , kandungan dan lain-lain dapat menjimat sejumlah kos juga.(48 perkataan)

SenHan_U6F

Posts: 29
Join date: 2008-05-13

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum