melepak

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

melepak

Post  aloih on Wed Jul 29, 2009 3:33 pm

apakah faktor yang menyebabkan budaya melepak berleluasa terutamanya di kalangan remaja??

aloih

Posts: 4
Join date: 2009-07-08
Age: 17
Location: lanchang

View user profile

Back to top Go down

Re: melepak

Post  PnLeela on Wed Jul 29, 2009 11:32 pm

Apabila kita membincang sesuatu topik, kita boleh mengupasnya dari aspek-aspek berikut

1. PUNCA
2. KESAN
3.LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

Ini akan meningkatkan pengetahuan kita secara mendalam tentang topik tersebut dan kita akan bersedia untuk memberi jawapan yang bernas dalam peperiksaan nanti Very Happy

Pelajar-pelajar diminta memberi respons kepada soalan aloih iaitu isu melepak dalam 3 aspek ini.

PnLeela
Admin

Posts: 242
Join date: 2008-01-03

View user profile http://pengajianam900.forumotion.com

Back to top Go down

Re: melepak

Post  leeyoong_L6B on Thu Jul 30, 2009 3:14 pm

Melepak bolehlah ditakrifkan sebagai suatu aktiviti berehat di kawasan-kawasan tertentu tanpa sesuatu tujuan yang berfaedah. Sejak belakangan ini gejala ini didapati semakin serius sehingga membimbangkan semua pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa.

Punca:
@ Kekurangan kawalan, pengawasan dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak
- Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan hal masing-masing sehingga tidak mempunyai masa berlebihan untuk berinteraksi dengan anak-anak. Mereka tidak meluangkan masanya untuk melayan dan bermesra dengan anak-anak mereka. Keadaan ini mengakibatkan remaja terasa diri mereka diabaikan.
@ Tekanan remaja yang membebankan.
Remaja kini telah terbuka kepada masalah pelajaran, masalah kekeluargaan, masalah pencitaan dan sebagainya. Remaja tidak mengetahui cara untuk beristirahat dan melepaskan tekanan secara wajar malah mereka akan melakukan sesuatu yang luar jangkaan untuk menunjukkan kewujudan mereka. Kebanyakan pelajar yang melepak adalah daripada keluarga yang porak-peranda. Merekaberasa bosan tinggal di rumah yang terlalu banyak leteran dan pertengkaran antara ahli keluarga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak berasa tertekan lalu keluar untuk mencari hiburan dan melepak untuk memenuhi masa lapang mereka.

Kesan:
@ Pengllibatan remaja dalam aktiviti buruk.
Remaja akan terdorong untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk seperti mengambil dadah, meminum minuman keras, mengikuti perlumbaan motosikal secara haram, dan lain-lain. Keadaan ini berlaku kerana golongan remaja yang melepak biasanya merancang untuk melakukan sesuatu yang akan mendatangkan keseronokan.Contohnya, Kes Mat Rempit semakin berleluasa di negara.
@ Mencemarkan imej negara.
- Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendidikan, sejak awal tahun ini tidak kurang daripada 500 orang pelajar telah dilaporkan ponteng sekolah dan melepak di komleks-kompleks membeli belah di sekitar kawasan bandar raya Kuala Lumpur. Keadaan ini akan berlaku kerana para pelancong yang datang ke negara ini akan mendapat gambaran yang buruk tentang masyarakat di negara kita.

Langkah-langkah menangani:
@ Kasih sayang daipada ibu bapa
-Ibu bapa seharusnya meluangkan masa yang cukup dan tidak terlalu ghairah dengan mengejar wang ringgit dan harta kerana anak-anak mereka merupakan harta mereka yang lebih penting . Ibu bapa haruslah mengorbankan sedikit waktu untuk bersama-sama anak-anak mereka sama ada di rumah ataupun dengan mengadakan aktiviti keluarga di luar rumah.
@ Kempen motivasi diperbanyakkan.
-Pihak kerajaan atau pihak swasta haruslah menjalankan sesuatu kempen untuk menyedarkan masyarakat kita tentang keburukan melepak. Ketika kempen tersebut dijalankan, pihak media sepatutnya memainkan peranan yang penting dengan menyiarkan berita atau cerita yang berkaitan dengan cara yang lebih berfaedah untuk mengisi masa lapang kita.
@ Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
Pihak sekolah boleh mengadakan lebih banyak pertandingan untuk menyeru remaja bergiat melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikum. Seperti yang kita tahui, Menteri Pendidikan sering mengingatkan para pelajar agar pandai menggunakan masa secara berfaedah ketika berada di bangku sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi.

Kesimpulannya, masalah melepak yang semakin berleluasa di negara kita sekarang ini memanglah suatu gejala yang diakui mengancam keharmonian negara dan boleh memburukkan imej negara Kerjasama dan sokong padu daripada ibu bapa, pihak sekolah, dan pihak polis amat diperlukan untuk menangani masalah ini. Very Happy

leeyoong_L6B

Posts: 78
Join date: 2009-05-13

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum